Alhamdulillah hari ini cuaca agak sejuk kerana hampir seharian juga hujan. Setelah selesai memasak dan gosok baju, mulalah saya berkira-kira nak masak kek. Tambahan pula Ahmad Harraz minta saya buat kek. Cream cheese lebihan red velvet masih ada lagi. Begitu juga dengan susu cair ada di dalam peti ais. Maknanya ada harapan untuk saya buat kek kegemaran kami sekeluarga - Kek Puding Karamel. Apa yang menjadi tanda tanya ialah saya hanya ada 4 biji sahaja telur sedangkan dalam resepi nak 6 biji. Tanpa berfikir panjang, saya teruskan juga. Ini adalah kali ketiga saya buat kek ini dengan menggunakan resepi dari blog ini. Terima kasih adik.
Alhamdulillah, rasa masih sama, tekstur juga begitu. Barangkali ketinggian kek kurang sedikit kerana kekurangan meringue. Saya sertakan juga resepi yang saya guna.
Bahan - bahannya :-
A) 2 sudu besar gula (masak atas dapur dalam loyang yang ingin digunakan)
B) Untuk bahagian ini saya suka tambahkan cream cheese
1/2 tin susu cair dimasak bersama 50gm cream cheese dengan api perlahan (tapis dan sejukkan)
70gm gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
C) Untuk lapisan kek
140gm tepung gandum
70gm gula
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak (saya guna vegetable oil)
1 sude teh baking powder
D) Untuk meringue
6 biji putih telur
70gm gula
1 sudu cream of tartar
Cara-caranya :-
1. Masak A sehingga gula berwarna perang.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan B ke atas A
3. Campur kesemua bahagian C. Ketepikan.
4. Pukul putih telur sehingga agak kembang. Kemudian masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi tetapi jangan sampai terlebih pukul.
5. Masukkan C ke dalam D dan kaup balikkan perlahan-lahan.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian warna mengikut cita rasa anda.
7. Masukkan ke dalam loyang secara berselang seli mengikut warna.
Pertama kali saya buat - karamel kurang gula |
Kali kedua - karamel terlebih gula (kek basah sedikit) |
Kek kali ketiga - kek kurang telur |
Pandangan sisi |
Setelah dipotong |
Dari depan |
Macam-macam sisi pula - saja je |
Assalamualaikum Najwa
ReplyDeleteamboi cantiknya kek. boleh buat biz kek mcm ni. nampak cantik dan sedap :)
waalaikumussalam kak ummi...
ReplyDeletemaaf la, lama dah tak menjenguk. najwa busy sungguh :) hehe... setakat makan-makan sendiri je kak ummi :) akak dah pernah buat kek ni? kek ni sangat sedap :)