Thursday, August 23, 2012

Our journey dan Salam Eidulfitri dari kami sekeluarga...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, sudah masuk Syawal yang kelima setelah hari-hari yang berlalu memerlukan saya bermain dengan masa yang agak padat serta kelam kabut. Sekarang saya berada di Gustav-Stresemann-Institut , Bonn, Germany menemani suami. Sebelum itu, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran bulan-bulan yang mendatang, mampu kita hadapi setelah sebulan kita sudah dididik dalam didikan Ramdhan bahkan proses tarbiyah itu sentiasa berjalan setiap hari selagi nyawa dikandung badan. Kami juga ingin memohon maaf andai ada salah silap kami selama ini sama ada sedar atau tidak.

Alhamdulillah, perjalanan pulang kami pada 16 Ogos jam 9.50 malam yang lalu agak penat juga kerana kami menaiki Tiger Airways yang mana transit di Singapore selama 3 jam yang mana segala baggage perlu diambil dan check-in semula. Sistem check-in waktu itu agak teruk dan hampir sejam kami berbaris nak check-in. Huhu.... Kami sampai pada 17 Ogos jam 8.00 pagi di LCCT. Hilang penat melihat wajah ibu dan ayah setelah hampir setahun setengah hanya menatap wajah mereka melalui mata hati. Ibu dan ayah juga bertolak jam 3.00 pagi dari rumah. Jika ada flight sampai Ipoh, saya pun tidak mahu menyusahkan mereka. Anak-anak saya terutama Ahmad Harraz kurang sihat lagi. Masih batuk-batuk ditambah pula dengan moodnya yang tidak mahu balik Malaysia sehingga suami saya terpaksa tarik sebelum melangkah keluar dari Perth Airport.  Perlu untuk saya memberi peluang dan ruang untuknya supaya keadaannya stabil dari segi mental dan fizikal. Ahmad Zaki masih lagi selsema tetapi masih lagi cergas dan cerdas :)

Kami sampai di rumah di Bota jam 12.00 tengahari. Rehat sekejap, kemas itu dan ini. Beli barang seperti pampers anak-anak, susu tepung, nombor Malaysia dan juga ke bazar Ramadhan yang terletak depan taman rumah saya sahaja (sangat besar). Makanan tidak banyak kami beli, cuma memang kami membeli banyak air. Tekak sangat dahaga kerana cuaca agak panas di sini. Kami pulang ke rumah suami saya di Changkat Jering pada keesokan hari jam 11.00 pagi kerana kami akan berada di sana sehingga jam 3.00 petang sebelum ke rumah opah saya di Teluk Intan (mengambil masa 2 jam dari Changkat Jering). Hari raya pertama. kami beraya di rumah suami dan juga rumah saya memandangkan saya dan suami akan bertolak ke Bonn pada hari raya kedua jam 11.00 malam dari KLIA.

InsyaAllah akan bersambung....




Ummi dan Harraz di pagi raya

First time beraya di Malaysia

Alhamdulillah gambar kami sekeluarga (Harraz & Zaki ada-ada je :))

Apa pulak dengan Zaki tu??? Harraz tidur???

Saya dan suami :)

Ummi dan anak-anak yang tengah meragam :)


No comments:

Post a Comment