Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem daripada kami

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Tidak lewat lagi untuk saya ucapkan selamat menjalani ibadah di dalam bulan Ramdhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Sama-sama kita berkejar-kejar membuat amal kebaikan. Mulianya bulan ini adalah kerana turunnya Al-Quran, semoga kita sama-sama mentadabbur Al-Quran dengan sebaiknya. Itulah panduan yang Allah telah turunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan Jibril.




Antara peristiwa lain yang berlaku di dalam bulan ini juga ialah tentera muslimin buat pertama kalinya menang dalam peperangan pertama menentang musyrikin iaitu perang Badar Al-Kubra. Dalam bulan Ramdhan ini jugalah Kota Makkah al-Mukarramah telah dimerdekakan dari berhala-berhala yang berdiri megah di sekitar kota. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sudah semestinya merupakan perkara yang membawa impak yang sangat besar dalam pengembangan agama Islam itu sendiri.

Semoga kita sama-sama mengambil keberkatan bulan ini dengan bertadarus dan memperbanyakkan amalan sunat. Perbanyakkan memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang kita buat selama ini dengan banyakkan beristighfar serta banyakkan bersabar dan elakkan berbelanja boros untuk juadah berbuka yang boleh membawa kepada pembaziran.

Fastabiqul Khairat!!!






2 comments:

  1. Selamat berpuasa kepada Najwa dan family.. najwa pegi terawih tak kat sini? rasa sunyilah kan puasa kat sini. kalau duduk dekat2 boleh hantar kuih sepiring kat najwa

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak umi...same goes to you akak. najwa tarawih kat rumah. kadang-kadang dengan en suami. Betul, sunyi tapi kat luar tu meriah juga sebab dekat bentley ada bazar Ramadhan setiap hari dalam deli Spicy Mama. Akak mesti rajin buat kuih kan??? :) Najwa belum lagi berkesempatan nak pergi bazar... Makan kat rumah pun sikit sahaja...

    ReplyDelete