Monday, July 2, 2012

Cauliflower cheese

Assalamualaikum...


Alhamdulillah berselera anak-anak saya makan hari ini terutama Ahmad Zaki yang memang suka makanan berasaskan cheese. Cauliflower banyak sangat dalam peti ais dan cheese pun ada. Sangat mudah dan menyelerakan. Saya ambil resepi dari sini. 




Bahan-bahan :-

450gm bunga kobis (rebus selama 10 minit)
50gm mentega
50gm tepung (saya guna tepung gandum)
50gm cheddar cheese (diparut/dipotong kiub)
460ml susu
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk mustard (optinal)
sedikit parutan cheese


Cara-caranya :-

1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Masukkan mentega dan tepung ke dalam periuk dengan menggunakan api perlahan. Kacau menggunakan sudip kayu sehingga sebati.
3. Masukkan garam dan serbuk mustard. Kacau sehingga 2 minit.
4. Masukkan susu dan kacau dengan menggunakan whisk (api sederhana). Setelah agak pekat, masukkan cheese dan masak sehingga 5 minit.
5. Tuang sos tadi ke dalam bekas yang berisi cauliflower.
6. Taburkan serbuk lada hitam dan parutan cheese.
7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 30 minit atau sehingga bahagian atas berwarna perang.


Sebelum dimasukkan cheese

Setelah dimasukkan cheese
 (Jika kurang pekat, tambah cheese / jika terlebih pekat, tambah  susu)

Tuang sos ke dalam bekas

Sprinkle serbuk lada hitam dan cheese (malas nak parut)

Setelah di masak

Sedia untuk dimakan


2 comments:

  1. athi, cuba la. mesti ilyas suke :) insyaAllah akak balik malaysia nanti sebulan. boleh la kita jumpa...dtg umah akak ke kat titi gantong :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Najwa,
    menarik ni resepi ni. anak2 k umi pun suka cheese. nanti boleh la try buat . wah najwa nak balik sebulan tu sunyilah kami kat sini :p

    ReplyDelete