Alhamdulillah, sudah lama saya tidak menulis. Jadual saya padat walaupun saya hanya seorang surirumah yang mepunyai 2 orang anak setakat ini :) Macam-macam perkara yang berlaku. Lumrah kehidupan namanya. Seperti biasa, suami ke uni dan Harraz ke sekolah. Minggu lepas Harraz mempunyai tugasan yang perlu disiapkan.
Apa yang menarik, Harraz merupakan murid pertama di dalam kelasnya yang akan melakukan tugasan tersebut iaitu membawa pulang Newton (teddy bear) dan membawanya ke mana-mana sahaja Harraz pergi sama ada ke taman dan sebagainya. Itupun selepas permintaan guru dan kawan-kawannya :). Selepas itu, Harraz perlu melengkapkan folio dan menceritakan kepada kawan-kawan pengalaman bersama Newton. Kebetulan kami ingin membawa Ahmad Zaki ke Central Immunisasion Clinic di Rheola St untuk mendapatkan dos kedua vaxigrip Jr (flu) dan vaksin VZV (chickenpox).
Newton - tugasan yang perlu disiapkan |
Semalam kami juga berpeluang melihat folio Harraz yang mengandungi maklumat pencapaian dan hasil kerja Harraz mengikut skill tertentu. Alhamdulillah, Harraz mendapat Deputy Principle Award. Folio itu sangat menarik menyebabkan kami tidak jemu-jemu melihatnya. Ditambah pula dengan komen yang membina dari guru serta sticker-sticker yang menarik sebagai motivasi untuk pelajar.
Antara hasil kerja Harraz |
Abi yang tak jemu-jemu membelek |
Assalamualaikum Najwa,
ReplyDeleteWah Harraz kecik2 lagi dah ada tugasan ni. siap dapat award lagi dan buat ibubapanya bangga lagi..cayalahh. esok besar nanti mesti kerja hebat2 ni. good boy :)
Waalaikumussalam kak ummi..
ReplyDeleteHehe..tugasan tu lupa pula nak tulis, satu hari je :) InsyaAllah, mudah-mudahan begitu juga anak-anak kak ummi :)