Assalamualaikum...
Sebelum pulang ke kampung, saya sempat juga buat Kek Black Forest. Saya memang tidak merancang untuk buat kek ini. Ini kali kedua saya buat setelah 3 tahun lamanya dari cubaan yang pertama yang memang kurang menjadi. Sebenarnya jiran kami iaitu Kak Rozie balik
for good bersama anak-anaknya iaitu Syifa' Rania dan Shafiee Raif (ejaan mungkin salah) atas sebab-sebab tertentu. Ada rezeki untuk mereka pulang beraya bersama keluarga di Malaysia tahun ini.
Oleh kerana ada banyak lagi bahan-bahan kering seperti tepung roti dan sebagainya, Kak Rozie memberikannya kepada saya. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kak. Saya ada bertanya padanya kek apa yang akak nak buat, katanya cadang nak buat kek Black Forest. So, dari situ la saya mendapat idea. Barang-barang sudah ada cuma sedikit sahaja yang saya perlu tambah lagi. Alang-alang saya pun buat la Kek Black Forest. Lagipun bila lagi Kak Rozie nak rasa air tangan saya hehe... Keesokan harinya, saya buat pula Kek Lapis Cheese. Itupun saya nak habiskan cream cheese yang Kak Rozie bagi juga. Alhamdulillah rezeki Ramadhan sebelum saya menggantung periuk dari masak-memasak - nak cuci dapur sebelum pulang.
|
Coklat bar yang diparut |
|
Kek Black Forest - resepi dari buku koleksi peribadi |
|
Kek Lapis Cheese kukus |
|
Saya buat kek coklat tanpa telur |
|
Mudah dan sekejap sahaja |
No comments:
Post a Comment