Friday, June 1, 2012

8th Anniversary dan Red Velvet

Assalamualaikum...




Alhamdulillah, genap 2 hari lepas ulangtahun pernikahan kami yang ke-8. Selama 8 tahun, kami dikurniakan 2 orang putera dan keguguran sekali iaitu sewaktu kandungan yang kedua (doktor kata mungkin kembar apabila scan). Agaknya kalau selepas setahun kami kahwin dan mempunyai anak, mungkin anak saya sudah berumur 7 tahun usianya dan ramainya 3 ke 4 orang :) Tetapi perancanganNYA tidak begitu, setakat ini barangkali 2 sudah memadai. InsyaAllah akan menyusul nanti mengikut kemampuan diri kami.


Selama 8 tahun berkongsi pahit manis, perkara-perkara itulah yang akan mematangkan diri. Setiap hari kita akan belajar pelajaran baru. Bukan sahaja mengenai kita dan pasangan, bahkan dalam mendidik anak-anak juga. Saya teringat sewaktu mula-mula berkahwin, perkahwinan seawal umur 21 tahun sudah tentu memerlukan persediaan yang baik dari segi fizikan dan mental. Tambahan pula, kami masih lagi belajar dan tumpuan untuk belajar amat perlu! Sudah tentu kekuatan itu antaranya datang dari doa ayahanda dan bonda kami. Terima kasih ayah dan ibu serta mama dan abah. Tanpa kalian, kami tidak sekuat ini.


Hari istimewa ini, saya telah berhasrat untuk membuat Kek Red Velvet yang dikatakan sedap itu. Alhamdulillah kesemua bahan ada di dalam gerobok cumanya buttermilk saya bancuh sendiri dan cream cheese saya minta tolong suami belikan. Dari tengahari sampai malam saya buat di selang-seli dengan aktiviti lain, siap juga akhirnya. Jika 2 tahun sebelum ini kami beli kek, tahun ini saya buat pula. Sebelum kek siap lagi, Ahmad Harraz sudah cakap " i want to eat cake" beberapa kali. Siap sahaja, acara memotong kek telah disempurnakan oleh Ahmad Harraz malam itu juga. 


Saya tak pandai nak decorate kek ni


Pandangan sisi

Harraz mula memotong kek

Dari dalam

Jom makan!


Pengembaraan rumahtangga kami jauh lagi...Ia baru bermula. Moga sentiasa mendapat Taufik dan Hidayah dari-NYA. Tidak jemu ku pohon pada-MU.....















2 comments:

  1. Assalamualaikum.. hepi anniversary dan semoga rumahtangga diberkati, murah rezeki, diserikan lg dgn anak2 yg soleh dan Insyaallah bahagia hingga ke syurga hendaknya. Amin..
    hehe akhirnya dpt juga jumpa blog najwa yer jgn maree.. k umi follow ;)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam kak ummi...
    terima kasih banyak... akak, blog ni selalu tak update. bila nak tulis, anak kacau la, laptop suami nak guna... bila malam, cepat je nak tido..

    ReplyDelete