Assalamualaikum...
Alhamdulillah, genap umur saya 29 tahun pada hari Sabtu, 6 Oktober yang lalu. Seperti kebiasaannya, saya menerima banyak ucapan dan doa. Dari suami, ibu, ayah, adik-adik, saudara-mara serta sahabat-sahabat. Terima kasih saya ucapkan. Moga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah serta dipermudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat.
Terima kasih buat suami tercinta kerana telah bersusah payah menganjurkan "majlis rahsia" yang sebenarnya telah saya ketahui terlebih dahulu. Cuma saya pula yang berlakon, pura-pura tidak tahu... Suami bawa saya dan anak-anak makan pada Jumaat malam. Saya memilih Restoren India (Halal) yang baru dibuka berdekatan dengan rumah kami. Kiranya ini kali pertama kami ke sini. Alhamdulillah, boleh berkunjung lagi.
|
Depan restoren baru |
|
Suami pilih menu |
|
Teringat samosa sewaktu di Switzerland, cuma rasa tak sama |
|
Antara juadah yang dipesan |
Seperti tahun lepas, suami saya adakan majlis, berpakat dengan adik-adik
undergrad selepas kami pulang ke rumah. Ceritanya
di sini. Kali ini, saya tercari-cari juga bayangan adik-adik di dalam rumah. Tidak ada. Sehinggalah saya terdengar bunyi kereta adik-adik dan ketukan pintu rumah. Adik-adik dah sampai, cumanya saya tidak lah terkejut kerana saya dah boleh agak :) Suami dan adik-adik pula yang terkejut melihat saya biasa je. Hehe. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi datang dengan membawa kek dan hadiah yang telah dibelikan oleh suami. Saya sudah
prepare awal-awal makanan untuk di jamu kepada mereka. Laksa Utara. Suami saya ingat saya nak masak untuk
birthday party anak kawan kami esok hari. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...
|
Thanks abang kerana memilih kek kesukaan kami :) |
|
You're my other half! |
|
Dari kiri : Suwaibah, Mekka, Saadah, Seyna, Hur, Jan, Amnah, Hanis, Ika, Sali, Atiqah dan Dayan (demam) |
|
Laksa utara |
|
Adik-adik bersama hadiah dari suami - million of thanks abang |
|
Semua sudah mengantuk, hampir pukul 12.00 malam |
Semalam saya dapat bunga dari Fathiah, Mimi dan Fira. Thanks adik-adik! Bertambah seri rumah kami.
|
Sejuk mata melihat... |
|
Bunga lily, bau wangi |
No comments:
Post a Comment