Sunday, July 1, 2012

Hari Sabtu - berlalu pergi

Assalamualaikum...


Alhamdulillah pagi Ahad yang cerah hari ini. Saya sempat juga keluar ke swap market pagi tadi bersama Ahmad Zaki. Apa yang menarik, tidak ada barang yang dibeli kecuali Sunday Times. Penjual pun tidak ramai. Semalam hari Sabtu, Alhamdulillah mostly sunny membuatkan saya merancakkan aktiviti membasuh baju. 3 kali basuhan semalam. Hari ini pun ada lagi basuhan. Suami saya sudah pun ke uni dan petang ini kami sekeluarga ada jemputan.





Memang semalam tidak ada perancangan ke mana-mana kecuali ingin membawa anak-anak keluar membeli toys. Maklum la toys sale sudah bermula minggu ini. Manakala suami saya pula ingin menguruskan tiket-tiket flight yang mana insyAllah suami ada conference di Bond, Germany bermula 21 Ogos depan. Maksudnya kami berpeluang untuk beraya di kampung walaupun hanya 2 hari. Sebelum itu suami ada survey iaitu tiket lebih murah jika depart dari KLIA. 


Setelah lama berbincang, kami mengambil keputusan untuk tidak membawa anak-anak memandangkan travel pun sudah mengambil masa 1 hari. Tidak sesuai pula dengan keadaan anak yang masih kecil. InsyaAllah anak-anak akan tinggal bersama ibu dan ayah saya. Kebetulan juga adik saya sedang cuti semester ketika itu. Jam 10 pagi suami saya sudah mengadap di depan laptop sehingga masuk waktu Maghrib barulah selesai urusan pembelian. 


Banyak faktor yang perlu diambil sebelum membeli tiket antaranya mencari tiket yang menawarkan harga yang rendah serta sesuai mengikut masa, tarikh dan sebagainya. Walaupun lama mengadap laptop, return tiket Harraz dari sini ke KL masih belum dibeli kerana ada masalah pasport iaitu ia perlu diperbaharui. Suami akan menguruskannya esok dan dihantar ke Canberra. Dipendekkan cerita, semalam hanya di rumah sahaja. Saya sibuk menguruskan baju-baju. Sidai, angkat, lipat dan gosok. Anak-anak beraktiviti da dalam rumah dan suami dengan urusannya.





  

1 comment:

  1. Assalamualaikum Najwa..
    tahun ni Najwa dan family beraya di kampunglah ya. sunyilah kami tahun ni ingat nak serbu mkn ketupat kat rumah Najwa :p
    apapun semoga selamat semua urusan. seronoknya dpt pegi Germany tu boleh honeymoon sekali lah yer hehe.. :D

    ReplyDelete