Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas. Merasai lagi nikmat yang banyak dalam bulan Ramadhan tahun ini. Sudah hari ke-18 berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Masih lagi tak cukup rasanya ibadah yang dilakukan. Masih tidak puas. Saya juga rindu pada blog saya. Sejak akhir-akhir ini, langsung tidak ada peluang unuk mencoret itu dan ini.
Pukul 9.00 malam saya sudah mula mengantuk. Kadang-kadang terlena di atas sofa ketika menyusukan Ahmad Zaki. Kalau boleh, hendak juga menulis. Siangnya saya sibuk melayan anak-anak yang mana Ahmad Zaki baru sembuh dari demam dan selsema. Sebelum itu cirit birit. Ahmad Harraz semalam demam dan masih lagi batuk-batuk. Begitu juga suami yang juga batuk. Nampaknya hanya seorang nurse sahaja yang bertugas untuk mengurus 3 orang pesakit :) Anak-anak pula terutama Ahmad Zaki bangun awal. Pagi ini anak-anak saya bangun seawal 5.30 pagi. Nasib baik kami memang bersahur dengan Herbalife sahaja :) Mudah!
Saya menyeru kepada diri saya serta anda juga, supaya kita meningkatkan amalan pada bulan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi. Teruskan bertadarus serta bertadabbur Al-Quran, kurangkan melihat dan mendengar benda-benda 'lagha', banyakkan berzikir dan qiamullail. Juga panjang-panjangkan tangan untuk bersedekah kepada yang memerlukan.
Fastabiqul Khairat!
""How many things do we own, how much wealth do we possess, how many blessings do we enjoy, how many things do we have that bring us delight? So, rejoice and be a good cheer."" -Dr. 'Aid al-Qarni-
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Tuesday, August 7, 2012
Tuesday, July 24, 2012
Banyakkan berdoa...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan ke-4. Ahmad Zaki kembali tidur setelah seawal 4.45 pagi dia terjaga. Ahmad Harraz masih lena lagi manakala suami saya seawal 6.10 pagi sudah keluar berkerja. Saya sempat juga buat stok EBM untuk Ahmad Zaki. Sementara tidurkan Ahmad Zaki sempat juga saya membaca al-Mathurat. Alhamdulillah, seawal tingkatan 1 saya sudah terdedah dengan doa-doa ini. Maklumla sekolah asrama, wajib baca al-Mathurat setiap hari. Saya menyeru kepada diri saya serta sahabat-sahabat yang saya kasihi supaya perbanyakkan doa atau berzikir ketika berpeluang untuk melakukannya. Saya ada mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang menggalakkan kita membuat amalan sunat jika ada peluang dan ruang untuk melakukannya kerana bila datang waktu sibuk, nak buat yang wajib pun kadang-kadang tergesa-gesa. Contohnya seperti solat. Tiba masa kita sibuk, nak berdoa pun tak sempat. Maka banyakkan berdoa terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Jika bukan esok atau lusa, insyaAllah Allah perkenankan akan datang. Itulah perancangan yang terbaik untuk kita.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah,
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2 : 186)
Wallahu'alam....

Monday, July 23, 2012
Ramadhan Kareem daripada kami
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Tidak lewat lagi untuk saya ucapkan selamat menjalani ibadah di dalam bulan Ramdhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Sama-sama kita berkejar-kejar membuat amal kebaikan. Mulianya bulan ini adalah kerana turunnya Al-Quran, semoga kita sama-sama mentadabbur Al-Quran dengan sebaiknya. Itulah panduan yang Allah telah turunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan Jibril.
Antara peristiwa lain yang berlaku di dalam bulan ini juga ialah tentera muslimin buat pertama kalinya menang dalam peperangan pertama menentang musyrikin iaitu perang Badar Al-Kubra. Dalam bulan Ramdhan ini jugalah Kota Makkah al-Mukarramah telah dimerdekakan dari berhala-berhala yang berdiri megah di sekitar kota. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sudah semestinya merupakan perkara yang membawa impak yang sangat besar dalam pengembangan agama Islam itu sendiri.
Semoga kita sama-sama mengambil keberkatan bulan ini dengan bertadarus dan memperbanyakkan amalan sunat. Perbanyakkan memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang kita buat selama ini dengan banyakkan beristighfar serta banyakkan bersabar dan elakkan berbelanja boros untuk juadah berbuka yang boleh membawa kepada pembaziran.
Fastabiqul Khairat!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)