Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana memberi peluang lagi untuk saya bernafas dalam jiwa hamba. Hari ini bermula penggal ke-4 persekolahan Ahmad Harraz. Seperti biasa, saya kejutkan Harraz pagi tadi walaupun keadaanya pada ketika itu sangat nyenyak, Alhamdulillah seperti biasa dia terus bangun dan akan cakap, "i want to take my bath"... Setiap kali hari persekolahan, tidak menangis, tiada masalah, sentiasa bersemangat nak ke sekolah. Balik nanti macam-macam dengar cerita dari sekolah, Jackson is a naughty boy, he's not my friend dan macam-macam lagi.
Lain pula dengan Ahamd Zaki, kami sebenarnya kurang sihat minggu ini. Saya dan anak-anak kena tummy flu - diarhea and vomiting (kata Kak Azra, rakan kami di sini). Alhamdulillah Harraz sudah sihat. Bukan kami sahaja yang kena, ada lagi rakan kami sekeluarga 2 minggu lepas kena juga dan beberapa orang lagi. Maryam ummimsafiyyah pun kena juga. Musim agaknya. Ahmad Zaki start muntah-muntah petang semalam dan berlarutan lagi hingga pagi ini. Sekarang tengah tidur. Lemah badan mungkin. Moga Ahmad Zaki cepat sembuh. InsyaAllah, Allah akan beri yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.
Semalaman saya kurang tidur. Banyak juga kain baju dibasuh akibat dek muntah anak. Suami saya seperti selalu, kurang sihat juga bila buat PhD, pening kepala, heartburn dan sebagainya. Bila pergi kerja, kurang sakitnya. Bagi mengurangkan lemah-lemah badan, saya mengambil minuman isotonik dan untuk menjaga perut agar tidak meragam, saya kurangkan makan pedas, tidak makan makanan lama iaitu makanan yang disimpan dalam fridge, tidak makan raw food seperti raw sprouts serta makan dalam kuantiti sedikit.
Moga sama-sama kita doakan agar dipermudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat.
Ahmad Harraz bersedia nak ke sekolah, Ahmad Zaki duduk dengan Ummi |
Syafakallah zaki!!
ReplyDelete