Showing posts with label Aktiviti kami. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti kami. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Selamat Kembali Malaysia

Assalamualaikum...

Apa khabar semua pembaca? Terima kasih kerana sudi singgah di blog yang sudah usang ini. Hampir setahun saya tidak menulis. Terlampau banyak sangat perkara yang saya buat dan fikirkan. Pekara yang saya rasa penting sehingga boleh menahan saya dari menulis blog (aktiviti yang sangat saya idam-idamkan sebelum ini). Alhamdulillah, dari hari ke hari kehidupan itu tetap diteruskan. Life goes on...

Untuk pengetahuan semua, saya dan keluarga sudah kembali ke tanah air setelah 6 tahun kami berpeluang bermusafir di bumi Perth, yang pada saya sangat istimewa. Terlalu banyak pengalaman tawa dan nangis kami telah lakarkan. Sehingga ke saat ini, saya masih mengingat bibit-bibit indah di sana. Mula-mula sampai di sini, boleh kata saya menangis setiap hari dengan keadaan serba kekurangan. Senang saya katakan, kami sekeluarga membina semula kehidupan. Untuk pengetahuan, kami tidak ada rumah lagi ketika ini dan hanya membawa barang-barang mana yang perlu sahaja kerana semuanya dalam kontena - menunggu beberapa minggu lagi untuk tiba.

Alhamdulillah suami saya berjaya juga dapatkan homestay yang lengkap dengan furniture untuk kami tinggal sebaik sahaja tiba. Kami menyewa homestay tersebut selama 3 minggu dan akhirnya terus kami jadikan rumah sewa sehingga sekarang disebabkan tuan rumah juga ingin pindah ke utara Malaysia. Alhamdulillah kepulangan kami disambut dengan ibu ayah serta mama abah. Terima kasih banyak-banyak buat mereka. Semoga Allah membalas segala bantuan mereka yang mana mereka datang dari utara ke selatan Malaysia. Mama pula menemani kami selama 3 minggu.

Bermulalah kehidupan kami di sini dan merasai pengalaman baru...

Allah itu tidak akan menduga hamba-NYA...
Diberi ujian dalam susah dan senang...
Supaya sentiasa kembali kepada-NYA...


                                      
                                               Kontena bersedia di bawa ke pelabuhan


       
           Terima kasih buat teman-teman yang membantu. Ramai sangat yang datang dan ini 
           hanyalah sebahagian kecil.


        
                     Selamat bertemu kembali! Sarah, Salwa dan Midah tiada dalam gambar... :(


                                       
                                            Sarah dalam gambar. Midah dan Salwa tiada :(

Sunday, March 31, 2013

KAMI dan Ready Stock Corelle!!!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Kami sekeluarga Alhamdulillah berada dalam keadaan baik cuma kesihatan tidak beberapa sihat. Perubahan musim barang kali. Sejak Harraz sekolah, tugas saya semakin sibuk (macam dia seorang sahaja sibuk hehe). Maklum la pengalaman anak sulung sekolah setiap hari. Bangun pagi siap sarapan dan bekalan Harraz. Hantar sekolah. Kadang-kadang bawa Zaki keluar - kesian pula kalau dia asyik duduk di rumah sahaja. Ambil Harraz sekolah, sediakan makanan, hantar Harraz mengaji (Isnin dan Jumaat). Untuk pengetahuan juga, setiap hari selasa saya ada swimming class. InsyaAllah minggu depan last class dan rasanya berminat untuk sambung next term.

Oh, berkenaan dengan Ready Stock Corelle ( 16 pieces ) seperti corak di bawah, sesiapa yang berminat boleh hubungi adik saya di talian 019-6443039. Harga RM250 tidak termasuk pos. Harga pos RM40. Kuantiti adalah TERHAD!









Tuesday, February 5, 2013

Selamat Hari Lahir Harraz,5 dan Zaki,2

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 16 dan 18 Januari yang lepas, kami telah menyambut ulangtahun kelahiran putera-putera jantung hati ummi dan abi. Ahmad Harraz 5 tahun dan Ahmad Zaki 2 tahun. Seperti tahun sebelumnya, kami mengadakan sedikit jamuan makan. Namun tidak pula untuk tahun ini. Kesuntukan masa ditambah dengan kekurangan tenaga menyebabkan saya hanya mampu buatkan kek sahaja dan membawa anak-anak makan diluar. Untuk kek Harraz saya buat kek coklat lembap manakala untuk Zaki saya buat kek karamel. Cumanya kek karamel sedikit kurang menjadi. Alhamdulillah, hari lahir Zaki disambut bersama dengan kedatangan opah, mak teh dan qistina. Meriah juga :)

Moga Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa dalam peliharaan Allah yang Maha Menjaga. Amin...


Nampak je kek ni, dah tak sabar mau makan

Sempat lagi gigit pisau

Bismillah....

Background silap

Zaki, Ummi, Qistina dan Harraz

Mak teh, opah, qistina, harraz dan birthday boy

Tahun depan ummi buat kek lagi cantik ye Zaki

Terima kasih auntie Mazia dan Maryam. Susah-susah aja...

Wednesday, January 30, 2013

Sebulan tidak menulis, Harraz belajar berenang...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini saya menyambung kembali penulisan saya setelah hampir sebulan membiarkannya ibarat tiada bertuan. Saya sibuk dengan aktiviti harian iaitu semenjak Harraz ada kelas renang setiap hari selama 10 hari sempena cuti sekolah ini serta menerima kedatangan tetamu dari Malaysia iaitu mama, kak Teh dan Qistina. Bercerita tentang kelas renang Harraz, saya telah mendaftar Harraz untuk kelas renang di Gosnells Leisure World kerana ia berdekatan dengan rumah kami. Kelas bermula pada 7 hingga 18 Januari pada pukul 10.05 pagi. Kebiasaannya saya bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pagi dan sebelum kelas bermula Harraz boleh bermain-main dahulu.

Hari pertama saya membawa Ahmad Zaki dan menunggu sehingga kelas habis iaitu selama 30 minit sahaja. Selesai kelas, saya pula turun dalam air bersama anak-anak. Namun untuk hari yang kedua dan seterusnya, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Zaki di creche iaitu servis untuk menjaga bayi atau kanak-kanak ketika ibu bapa menggunakan gym, pool atau apa sahaja tetapi hanya di dalam leisureplex tersebut. Bayaran hanya AUD3.80 untuk 1 jam 30 minit. Alhamdulillah Zaki sangat suka setiap kali saya menghantarnya kerana banyak permainan yang disediakan dan kakitangannya sangat-sangat membuatkan saya tertarik :) Kenapa saya pula yang melebih? hehe. Cuma kita sediakan snack serta pampers untuk anak-anak.

Alhamdulillah bermula hari pertama sehingga hari terakhir kelas, Harraz menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Bermula daripada takut nak selam muka ke dalam air sehingga boleh selam dengan lama menggunakan teknik pernafasan yang diajar. Cikgunya, Fraser mengajar dengan sabar sekali. Bukan senang nak mengajar kanak-kanak secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang kerana apabila kanak-kanak masuk pool, bukan main nak berenang ke sana ke mari. InsyaAllah kami sedang merancang untuk mendaftar Harraz untuk kelas renang yang seterusnya.


Sedia untuk beraksi, sebelah ialah Maryam menunggu cikgu panggil

Hari pertama

Air masuk hidung ye

Kumpulan Harraz

Add caption

Sijil setelah tamat kelas


Tuesday, December 25, 2012

Membawa anak-anak ke Jungle Gym

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas menghayati kehidupan ini. Jika ikut ramalan cuaca hari ini, suhu akan menjangkau sehingga 39 darjah celcius. Minggu ini juga ada 2 hari suhu akan menjangkau 40 darjah celcius. Bila suhu panas, alamatnya duduk di dalam rumah adalah yang terbaik. Berbalik kepada hari Rabu yang lepas, saya berpeluang membawa anak-anak ke Jungle Gym bersama kawan saya Mazia dan anaknya Maryam. Kali pertama saya pergi ialah ketika menyambut hari kelahiran Syifaa Rania, 2 tahun lepas.

Jarak dari rumah saya dengan Jungle Gym tidaklah jauh. Tak sampai 10 minit jika menaiki kereta. Kereta saya (suami baru belikan) tidak mempunyai GPS menyebabkan saya meminta Mazia datang ke rumah saya dahulu dan saya ikut dari belakang. Bayaran sebanyak AUD6 dikenakan selama 2 jam iaitu bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka memandangkan cuti sekolah baru bermula. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati kerana dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang menarik. Ada 3 keping gambar, ihsan dari Mazia kerana saya tak berpeluang untuk mengambil gambar anak-anak.



Suka sangat bergayut dekat tali tu

Zaki yang aktif mencuba semua benda

Harraz dan Maryam turun slide

Tuesday, December 11, 2012

Bakar satay bersama opah dan atok...

Assalamualaikum...

Sejak saya mula boleh membuat satay sendiri beberapa tahun lalu, saya kurang berminat dengan satay yang lain. Tetapi jika ada orang belanja atau kempunan sangat nak makan segera - saya tidak menolak untuk menerima serta membeli. Bila buat satay sendiri, kita boleh memilih bahagian mana yang kita suka serta memilih daging atau ayam atau kambing. Atau masak ketiga-tiganya.

Bahagian yang saya guna untk membuat satay ialah bahagian thigh ayam yang sangat juicy. Kalau boleh biar perap semalaman. Kali ini saya melakukan aktiviti ini bersama ibu dan ayah. Sudah tentu saya ingin memperkenalkan bisnes terbaru saya hehe. Najhwar Satay :) Ibu dan ayah kata boleh buka bisnes dah... Sebenarnya resepi satay ini saya alter sendiri. Main ikut sedap sahaja. Begitu juga dengan kuah satay. Ada seorang adik di sini yang memang anak tauke satay telah memberi resepi. Cuma saya tak boleh nak follow sebab ada beberapa bahan yang tiada. Saya main letak apa yang ada dalam gerobok. Setakat ini, beberapa kali buat rasanya konsisten :)


Sedia untuk dibakar

Atok nak mebakar, mula sibuk si dia

Anak-anak jarang makan tembikai, sekali makan nak banyak

Gambar satay yang sudah dimasak tiada kerana memang tak ingat lain dah bila makan

Makan petang yang kenyang dan cuaca yang sejuk-sejuk anginnya, Alhamdulillah

Ahmad Zaki dengan aktivitinya (gambar opah dan ummi tiada)



Thursday, November 29, 2012

Keluarga bercuti di Perth

Assalamualaikum...

Hampir sebulan saya tidak menulis. Jadual saya penuh ditambah pula rasa malas untuk menulis menyebabkan  saya kurang menjenguk blog ini. Alhamdulillah, ibu dan ayah baru 2 hari lepas pulang ke kampung setelah 2 minggu bersama kami di sini. Adik-adik saya pula pulang awal seminggu. Segala perancangan berjalan dengan baik. Kehadiran mereka bermula pada petang ahad, 11 November. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang mereka berada di sini. Kali pertama keluarga saya datang ialah 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini adik ipar dan anak saudara saya - kali pertama datang. Saya dan suami telah mengatur beberapa perancangan seperti membawa mereka ke Albany dan Margaret River - melihat suasana outback di sini.

Ibu dan ayah sempat 2 kali ke Sunday Market dan rezeki ibu saya kerana saya memang ada hasrat nak membawa ibu ke Baby and Kids Market di Belmont. Maksudnya Ahad yang lalu seawal jam 7.30 pagi kami ke Sunday Market di Maddington kemudian ke Belmont pula. Sampai di rumah jam 12 tengahari. Apa yang istimewa sangat Sunday Market dan Baby and Kids Market ini? Barang-barangnya semurah 10 sen dan boleh dapat yang masih bagus lagi dan ada yang baru. Seronok opah dan atok membeli barang. Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan kehadiran mereka dan terubat rindu :)




Thursday, October 18, 2012

Term 4 bermula dan kurang sihat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana memberi peluang lagi untuk saya bernafas dalam jiwa hamba. Hari ini bermula penggal ke-4 persekolahan Ahmad Harraz. Seperti biasa, saya kejutkan Harraz pagi tadi walaupun keadaanya pada ketika itu sangat nyenyak, Alhamdulillah seperti biasa dia terus bangun dan akan cakap, "i want to take my bath"... Setiap kali hari persekolahan, tidak menangis, tiada masalah, sentiasa bersemangat nak ke sekolah. Balik nanti macam-macam dengar cerita dari sekolah, Jackson is a naughty boy, he's not my friend dan macam-macam lagi.

Lain pula dengan Ahamd Zaki, kami sebenarnya kurang sihat minggu ini. Saya dan anak-anak kena tummy flu - diarhea and vomiting (kata Kak Azra, rakan kami di sini). Alhamdulillah Harraz sudah sihat. Bukan kami sahaja yang kena, ada lagi rakan kami sekeluarga 2 minggu lepas kena juga dan beberapa orang lagi. Maryam ummimsafiyyah pun kena juga. Musim agaknya. Ahmad Zaki start muntah-muntah petang semalam dan berlarutan lagi hingga pagi ini. Sekarang tengah tidur. Lemah badan mungkin. Moga Ahmad Zaki cepat sembuh. InsyaAllah, Allah akan beri yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Semalaman saya kurang tidur. Banyak juga kain baju dibasuh akibat dek muntah anak. Suami saya seperti selalu, kurang sihat juga bila buat PhD, pening kepala, heartburn dan sebagainya. Bila pergi kerja, kurang sakitnya. Bagi mengurangkan lemah-lemah badan, saya mengambil minuman isotonik dan untuk menjaga perut agar tidak meragam, saya kurangkan makan pedas, tidak makan makanan lama iaitu makanan yang disimpan dalam fridge, tidak makan raw food seperti raw sprouts serta makan dalam kuantiti sedikit.

Moga sama-sama kita doakan agar dipermudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat.   


Ahmad Harraz bersedia nak ke sekolah, Ahmad Zaki duduk dengan Ummi



Monday, October 8, 2012

On My 29th Birthday...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, genap umur saya 29 tahun pada hari Sabtu, 6 Oktober yang lalu. Seperti kebiasaannya, saya menerima banyak ucapan dan doa. Dari suami, ibu, ayah, adik-adik, saudara-mara serta sahabat-sahabat. Terima kasih saya ucapkan. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah serta dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.

Terima kasih buat suami tercinta kerana telah bersusah payah menganjurkan "majlis rahsia" yang sebenarnya telah saya ketahui terlebih dahulu. Cuma saya pula yang berlakon, pura-pura tidak tahu... Suami bawa saya dan anak-anak makan pada Jumaat malam. Saya memilih Restoren India (Halal) yang baru dibuka berdekatan dengan rumah kami. Kiranya ini kali pertama kami ke sini. Alhamdulillah, boleh berkunjung lagi.


Depan restoren baru

Suami pilih menu

Teringat samosa sewaktu di Switzerland, cuma rasa tak sama

Antara juadah yang dipesan


Seperti tahun lepas, suami saya adakan majlis, berpakat dengan adik-adik undergrad selepas kami pulang ke rumah. Ceritanya di sini. Kali ini, saya tercari-cari juga bayangan adik-adik di dalam rumah. Tidak ada. Sehinggalah saya terdengar bunyi kereta adik-adik dan ketukan pintu rumah. Adik-adik dah sampai, cumanya saya tidak lah terkejut kerana saya dah boleh agak :) Suami dan adik-adik pula yang terkejut melihat saya biasa je. Hehe. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi datang dengan membawa kek dan hadiah yang telah dibelikan oleh suami. Saya sudah prepare awal-awal makanan untuk di jamu kepada mereka. Laksa Utara. Suami saya ingat saya nak masak untuk birthday party anak kawan kami esok hari. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...


Thanks abang kerana memilih kek kesukaan kami :)

You're my other half!

Dari kiri : Suwaibah, Mekka, Saadah, Seyna, Hur, Jan, Amnah, Hanis, Ika, Sali, Atiqah dan Dayan (demam)

Laksa utara

Adik-adik bersama hadiah dari suami - million of thanks abang

Semua sudah mengantuk, hampir pukul 12.00 malam

Semalam saya dapat bunga dari Fathiah, Mimi dan Fira. Thanks adik-adik! Bertambah seri rumah kami.


Sejuk mata melihat...

Bunga lily, bau wangi














Perth Royal Show...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah masuk hari Isnin ya. Sekejap sahaja masa berlalu dalam seminggu. Suami saya sejak pukul 6.00 pagi tadi sudah keluar mencari rezeki. Pukul 10.00 pagi ke uni pula, jumpa supervisor. Tengah sibuk buat journal paper. Ahmad Harraz baru lepas mengaji. Ahmad Zaki tengah main train. Rumah sudah siap vakum. Baju sudah sidai. Sayapun sudah selesai solat Dhuha dan mengaji.

Alhamdulillah, baru ada masa nak update blog. Hari khamis yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Perth Royal Show. Untuk pengetahuan, event ini akan diadakan setiap tahun. Selama kami menetap di sini, inilah kali pertama kami ke sini. Harga tiket yang kami dapat ialah AUD23 seorang. Untuk kanak-kanak adalah percuma.

The IGA Perth Royal Show is Perth's biggest community event attracting 400,000 visitors from the city and the country every year. With a rich history spanning 170 years, the Show is an iconic social and cultural event which showcases WA agriculture, small business and entertainment. - http://www.perthroyalshow.com.au/


Kami bertolak jam 9.30 pagi ke Bentley kerana kami ingin menaiki public transport ke sana. Lebih mudah. Kami parking kereta depan rumah adik-adik undergrad dan menaiki bas ke Oat St. Sampai di Oat St kami menaiki train ke Perth City dan dari sana disediakan train khas ke Claremont Showground. Banyak aktiviti yang telah disediakan di sana dan sudah pasti satu hari tidak cukup untuk habiskan tour. Apa yang menarik ialah jualan showbags yang pelbagai jenis dan murah. Sebagai contoh, satu bag bernilai AUD25. Harga sebenar adalah lebih seperti AUD60 atau AUD50. Kami belikan Harraz, Toy Story dan Zaki The Wiggles.

Apa yang menarik...



Coklat Lindt

Pameran askar

Pengakap

Pertandingan lembu-lembu dari peladang

Antara gerai-gerai di luar

Saya naik yang ini

Abi teman Harraz

Ummi teman Harraz

Abi dan anak-anak

Nak naik juga

Jalan atas air

Busuk la abi...

Harraz naik pony

I'm driving...

Istana Coklat

Tumpang makan sekejap 

Pertandingan dan pameran sheep

Nak bulu baru

Bijirin

Antara hasil yang diperolehi

Antara bulu kambing biri-biri

Pameran/ jualan kucing-kucing

Si comel AUD300

Masamnya saya...

Lunch sambil menonton

Yang paling penting - Showbags (AUD25 - each)