Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk membuat cinnamon rolls semalam. Saya sudah lama sangat nak makan dan mencari-cari resepi yang terbaik. Saya ambil resepi dari sini. Thanks a lot!. Ada banyak resepi yang bagus cuma saya pilih yang agak senang dan yang paling penting kesemua bahan ada di dalam gerobok kecuali saya menggunakan gula biasa instead of brown sugar. Saya terlampau excited sangat, sehingga sebenarnya saya terlupa masukkan 2 biji telur. Setelah 2 jam 20 minit proses menguli di dalam breadmaker siap, saya buka dan terkejut melihat doh saya yang lain macam sangat rupanya. Barulah terdetik di dalam fikiran yang saya LUPA masukkan TELUR! Filling saya sudah buat, nak tak nak saya kena jadikan juga cinnamon roll ini. Takkan saya nak buat balik semula huhu...
Sewaktu saya sedih, tiba-tiba suami saya telefon,
Abang : Assalamualaikum sayang
Saya : Waalaikumussalam bang
Abang : Sayang buat apa?
Saya : Tengah frustrated.
Abang : Abang tanya sayang buat apa? Abang on da way nak balik ni
Saya : Najwa tengah frustrated ni. Najwa nak buat cinnamon roll tapi lupa taruh telur
Abang : La, macam mana boleh lupa...Biarkan, kita bakar jadi roti biasa je.
Saya : Najwa nak pecahkan telur juga (di tangan memang sudah siap telur) lalu....dah pecahkan.. Ok abang, balik dulu ye.
Abang : Ok, Assalamualaikum
Saya : Waalaikumussalam bang...
Saya pecahkan 2 biji telur ke dalam doh yang sudah siap. Saya uli dalam keadaan nak menangis pun ada. Sedih sangat la tu. Kalau nak ikutkan macam possible bila melihat kepada doh yang baru - GOOEY! Saya bertawakkal. :) Kalau tak jadi tak apa. Saya biarkan di dalam oven yang sudah saya panaskan mengikut suhu bilik serta letak air panas di dalam loyang agar suhu sentiasa warm. Selepas 1 jam, doh naik juga. Saya tambahkan sedikit tepung dan uli bentuk 4 segi. Kemudian tabur dan ratakan filling serta gulung dan potong. Letak semula di dalam oven selama sejam sehingga double the size. Alhamdulillah, inilah hasilnya...
Alhamdulillah... |
Sebelum dibakar |
Cheese cream glaze |
Selepas dibakar dan diletakkan icing |
Kena kurangkan gula tapi resepi ini sangat sedap! |
Saya rajin nak menulis resepi hari ini.
Bahan-bahan :
Dough
3 sudu kecil yis kering
1 cawan susu (suam) - saya guna fullcream
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter (dicairkan)
1 sudu kecil garam
2 biji telur
4 cawan tepung gandum - saya guna tepung roti
Filling
1 cawan gula perang - saya guna gula biasa
2 1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1/3 cawan butter atau margarine (suhu bilik)
( Pukul butter sehingga kembang dan masukkan serbuk kulit kayu manis dan gula pukul sehingga sebati)
Icing
8 sudu besar butter atau margarine (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula icing - boleh dikurangkan
1/2 cawan cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila
(Pukul kesemua bahan sehingga sebati)
Cara-caranya :
1. Campurkan kesemua bahan sehingga menjadi doh yang lembut. Anda boleh menggunakan breadmaker atau mixer.
2. Selepas itu letakkan di tempat warm selama 1 jam atau sehingga size doh dua kali ganda (saya letak di dalam oven yang dipanaskan sedikit sebelum itu beserta air panas yang diletak di dalam loyang)
3. Uli doh sehingga leper lebih kurang tebal sebanyak 1/2cm.
4. Tabur dan ratakan filling dan gulung doh.
5. Potong doh dan letakkan di dalam tray yang sudah dilenser dengan minyak. Cover dan letakkan di tempat warm selama 1 jam.
6. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 10 hingga 15 minit.
7. Keluarkan bun dan letakkan icing sementara bun masih panas.
Yummy! Makin teruja untuk nak ada breadmaker sendiri! Hehe..
ReplyDeleteWah, najwa buat cinnamon rolls ni mmg cantik dan nampak sedap sekalilah. Ala masterchef dah ni. thn depan try masuk nak tak? :)
ReplyDeleteMazia : hehe...itula najwa kata, bila ada...memang setiap hari nak buat.. Kalau bebuka kat Curtin, insyaAllah najwa bawa malam ni
ReplyDeleteKak Umi : Najwa pakai resepi oarang...kalau nak buat resepi sendiri baru boleh masuk Masterchef :) Akak, najwa suka ja nak bagi akak rasa.... cuma manis sangat2... kena kurangkan gula... akak ada ke kat curtin hari ni time bebuka?
k umi dah singgah curtin tadi. berbuka nanti tak pergi pun. ada majlis berbuka ke? tak mengapa lain kali ada rezeki boleh rasa :)
Deletebila najwa nak balik Msia? ingat nak bg bread improver kat najwa. tp k umi dah 2 minggu tak pegi U sejak budak2 cuti sekolah. pegi sekali dua haritu tp tak boleh buat kerja sbb diorang buat bising. :p