Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan ke-4. Ahmad Zaki kembali tidur setelah seawal 4.45 pagi dia terjaga. Ahmad Harraz masih lena lagi manakala suami saya seawal 6.10 pagi sudah keluar berkerja. Saya sempat juga buat stok EBM untuk Ahmad Zaki. Sementara tidurkan Ahmad Zaki sempat juga saya membaca al-Mathurat. Alhamdulillah, seawal tingkatan 1 saya sudah terdedah dengan doa-doa ini. Maklumla sekolah asrama, wajib baca al-Mathurat setiap hari. Saya menyeru kepada diri saya serta sahabat-sahabat yang saya kasihi supaya perbanyakkan doa atau berzikir ketika berpeluang untuk melakukannya. Saya ada mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang menggalakkan kita membuat amalan sunat jika ada peluang dan ruang untuk melakukannya kerana bila datang waktu sibuk, nak buat yang wajib pun kadang-kadang tergesa-gesa. Contohnya seperti solat. Tiba masa kita sibuk, nak berdoa pun tak sempat. Maka banyakkan berdoa terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Jika bukan esok atau lusa, insyaAllah Allah perkenankan akan datang. Itulah perancangan yang terbaik untuk kita.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah,
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2 : 186)
No comments:
Post a Comment