Tuesday, October 30, 2012

Mee Celup - resepi dan masakan dari suami

Assalamualaikum...

Baru-baru ini, suami saya teringin sangat nak makan mee celup. Saya pun kurang pasti sama ada saya pernah makan atau tidak. Suami saya yang mempunyai darah Pattani ni memang suka segala macam sup. Alhamdulillah, suami saya juga berbakat dalam seni masak-memasak ini :) mungkin turun dari mama (mak mentua saya). Banyak juga bahan yang digunakan untuk buat mee celup ini. Dalam resepinya, suami saya menggunakan air rebusan perut, daging serta rangka ayam. Lagi satu kegemaran suami saya ialah kuew teow. Maka, suami saya menggunakan kuew teow instead of mee. Sayur yang digunakan ialah kangkung. Bahan-bahan yang lain adalah seperti cili jeruk, lobak asin, bawang putih goreng, bawang goreng dan kacang tumbuk.

Saedap dan tak puas makan lagi :)


Alhamdulillah sedap! 

Bahan-bahan untuk sup (kuantiti terpulang) :-

Perut lembu
Daging
Rangka ayam
Serai
Sup Bunjut
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Garam
Gula

Rebus kesemua bahan sehingga empuk. Biasanya rebus perut terlebih dahulu kerana ia lewat empuk. Perasa dengan garam dan gula. Biasanya lebihkan gula supaya rasanya manis sedikit. Keluarkan dan potong nipis-nipis perut dan daging supaya mudah untuk dimakan.


Bahan-bahan lain :-

Mee/Kuew teow
Kangkung
Cili jeruk
Lobak asin
Bawang putih goreng
Ikan bilis goreng
Kacang tumbuk

Mee/Kuew Teow dan kangkung dicelur ke dalam sup beberapa minit. Masukkan ke dalam pinggan. Letak sup dan hias dengan bahan-bahan yang lain.





1 comment: