2 minggu lepas suami ada membeli salmon. Katanya kepada saya, 'salmon ni kalau boleh sayang masak roast'. Saya terus berkata 'ok bang!'. Jadi minggu lepas saya jenuh mencari resepi roast salmon yang sesuai untuk dimakan dengan nasi. Kebiasaannya kalau suami beli fillet salmon, saya pasti akan masak resepi dari Curtis Stone yang sehingga kini menjadi pujaan hati hehe...
Setelah jenuh mencari saya pilih satu resepi iaitu Asian-marinated Baked Salmon. Resepi boleh klik di sini. Alhamdulillah sedap. Lebih kurang juga rasanya dengan resepi Curtis Stone :) Kebiasaannya salmon walaupun diperap dengan garam dan lada hitam tetap sedap kerana rasanya yang berlemak. Hari ini saya rajin sedikit untuk menulis resepi.
Bahan - bahan :-
2 batang serai (ditumbuk)
1/2 cawan kicap (saya campur kicap manis dan kicap cair)
1/2 genggam daun ketumbar (dihiris) - saya lebihkan
1/2 genggam daun ketumbar (dihiris) - saya lebihkan
2cm halia (diparut)
4 ulas bawang putih (diparut)
1kg salmon yang dibuang kulit (saya tidak buang)
1/3 cawan madu (suam)
4 spring onions (dihiris) - saya tiada
Cara-caranya :-
1. Campurkan serai, kicap, daun ketumbar, halia dan bawang putih dan gaul sehingga sebati. (A)
2. Perapkan salmon dengan bahan A selama 1 jam dan simpan di dalam peti ais.
3. Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius.
4. Letakkan salmon di dalam tray yang dialas dengan baking paper dan sapu salmon dengan madu.
5. Bakar sehingga salmon masak. Kira-kira 15 minit.
4. Letakkan salmon di dalam tray yang dialas dengan baking paper dan sapu salmon dengan madu.
5. Bakar sehingga salmon masak. Kira-kira 15 minit.
Sebelum dibelah tengah |
Rasanya saya guna lebih dari dua serai ni? |
Campurkan kesemua bahan |
Saya belah salmon kerana saya tidak buang kulit |
Perap selama satu jam, wrap dulu |
Jangan lupa sapukan madu dahulu - gambar ini sudah masak |
Sebenarnya salmon saya tak serupa pun seperti dalam gambar resepi sebenar :) Rasa ada, rupa tiada.
Salam Najwa,
ReplyDeletebiar rupa tiada asalkan sodapp.. hehe tgk ikan ni teringat ikan terubuk goreng. :)
Waalaikumussalam kak ummi,
ReplyDeletebetul kak, teringat ikan terubok cuma lagi sedap mengunyah kerana tiada tulang :)