Assalamualaikum...
Dah hampir sebulan tak menjenguk blog. Bila pulang ke kampung memang tak cukup masa ke sana ke mari. Kami pula ada masa 2 minggu sahaja sebelum pulang ke Perth. Alhamdulillah sekarang sudah ada di Perth. Jadi saya nak sambung kembali percutian kami di Europe. Selepas Germany kami ke Netherlands pula. Perjalanan bermula dari penginapan kami ke Bonn Central. Kami menaiki
train ke Cologne selama 25 minit. Kemudian kami menaiki Ice selama 3 jam ke Amsterdam Central. Dari situ kami berjalan kaki ke hotel kami iaitu Ibis Hotel yang berada di dalam
train station tersebut.
|
Ice sudah sampai |
|
Baru sampai di Amsterdam Central |
|
Senang nak ke mana-mana, lokasi strategik |
|
Hotel Ibis, Jom jadi ahli! |
|
Moh letak beg dulu |
|
Parking basikal di hadapan hotel |
Kami
pre check-in dahulu dan meninggalkan
baggage yang banyak dan berjalan di sekeliling
city. Pada mulanya kami ingin mengikut
tour selama 3 jam tetapi disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu kami mengambil keputusan untuk berjalan sendiri menaiki canal cruise yang berkonsepkan
hop on, hop off. Boleh berhenti di mana-mana hentian dan pulang mengikut jadual yang ditetapkan. Kami memilih
Lovers Canal Cruise dengan bayaran Euro16 seorang.
|
Berhadapan dengan Amsterdam Central |
|
Lovers Canal Cruise |
|
Dalam Lovers Canal Cruise |
|
Antara pemandangan sepanjang laluan cruise |
|
Salah satu tempat berhenti |
Di akhir-akhir perjalanan, kami agak penat dan mengantuk. Selepas selesai, kami masuk ke bilik dan berehat sehingga jam 9 malam, baru keluar untuk makan malam. Suami saya ada survey Restoren KFC yang berdekatan mempunyai sijil halal. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki kami sampai dan makan sehingga kenyang. Keesokan harinya, perjalanan bermula pagi-pagi lagi iaitu jam 8.45 pagi di mana kami perlu menunggu
tour guide di Hotel Barbizone - 5 minit perjalanan dari hotel kami. Setelah membeli sarapan dan kudapan tengahari, kami ke hotel tersebut.
|
Makan malam kami |
|
Sarapan kopi dulu |
|
Bas sudah sampai |
Tour kami bermula jam 9.30 pagi setelah beberapa penumpang lain di ambil mengikut stesen yang ditetapkan. Tempat yang dilawati ialah tempat membuat
clog, cheese factory dan
wind mill yang sangat famous di Belanda walaupun sebenarnya ia berasal dari Persia, Iran. Kami juga melawat
dike yang dibuat oleh kerajaan
Dutch untuk
create lebih banyak tanah kerana diketahui bahawa Netherlands merupakan negara yang 60% area terletak di bawah paras laut. Netherlands juga bermaksud
Low Countries.
|
Clog boleh didapati dengan pelbagai corak |
|
Rambang mata memilih |
|
Demo bagaimana clog dibuat |
|
Clog sedia untuk dijual |
|
Penerangan tentang bagaimana cheese dibuat |
|
Salah satu cheese yang sudah berusia setahun rasanya |
|
Pelbagai jenis cheese |
|
Wind Mill |
|
Salah satu kegunaannya ialah membuat serbuk pewarna |
|
Bahagian tengah wind mill |
|
Dike - angin sangat kuat |
|
Semuanya ditambak menjadi daratan |
Selepas itu kami ke Adam iaitu
Summer Housing Area untuk orang kaya yang membina rumah-rumah mereka untuk diduduki ketika musim panas. Berdekatan dengan Adam ialah Volendum yang suatu ketika dulu ialah kampung nelayan. Tetapi setelah
dike dibuat, ia menjadi tempat pelancongan bagi mencari sumber kewangan yang lain. Apa yang unik di sini ialah, setiap rumah di sini mempunyai bentuk langsir yang berbeza antara satu sama lain. Dari Volendum kami diberi masa sehingga jam 4.00 petang untuk menaiki bot ke Marken dan bas kami juga sudah menunggu di sana.
|
Salah satu rumah di Volendum |
|
Corak langsir berlainan setiap rumah |
|
Corak langsir berlainan setiap rumah |
|
Corak langsir berlainan setiap rumah |
|
Cantik dan menarik |
|
Lunch fish and chips |
|
Salah satu rumah musim panas di Adam |
|
Ada juga canal |
|
Adam |
|
Naik bot ke Marken |
|
Dah sampai Marken |
|
Kawasan perumahan di Marken |
|
Marken |
Perjalanan belum habis lagi kerana kami akan ke London menaiki STENALINE malam ini....
No comments:
Post a Comment