Dah sebulan saya tidak berpeluang menaip. Hari ini saya lihat ada beberapa entry yang belum saya postkan. salah satunya resepi Creamy Mushroom yang saya suka. Suami saya ada membeli cendawan untuk masak sayur campur. Nak dipendekkan cerita, saya terlupa langsung nak letak. Jadi memang cendawan langsung tidak terusik. Saya mula mencari idea untuk masak cendawan kerana cendawan pun sudah comot. Lihat dulu apa yang ada dalam peti ais dan akhirnya....creamy mushroom.
Mudah, cepat dan menyelerakan ketika musim sejuk |
Bahan-bahan :-
Anggaran untuk 2 orang
100gm field cendawan
2-3 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit serbuk oregano
sedikit minyak zaitun
daun parsley - ikut selera masing-masing
Thickened cream - ikut selera masing-masing
garam
beberapa titis perahan lemon
Cara-caranya :-
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan oregano sehingga berbau.
2. Masukkan cendawan. Kacau beberapa minit.
3. Masukkan thickened cream, parsley, garam dan perahan lemon dan masak sehingga agak pekat.
No comments:
Post a Comment