Bercerita tentang nasi ayam, kali pertama saya masak sewaktu berumur 21 tahun ketika menjamu pakcik saya sekeluarga. Waktu itu ibu saya tiada di rumah, jadi kelam-kabut juga saya masak sebab tak tahu nak agak air macam mana dan sebagainya. Saya cuma recall apa yang ibu saya buat. Alhamdulillah sampai sekarang, bertambah baik dari segi rasa dan sebagainya. Resepi nasi ayam bonda ini saya saya ambil dari ibu dan mama - tambah, tolah, darab dan bahagi - untuk dapat citarasa yang lebih baik. Saya ada baca banyak resepi tentang nasi ayam. Semuanya sedap dan ikut citarasa masing-masing. Buat masa ini saya ada 2 resepi nasi ayam yang saya suka masak. Nasi ayam bonda dan Nasi ayam hainan - guna air daging.
Nasi ayam merupakan makanan kegemaran Ahmad Harraz. Setiap hari nak makan nasi ayam. Suami saya pula suka nasi ayam sup kosong - tanpa letak rempah.
Makan malam kami berdua |
Saya tiada bekas untuk letak sos |
Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan) :-
Sup (untuk nasi dan kuah)
4 peha ayam
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia - titik
Sedikit kulit kayu manis
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
garam
air yang secukupnya
bawang goreng dan daun sup - untuk hiasan
Masukkan kesemua bahan dan rebus sehingga ayam 3/4 masak. Keluarkan dan toskan ayam.
Ayam
Ayam yang sudah ditoskan
2 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit halia - tumbuk
1 ke 2 sudu besar sos tiram
kicap manis - ikut banyak mana ayam untuk dilumur
sedikit lada hitam
Perap ayam dengan kesemua bahan. Masa untuk perap boleh 30 mint sehingga beberapa jam. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dan banyak. Sekejap sahaja goreng untuk mengelakkan ayam menjadi terlalu hitam.
Nasi
2 pot nasi (saya guna pot kecil) - basuh dan tos
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
sedikit butter
Panaskan butter. Tumis bawang putih dan halia sehingga agak garing. Kemudian masukkan beras. Kacau beberapa minit sehingga sebati. Masukkan sup sehingga mencukupi untuk masak nasi.
Sambal kicap
Sama seperti bahan untuk perap ayam cuma tambah cili masak atau cabai burung yang di tumbuk.
Kuantiti mengikut citarasa masing-masing dan boleh juga ditambah daripada hasil perapan ayam. Masak diatas dapur sehingga mendidih.
Sayuran
Salad
Tomato
Timun
Salad
Tomato
Timun
Mama saya biasanya akan tambah sambal cili masak - kisar cabai masak, gula, garam dan sedikit cuka.
No comments:
Post a Comment