Tuesday, August 7, 2012

Jom berlumba 10 akhir Ramadhan ;)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya masih lagi bernafas. Merasai lagi nikmat yang banyak dalam bulan Ramadhan tahun ini. Sudah hari ke-18 berpuasa. Sekejap sahaja masa berlalu. Masih lagi tak cukup rasanya ibadah yang dilakukan. Masih tidak puas. Saya juga rindu pada blog saya. Sejak akhir-akhir ini, langsung tidak ada peluang unuk mencoret itu dan ini.

Pukul 9.00 malam saya sudah mula mengantuk. Kadang-kadang terlena di atas sofa ketika menyusukan Ahmad Zaki. Kalau boleh, hendak juga menulis. Siangnya saya sibuk melayan anak-anak yang mana Ahmad Zaki baru sembuh dari demam dan selsema. Sebelum itu cirit birit. Ahmad Harraz semalam demam dan masih lagi batuk-batuk. Begitu juga suami yang juga batuk. Nampaknya hanya seorang nurse sahaja yang bertugas untuk mengurus 3 orang pesakit :) Anak-anak pula terutama Ahmad Zaki bangun awal. Pagi ini anak-anak saya bangun seawal 5.30 pagi. Nasib baik kami memang bersahur dengan Herbalife sahaja :) Mudah!

Saya menyeru kepada diri saya serta anda juga, supaya kita meningkatkan amalan pada bulan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi. Teruskan bertadarus serta bertadabbur Al-Quran, kurangkan melihat dan mendengar benda-benda 'lagha', banyakkan berzikir dan qiamullail. Juga panjang-panjangkan tangan untuk bersedekah kepada yang memerlukan.

Fastabiqul Khairat!



No comments:

Post a Comment