Monday, July 9, 2012

Char Kuey Teow suami, idaman saya!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari Isnin sudah. Sekejap sangat masa berlalu. Saya pun kurang sihat. Bercakap tentang Char Kuey Teow, teringat dekat Kak Umiyumi. Memang di sini tak tahu mana nak cari Char Kuey Teow. Kalau dulu ada juga suami postgrad yang boleh buat Char Kuey Teow ini. Tapi since sudah pulang for good, kena masak sendiri lah jawapnya. Setiap kali nak masak Char Kuey Teow, suami saya akan menggunakan resepi dari sini. Alhamdulillah sedap sungguh sehingga boleh kalah Char Kuey Teow kedai :) Mungkin yang akan membezakan tekstur Char Kuey Teow adalah teknik masakan. Seperti biasa, kuali kena nipis dan masaknya sekejap sahaja. Saya hanya sempat cari 2 gambar sahaja untuk tatapan dan saya amat ternanti-nanti suami saya masak :) 


P/S :- Buat paste banyak-banyak, simpan dalam freezer. 


Ini ketika makan pagi

Ini ketika makan malam (kuah sudah meresap)

1 comment:

  1. Amboi sedapnyaa.. terliur k umi tengok. lenkali buatlah CKT byk sikit boleh kami dtg mkn sekali he he he

    ReplyDelete