Friday, July 13, 2012

Persiapan Sebelum Travel - Stok EBM Ahmad Zaki

Assalamualaikum...


Seperti yang diketahui umum, susu ibu merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah kepada mereka yang bergelar ibu. Ada ibu yang banyak susunya. Ada ibu yang sikit susunya. Ada yang tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab tertentu. Walau apapun anda, itu adalah yang terbaik, yang telah diaturkan oleh-NYA.


Alhamdulillah sebagai seorang surirumah buat masa sekarang, saya berjaya menyusukan Ahmad Harraz selama 2 tahun lebih. Ahmad Harraz betul-betul berhenti selepas saya mengandungkan Ahmad Zaki. Kami memang jimat dari segi kewangan iaitu pembelian susu tepung. Begitu juga Ahmad Zaki, umurnya sudah setahun setengah dan masih lagi menyusu badan. Oleh itu saya memang kurang berpengalaman dalam menyediakan stok EBM untuk anak-anak.


Saya menyimpan susu di dalam beg ini


Namun saya perlu rajin dari segi memperbanyakkan bacaan dalam penyediaan EBM serta usaha untuk menjadikannya realiti. Sejak 2 minggu lepas saya sudah mula menyediakan stok walaupun kuantiti susu bukanlah sebanyak 6 bulan pertama hehe. Saya minta suami tolong belikan beg untuk menyimpan susu. Kesemuanya dilabelkan dan dibekukan. InsyaAllah, saya ingin membeli cooler box dan ice pack bagi menjamin 'kebekuan' susu yang akan di bawa dari Perth ke Perak dan dari Jerman ke Perak. Doakan saya berjaya :) dalam misi yang penuh dengan kasih sayang ini!

1 comment:

  1. Moga dipermudahkan! Bykkn memerah, utk stimulation insyaAllah!

    ReplyDelete