Thursday, November 29, 2012

Keluarga bercuti di Perth

Assalamualaikum...

Hampir sebulan saya tidak menulis. Jadual saya penuh ditambah pula rasa malas untuk menulis menyebabkan  saya kurang menjenguk blog ini. Alhamdulillah, ibu dan ayah baru 2 hari lepas pulang ke kampung setelah 2 minggu bersama kami di sini. Adik-adik saya pula pulang awal seminggu. Segala perancangan berjalan dengan baik. Kehadiran mereka bermula pada petang ahad, 11 November. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang mereka berada di sini. Kali pertama keluarga saya datang ialah 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini adik ipar dan anak saudara saya - kali pertama datang. Saya dan suami telah mengatur beberapa perancangan seperti membawa mereka ke Albany dan Margaret River - melihat suasana outback di sini.

Ibu dan ayah sempat 2 kali ke Sunday Market dan rezeki ibu saya kerana saya memang ada hasrat nak membawa ibu ke Baby and Kids Market di Belmont. Maksudnya Ahad yang lalu seawal jam 7.30 pagi kami ke Sunday Market di Maddington kemudian ke Belmont pula. Sampai di rumah jam 12 tengahari. Apa yang istimewa sangat Sunday Market dan Baby and Kids Market ini? Barang-barangnya semurah 10 sen dan boleh dapat yang masih bagus lagi dan ada yang baru. Seronok opah dan atok membeli barang. Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan kehadiran mereka dan terubat rindu :)




No comments:

Post a Comment