Tuesday, October 2, 2012

Dari Amsterdam ke London

Assalamualaikum...

Sambung semula cerita kami dari Amsterdam ke London. Selepas sampai jam 5.30 petang, kami ke hotel mengambil baggage dan terus beli tiket dari Amsterdam Central ke Schidum Central ( 1 jam perjalanan ). Dari Schidum Central kami naik train lagi ke Hoek Van Holland Haven. Dari situ kami menaiki feri Stenaline ke Harwich, England. Perjalanan mengambil masa selama 9 jam. Kiranya bila naik feri ini, 2 in 1 (transportation and accomodation) lebih jimat! Suami saya telah membeli tiket secara online dengan nilai  EURO 183 seorang. Duit tiket termasuk sekali tiket dari Amsterdam Central ke Hoek Van Holland Haven (kami reimbust dari kaunter tiket) dan dari Harwich ke London Liverpool Station. Dari Harwich ke London Liverpool St mengambil masa 1 jam 30 minit. Sampai di stesen, kami naik teksi ke hotel Pullman London St Pancras. Alhamdulillah boleh check-in awal iaitu jam 10.15 pagi.


Sebelum menaiki feri - Passanger boarding bridge

Model Superferry Stenaline Britannica

Info board dalam feri, dari games room sampai ke beberapa buah cafe

Dalam bilik di atas feri

Selalunya orang masuk UK through Heathrow tapi bila naik feri, kami masuk  dari Harwich

Melepas rindu tanya khabar anak-anak di London Liverpool St Station

Driver taxi tolong tangkapkan, maaf pakcik suami lupa nak bagi tip!

Staff yang 'cool'

Dari hotel, St Pancras Station dan Library

Dalam bilik kami di Pullman

Suami isteri :)

Then kami bersiap-siap untuk mengambil 1 day London Pass di Trafargar Square. Suami saya beli online sebelum itu dengan harga AUD 124, lebih kurang  EURO 62. Kami hanya memilih beberapa tempat sahaja kerana masa tidak cukup. Kami kira 3 tempat yang kami pergi sudah memadai atau sudah pulang modal iaitu Tower of London (GBP 19), London Bridge Experience (GBP 23) dan War Museum (GBP 14). Kami juga sempat berjalan-jalan di Buckingham Palace, hanya di luar sahaja.


Tower Bridge

Tower bridge lagi

Selepas berjalan di Tower of London

Sangat berbaloi!

Selepas kepenatan di dalam London Bridge Experience

Salah satu escalator untuk menaiki train

Jalan-jalan

Depan Buckingham Palace

Kawasan sekitar Buckingham Palace

Parliament House

Westminster Abbey

Salah satu stesen di London

Malamnya kami sudah berjanji dengan Liana dan suami untuk makan malam bersama. Liana atau Hadzliana Zainal ialah kawan kepada suami saya sewaktu di MRSM Taiping, sedang buat Phd juga di University College of London (UCL). Liana membawa kami ke Bayswater yang terkenal dengan tempat makanan halal yang banyak serta tempat membeli souvernir murah jika orang Malaysia datang berkunjung di London. Disebabkan terlalu lapar, kami memilih untuk makan di salah satu Restoren Cina (Halal). Keesokan harinya kami berjalan-jalan ke Westfield, saja tengok harga barang-barang dan sempat juga membeli barang. Kami makan tengahari di Jom Makan di London. Nasi Ayam Hainan dan Nasi Goreng Daging. Sedap dan murah!


Bersama Liana

Para suami

Lemon Chicken

Lauk daging

Mee dan starter

JOM!

Nasi ayam hainan

Nasi goreng daging

Kami pulang ke hotel dan pergi ke train station menaiki Eurostar selama 3 jam dan bertukar train sebanyak 2 kali. Jika ke Paris terus, mahal AUD 60. Maka, kami turun Lildeeurop dan kena pergi ke train station Lildefrande sejauh 400m berjalan kaki.

Sampai Paris jam 6.00 petang.



Moh ke Paris!













1 comment:

  1. salam ,berapa jam perjalanan dari amsterdam ke London akak

    ReplyDelete