Tuesday, December 25, 2012

Cubaan pertama - Stuffed baked potato

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya mencuba lagi resepi baru ilham daripada adik Aleen yang telah membawa pot luck baked potato tempoh hari. Sebelum memasak, saya membuat sedikit research tentang bagaimana  untuk  baked potato dengan cara yang terbaik. Kebetulan pula saya mempunyai simpanan potato yang sangat banyak kerana saya ada membeli 4kg potato dan masih lagi berbaki. 

Apa yang saya faham melalui pembacaan saya, untuk mendapat tekstur yang baik anda perlu mengikuti beberapa langkah iaitu :-

1. memilih potato yang agak besar supaya senang untuk dibelah
2. membasuh kulitnya dengan membuang segala kekotoran kerana kita akan makan kulitnya sekali - pada kulitnya terdapat banyak garam mineral
3. keringkan potato dengan baik
4. buat beberapa lubang dengan menggunakan garpu
5. sapu potato dengan minyak zaitun
6. susun di atas tray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit ke 60 minit

Anda tidak perlu membungkusnya dengan aluminium foil kerana konsepnya akan sama dengan merebus potato yang mana boleh menyebabkan potato tersebut soggy.

Sementara menunggu potato masak, anda boleh menyediakan inti kegemaran anda. Di sini, separuh potato saya menggunakan ikan sardin (ayam brand) dan separuh lagi saya gunakan sosej ayam dan pressed beef. Setelah potato masak, anda biarkan sehingga ia sejuk sedikit. Belah dua potato tersebut dan perisi isinya dan campurkan inti dan masukkan semula. Seoson dengan grated cheese. Bakar semula lebih kurang 15 minit. InsyaAllah rasanya tidak menghampakan.


Sebelum dibakar

Inti sardin

Setelah dibakar

Boleh makan dah :)

No comments:

Post a Comment