Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Roti John untuk suami

Assalamualaikum...

Petang semalam saya ada buat inti murtabak. Memang cadangnya nak buat murtabak untuk makan malam. Pagi tadi suami saya nak sarapan selain dari shake Herbalife. Maka saya buatlah inti murtabak menjadi Roti John memandangkan saya ada minta suami tolong belikan sausage roll malam tadi. Saya juga buat untuk Harraz separuh untuk dibawa ke sekolah.


Mayonis kesukaan suami - mayonis Jepun

Mayo + Cili + Timun


Monday, October 15, 2012

Cinnamon rolls untuk majlis kelahiran Nura

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana saya masih lagi bernafas dengan sihat. Kalian bagaimana? Saya harap kalian juga begitu. Pada 6 Oktober lepas iaitu pada hari kelahiran saya, kami mendapat jemputan dari seorang kawan iaitu Kak Marina dan suami ke majlis kelahiran yang ke-5 anak bongsu mereka iaitu Nura. Sebelum itu di Malaysia, Kak Marina dan suami merupakan seorang doktor perubatan. Tetapi Kak Marina mengambil keputusan unuk menjadi seorang surirumah sekarang apabila berpindah ke sini. Alhamdulillah, seronok anak-anak dan suami ada seorang ibu dan isteri yang sentiasa ada bersama mereka.

Saya memang sudah merancang nak buat cinnaomon rolls untuk dibawa pada hari tersebut. Ini kali yang ke berapa entah saya sudah buat cinnamon rolls. Saya memang suka sangat roti ini. Kebiasaannya saya menggunakan breadmaker, tetapi disebabkan saya hanya mempunyai masa yang terhad kerana majlis bermula jam 10 pagi, saya buat menggunakan stand mixer baru yang suami saya hadiahkan malam sebelumnya. Apa yang saya rasa, perbezaan diantaranya ialah cinnamon rolls lebih lembut teksturnya apabila menggunakan breadmaker daripada mixer biasa. Mungkin betul atau mungkin salah. Atau saya tidak buat mengikut teknik yang betul. Lepas ke majlis tersebut sempat lagi makan di Malaysia Dining Delight dan membeli barang.


Sebelum dibakar, saya lupa nak gam di hujung doh

Selepas disira dengan cream cheese

Dekat lagi

Kak Marina dan keluarga, semoga Nura menjadi anak yang solehah

Abi dan Zaki yang sedang tidur

Harraz main bola dengan siapa?

Antara tetamu yang hadir

Nasi goreng untuk anak-anak

Kuew teow sup unuk suami

Tuesday, August 7, 2012

Bun Coklat

Assalamualaikum...

Saya dah lama buat bun coklat ini. Cuma tak sempat nak upload gambar. Saya sangat berpuas hati dengan resepi yang diambil dari chowtimes.com . Resepinya sangat mudah dan rotinya gebu. Alhamdulillah, bertambah lagi menu roti saya.


Semua bahan dimasukkan ke dalam breadmaker

Bahagikan dan bentukkan doh

Selepas dibiarkan di tempat warm

Selepas dibakar dan saya letak gula sedikit

Boleh isikan inti - coklat pun boleh

Tuesday, July 24, 2012

Cinnamon Rolls with Cheese Cream Glaze


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk membuat cinnamon rolls semalam. Saya sudah lama sangat nak makan dan mencari-cari resepi yang terbaik. Saya ambil resepi dari sini. Thanks a lot!. Ada banyak resepi yang bagus cuma saya pilih yang agak senang dan yang paling penting kesemua bahan ada di dalam gerobok kecuali saya menggunakan gula biasa instead of brown sugar. Saya terlampau excited sangat, sehingga sebenarnya saya terlupa masukkan 2 biji telur. Setelah 2 jam 20 minit proses menguli di dalam breadmaker siap, saya buka dan terkejut melihat doh saya yang lain macam sangat rupanya. Barulah terdetik di dalam fikiran yang saya LUPA masukkan TELUR! Filling saya sudah buat, nak tak nak saya kena jadikan juga cinnamon roll ini. Takkan saya nak buat balik semula huhu...

Sewaktu saya sedih, tiba-tiba suami saya telefon,

Abang : Assalamualaikum sayang
Saya   : Waalaikumussalam bang
Abang : Sayang buat apa?
Saya   :  Tengah frustrated.
Abang : Abang tanya sayang buat apa? Abang on da way nak balik ni
Saya   : Najwa tengah frustrated ni. Najwa nak buat cinnamon roll tapi lupa taruh telur
Abang : La, macam mana boleh lupa...Biarkan, kita bakar jadi roti biasa je.
Saya   : Najwa nak pecahkan telur juga (di tangan memang sudah siap telur) lalu....dah pecahkan.. Ok   abang, balik dulu ye.
Abang : Ok, Assalamualaikum
Saya   : Waalaikumussalam bang...

Saya pecahkan 2 biji telur ke dalam doh yang sudah siap. Saya uli dalam keadaan nak menangis pun ada. Sedih sangat la tu. Kalau nak ikutkan macam possible bila melihat kepada doh yang baru - GOOEY! Saya bertawakkal. :) Kalau tak jadi tak apa. Saya biarkan di dalam oven yang sudah saya panaskan mengikut suhu bilik serta letak air panas di dalam loyang agar suhu sentiasa warm. Selepas 1 jam, doh naik juga. Saya tambahkan sedikit tepung dan uli bentuk 4 segi. Kemudian tabur dan ratakan filling serta gulung dan potong. Letak semula di dalam oven selama sejam sehingga double the size. Alhamdulillah, inilah hasilnya...


Alhamdulillah...

Sebelum dibakar

Cheese cream glaze

Selepas dibakar dan diletakkan icing

Kena kurangkan gula tapi resepi ini sangat sedap!

 Saya rajin nak menulis resepi hari ini.

Bahan-bahan : 

Dough
3 sudu kecil yis kering
1 cawan susu (suam) - saya guna fullcream
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter (dicairkan)
1 sudu kecil garam
2 biji telur
4 cawan tepung gandum - saya guna tepung roti

Filling
1 cawan gula perang - saya guna gula biasa
2 1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1/3 cawan butter atau margarine (suhu bilik)
( Pukul butter sehingga kembang dan masukkan serbuk kulit kayu manis dan gula pukul sehingga sebati)

Icing
8 sudu besar butter atau margarine (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula icing - boleh dikurangkan
1/2 cawan cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila 
(Pukul kesemua bahan sehingga sebati)

Cara-caranya :

1. Campurkan kesemua bahan sehingga menjadi doh yang lembut. Anda boleh menggunakan breadmaker atau mixer.
2. Selepas itu letakkan di tempat warm selama 1 jam atau sehingga size doh dua kali ganda (saya letak di dalam oven yang dipanaskan sedikit sebelum itu beserta air panas yang diletak di dalam loyang)
3. Uli doh sehingga leper lebih kurang tebal sebanyak 1/2cm.
4. Tabur dan ratakan filling dan gulung doh.
5. Potong doh dan letakkan di dalam tray yang sudah dilenser dengan minyak. Cover dan letakkan di tempat warm selama 1 jam.
6. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 10 hingga 15 minit.
7. Keluarkan bun dan letakkan icing sementara bun masih panas.







Monday, June 25, 2012

Mexican Bun / Papparoti / Rottiboy untuk suami dan anak-anak...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan-NYA. Begitu juga berita gembira dari Mesir iaitu calon Ikhwanul Muslimin telah diisytiharkan sebagai Presiden negara itu selepas memenangi pilihan raya, Alhamdulillah. Sejak hari Jumaat sehingga ke hari Ahad, jadual saya sangat padat. Maka saya sudah lama tidak menjenguk blog.

Hari Khamis yang lalu, saya berpeluang untuk membuat Mexican Bun. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Pappa Roti atau Rottiboy. Suami dan anak-anak saya sangat menyukai bun ini. Kebiasaannya saya membelinya di Utopia bersama dengan bubble tea. Setelah lama mencari resepi, saya mencuba resepi dari sini. Namun saya kurang berpuas hati lagi membuat bun ini kerana sewaktu saya membuat sweet dough, mixer saya berhenti mengejut dan saya terpaksa menguli dengan tangan (agak sukar) menyebabkan rotinya kurang gebu. Mungkin kena beli mixer yang tahan lasak selepas ini. 

Saya akan menulis bahan-bahan yang diperlukan untuk bun ini berserta cara-caranya mengikut bahagian supaya mudah untuk membuatnya.

Bahan-bahan / Cara-caranya :-

Filling
200gm butter (suhu bilik)
1/2 sudu kecil esen vanila
70gm brown sugar

1. Pukul butter menggunakan electric mixer (medium speed) selama 3 minit.
2. Kemudian masukkan esen vanila dan brown sugar.
3. Simpan di dalam peti sejuk sebentar dan kemudian bulat-bulatkan anggaran 20gm. Simpan semula sehingga anda ingin menggunakannya.


Ini adalah filling

Topping
200gm butter (suhu bilik)
160gm gula icing, diayak
3 biji telur (gred A), dipukul sedikit
1 sudu kecil coffee flavouring atau 2 sudu besar instant coffee dibancuh dengan 1 sudu besar air
secubit serbuk kulit kayu manis (dibancuh bersama coffee)
200gm tepung gandum, diayak

1. Pukul butter dan gula menggunakan electric mixer (medium speed) sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan coffee dan tepung serta pukul sehingga sebati (low speed)


Ini adalah topping

Sweet dough
500gm tepung roti
20gm susu tepung
75gm gula
6gm garam
8gm yis
1 buji telur, dipukul sedikit
270gm air atau 270gm susu  (tak perlu guna susu tepung jika sudah menggunakan susu) 
60gm butter (suhu bilik)

1.Campurkan tepung roti, gula dan garam dengan menggunakan electric mixer (dough hook) selama 1 minit (low speed)
2. Masukkan yis.
3. Tambahkan telur dan air atau susu
4. Mix dengan low speed selama 1 minit lagi
5. Mix dengan medium speed selama 8 minit
6. Masukkan butter
7. Mix dengan medium speed selama 5 minit atau sehingga doh lembut dan tidak melekit
8. Keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bulat anggaran 55gm.
9. Cover doh selama 10 minit.


Doh dibulatkan

Bentukkan bun

1. Leperkan doh yang bulat tadi menggunakan tangan
2. Masukkan filling di tengah-tengah
3. Tutupkan filling betul-betul supaya tidak terkeluar semasa membakar
4. Letakkan doh di atas tray
5. Cover doh dan letak di tempat warm selama 45 minit 
6. Dengan menggunakan piping bag, buat bentuk spiral di atas bun bermula dari tengah bun 
7. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 12 ke 15 minit

Enak dimakan ketika suam. 


Doh yang sudah ada filling - dibiar selama 45 minit

Topping menggunakan piping bag - saya buat tak cantik 

Siap dimakan - sekejap sudah habis