Assalamualaikum...
Hari ketiga merupakan hari terakhir urusan suami saya. Setelah selesai jam 12.30 tengahari dan menunggu waktu solat Zuhur iaitu jam 1.30 petang, kami bersiap-siap ke taman berdekatan dengan hotel kami - kira-kira 15 minit berjalan kaki. Makan tengahari dan malam kami hanya makan pizza yang dibeli semalam sahaja sebelum berangkat ke Armsterdam keesokan pagi.
Secara keseluruhannya, taman ini besar dan kami jalan setakat yang mampu sahaja. Banyak juga perbezaan dari segi budaya dan cara hidup di antara orang di sini dan
Aussie. Setakat yang boleh saya lihat sepanjang berada di sini, orang Aussie lebih ramah dan kebersihan lebih terjaga. Ini mungkin kerana masalah bahasa yang menyebabkan mereka kurang bertegur siapa. Kalau rancangan tv pula, terdapat 34
channel yang berlainan, hanya 1 sahaja yang kami faham untuk menonton iaitu CNN.
Channel yang lain semuanya bahasa German termasuklah cerita omputih. Jika di taman (Aussie), saya jarang melihat najis anjing kerana setiap pemilik perlu membawa beg plastik untuk membuang najis anjing jika mereka melepas. Tetapi di sini, perlu berhati-hati kerana ada sahaja
booby trap :) dan yang menarik boleh juga bawa
pet dalam
public transport atau
supermarket. Kaget sungguh saya :)
|
Baru sampai di taman |
|
Bunga belakang itu menarik walaupun musim summer belum habis |
|
Bunga Ros yang bermacam warna |
|
Bunga-bunga yang cantik |
|
SubhanAllah! |
|
Gunakan tripod sebaik mungkin |
|
Kena diet balik lepas ni |
|
Tasik yang besar |
|
Berjalan dan terus berjalan |
|
Ku lihat HIJAU! |
|
Sungai Rhine yang membeku jika winter |
|
Suami saya kata lollypop |
|
Menarik melihat anak-anak itu |
No comments:
Post a Comment