Saturday, October 27, 2012

Eid Mubarak dari kami...

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Diharapkan kalian sehat hendaknya di samping bergembira bersama keluarga menyambut hari kebesaran ummat Islam. Salam Eiduladha dari kami sekeluarga buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah, saya dan suami menyambut secara ala kadar sahaja. Selesai suami menunaikan solat dan seterusnya berjumpa sahabat - berkelah bersama-sama di Kings Park. Kami membawa makanan sedikit seorang, banyak juga akhirnya. Saya pula tidak masak banyak, hanya sekilo ayam untuk dibuat rendang, 4 paket besar nasi himpit direbus dan 300gm kacang tanah untuk dibuat kuah kacang perut - kuah kacang kegemaran suami.

Ada beberapa jemputan kami dapat, cumanya kami tidak dapat menghadirkan diri kerana kepenatan yang luar biasa. Sebenarnya di awal pagi, kami sudah keluar iaitu jam 7.15 pagi ke Kings Park, di sana akan diadakan solat sunat raya. Setibanya di sana, jam 7.50 pagi kami lihat solat sudah dimulakan. Ikutkan jam 8.00 pagi. Kemudian suami patah balik ke Conventry Park di Curtin dalam keadaan rushing. Alhamdulillah belum start lagi tetapi parking sudah penuh menyebabkan saya terpaksa menjaga kereta. Selesai solat, kami pergi semula ke Kings Park iaitu Synergy Park ( ada 3 atau 4 taman yang besar di dalam Kings Park) untuk picnic. Rupan-rupanya di sana ada satu lagi jemaah yang solat raya. Huhu... Lagi ramai dan sangat meriah. Tak sangka pula ada 2 jemaah yang buat solat raya. 'Ala kullihal, tetap juga gembira berjumpa rakan-rakan....

Saya mendoakan agar jemaah haji yang sedang mengerjakan haji dipermudahkan segala urusan. Moga ada rezeki saya ke sana nanti. Saya sangat rindu...


Jom kita makan-makan!

Antara yang hadir, ramai lagi tetapi masing-masing jaga anak-anak main 

Makanan berat. Hari agak panas semalam.

Rendang ayam saya





No comments:

Post a Comment