Alhamdulillah Ahmad Zaki kami hampir 17 bulan umurnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Masih ingat lagi tatkala saya mengandungkan Ahmad Zaki, saya bekerja di sebuah deli. Kak Tina empunya deli itu. Tetapi deli tersebut sudah bertukar tuan sekarang. Seingat saya, saya dapat kerja sewaktu kandungan beberapa minggu. Saya terpaksa meng'import' adik saya untuk menemani saya dan Ahmad Harraz kerana suami saya ke Hong Kong pada waktu itu. Kesian adik saya. duduk sebulan di musim winter, menangis sahaja...sejuk sampai cramp kaki.
Berbalik semula kepada buah hati jantung pisang saya seorang ini..Ahmad Zaki, sudah dapat kaki ketika umurnya 12 bulan. Sudah berlari sekarang. Selalu main kejar-kejar dengan abang. Abi pun suka juga main kejar-kejar dengan anak-anak. Anak kedua ini, berbeza sedikit dengan Ahmad Harraz. Sewaktu saya mengandungkannya, di akhir trimester saya memang susah nak tidur dan pinggang selalu sakit. Mungkin keadaan anak yang besar sedikit dari sebelumnya. Lahir-lahir terus 3.73kg. Ahmad Harraz dulu 2.6kg.
Ahmad Zaki kurang ragamnya. Perutnya elok, jarang masuk angin. Tidurnya di waktu malam tidak merenget jika ingin menyusu. Sehingga ibu dan ayah saya tanya, "Zaki menyusu ke malam tadi kakak?" . Ya, kuasa Allah semuanya, saya sentiasa tersedar sendiri bila anak nak menyusu sebelum radio berbunyi. Apabila sudah dapat kaki, mulalah dia nak ke sana ke mari. Bukak itu dan ini. Setiap malam lebih kurang 3 ke 4 kali juga menyusu. Ya, sehingga ke saat ini. Alhamdulillah masih lagi susu badan.
Ahmad Zaki pandai bermain dengan semua permainan yang ada dalam rumah kami ini. Sudah tentu kebanyakannya warisan si abang. Lain dengan Ahmad Harraz. Agak lewat sedikit. Ada moto, boleh naik sendiri. Ada mainan tolak, dia tolak. Ada picit, dia picit. Ada pusing, dia pusing. Buat masa ini kegemaran baru ialah naik atas meja! Kerusi pun sudah pandai tarik. Nampak gayanya ummi kena lebih hati-hati dengan si kecil yang semakin membesar ini.
Apa yang menarik, Ahmad Zaki bercakap bahasa Rusia dan France! Saya pun tak faham. Tapi kalau saya cakap, dia boleh faham juga. Itu yang saya ternanti-nanti juga. Bila agaknya Ahmad Harraz ada teman bersembang. Tak jemu saya menanti setiap hari! Mari layan gambar!
It's a boy!!! |
Beberapa minit selepas keluar |
Macam muka moyang saya la |
Sebulan umur saya |
Dua bulan |
Tiga bulan |
Empat bulan |
Lima bulan |
Ummi dah lost la umur saya... |
Sukanya mereka... |
Cantik tak rambut saya! |
Saya suka buku! |
Suka makan chips! |
Mesti seronok di playground |
Ummi beli train ni dekat swapmarket! |
Hari ini! |
Assalamualaikum Najwa..
ReplyDeletecepatnya ahmad zaki dah besar kan? Harraz pun nampak cerdik sangat sejak dah masuk sekolah ni. :)
Waalaikumussalam kak ummi..
ReplyDeleteYe, cepat sungguh. Alhamdulillah Harraz makin bertambah maju :)
Bila anak-anak dah makin besar, itu yang najwa tak sabar nak tambah lagi :)
tambah jgn tak tambah. najwa muda lagi tak mengapa he he.. k umi pulak setakat ni dok bela anak bongsu ekor panjang tu lah. kejenya makan aje musim sejuk2 ni.. mlm2 duduk atas riba, nak kena selimut :p
Delete