Tuesday, December 25, 2012

Membawa anak-anak ke Jungle Gym

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas menghayati kehidupan ini. Jika ikut ramalan cuaca hari ini, suhu akan menjangkau sehingga 39 darjah celcius. Minggu ini juga ada 2 hari suhu akan menjangkau 40 darjah celcius. Bila suhu panas, alamatnya duduk di dalam rumah adalah yang terbaik. Berbalik kepada hari Rabu yang lepas, saya berpeluang membawa anak-anak ke Jungle Gym bersama kawan saya Mazia dan anaknya Maryam. Kali pertama saya pergi ialah ketika menyambut hari kelahiran Syifaa Rania, 2 tahun lepas.

Jarak dari rumah saya dengan Jungle Gym tidaklah jauh. Tak sampai 10 minit jika menaiki kereta. Kereta saya (suami baru belikan) tidak mempunyai GPS menyebabkan saya meminta Mazia datang ke rumah saya dahulu dan saya ikut dari belakang. Bayaran sebanyak AUD6 dikenakan selama 2 jam iaitu bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka memandangkan cuti sekolah baru bermula. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati kerana dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang menarik. Ada 3 keping gambar, ihsan dari Mazia kerana saya tak berpeluang untuk mengambil gambar anak-anak.



Suka sangat bergayut dekat tali tu

Zaki yang aktif mencuba semua benda

Harraz dan Maryam turun slide

No comments:

Post a Comment