Friday, July 27, 2012

Murtabak Daging (mini)

Assalamualaikum....

 Alhamdulillah, sudah masuk Ramadhan ke-7 hari ini. Cepat ya masa berlalu. Semalam saya tidak memasak kecuali saya ada buat sedikit murtabak mini memandangkan kami ada banyak daging kisar. Saya makan makanan yang ada di dalam peti ais dan juga untuk suami dan anak-anak saya, kami takeaway dari kedai ex-boss saya. Mana lagi kalau bukan Izyan Cafe di Spencer Village. Saya mencari resepi yang senang sahaja dan alhamdulillah dapat resepi daripada myresepi.com kiriman minami133. Hanya menggunakan kulit popiah sahaja. Saya terlupa nak mengambil gambar.

Suami memang suka makan murtabak, sekejap sahaja habis. InsyaAllah, masih ada lagi lebihan inti, saya akan update gambar. Sangat mudah. Alang-alang ke kedai Mak Aji (panggilan ex-boss), saya ada bekalkan untuknya sedikit berserta pencicah bawang cuka. Bukan main seronok Mak Aji, senyum melebar. Mak Aji memang suka kalau saya beri makanan yang saya masak, dia suka nak rasa walaupun Mak Aji dan Pak Aji pandai lagi memasak. Kepada anda yang suka makan murtabak daging terutama yang duduk diperantauan, memang saya syorkan untuk menggunakan resepi ini. Sedap dan mudah!

Update gambar :)


Inti daging dan kentang

Inti diletakkan ditengah-tengah - bentuk 4 segi

Lipat kanan kiri atas dan bawah - dan masak

Alhamdulillah, murtabak penuh daging, kurang bawang :)

Tuesday, July 24, 2012

Cinnamon Rolls with Cheese Cream Glaze


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk membuat cinnamon rolls semalam. Saya sudah lama sangat nak makan dan mencari-cari resepi yang terbaik. Saya ambil resepi dari sini. Thanks a lot!. Ada banyak resepi yang bagus cuma saya pilih yang agak senang dan yang paling penting kesemua bahan ada di dalam gerobok kecuali saya menggunakan gula biasa instead of brown sugar. Saya terlampau excited sangat, sehingga sebenarnya saya terlupa masukkan 2 biji telur. Setelah 2 jam 20 minit proses menguli di dalam breadmaker siap, saya buka dan terkejut melihat doh saya yang lain macam sangat rupanya. Barulah terdetik di dalam fikiran yang saya LUPA masukkan TELUR! Filling saya sudah buat, nak tak nak saya kena jadikan juga cinnamon roll ini. Takkan saya nak buat balik semula huhu...

Sewaktu saya sedih, tiba-tiba suami saya telefon,

Abang : Assalamualaikum sayang
Saya   : Waalaikumussalam bang
Abang : Sayang buat apa?
Saya   :  Tengah frustrated.
Abang : Abang tanya sayang buat apa? Abang on da way nak balik ni
Saya   : Najwa tengah frustrated ni. Najwa nak buat cinnamon roll tapi lupa taruh telur
Abang : La, macam mana boleh lupa...Biarkan, kita bakar jadi roti biasa je.
Saya   : Najwa nak pecahkan telur juga (di tangan memang sudah siap telur) lalu....dah pecahkan.. Ok   abang, balik dulu ye.
Abang : Ok, Assalamualaikum
Saya   : Waalaikumussalam bang...

Saya pecahkan 2 biji telur ke dalam doh yang sudah siap. Saya uli dalam keadaan nak menangis pun ada. Sedih sangat la tu. Kalau nak ikutkan macam possible bila melihat kepada doh yang baru - GOOEY! Saya bertawakkal. :) Kalau tak jadi tak apa. Saya biarkan di dalam oven yang sudah saya panaskan mengikut suhu bilik serta letak air panas di dalam loyang agar suhu sentiasa warm. Selepas 1 jam, doh naik juga. Saya tambahkan sedikit tepung dan uli bentuk 4 segi. Kemudian tabur dan ratakan filling serta gulung dan potong. Letak semula di dalam oven selama sejam sehingga double the size. Alhamdulillah, inilah hasilnya...


Alhamdulillah...

Sebelum dibakar

Cheese cream glaze

Selepas dibakar dan diletakkan icing

Kena kurangkan gula tapi resepi ini sangat sedap!

 Saya rajin nak menulis resepi hari ini.

Bahan-bahan : 

Dough
3 sudu kecil yis kering
1 cawan susu (suam) - saya guna fullcream
1/2 cawan gula
1/2 cawan butter (dicairkan)
1 sudu kecil garam
2 biji telur
4 cawan tepung gandum - saya guna tepung roti

Filling
1 cawan gula perang - saya guna gula biasa
2 1/2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1/3 cawan butter atau margarine (suhu bilik)
( Pukul butter sehingga kembang dan masukkan serbuk kulit kayu manis dan gula pukul sehingga sebati)

Icing
8 sudu besar butter atau margarine (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula icing - boleh dikurangkan
1/2 cawan cream cheese
1/2 sudu kecil esen vanila 
(Pukul kesemua bahan sehingga sebati)

Cara-caranya :

1. Campurkan kesemua bahan sehingga menjadi doh yang lembut. Anda boleh menggunakan breadmaker atau mixer.
2. Selepas itu letakkan di tempat warm selama 1 jam atau sehingga size doh dua kali ganda (saya letak di dalam oven yang dipanaskan sedikit sebelum itu beserta air panas yang diletak di dalam loyang)
3. Uli doh sehingga leper lebih kurang tebal sebanyak 1/2cm.
4. Tabur dan ratakan filling dan gulung doh.
5. Potong doh dan letakkan di dalam tray yang sudah dilenser dengan minyak. Cover dan letakkan di tempat warm selama 1 jam.
6. Bakar pada suhu 190 darjah celcius selama 10 hingga 15 minit.
7. Keluarkan bun dan letakkan icing sementara bun masih panas.







Banyakkan berdoa...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan ke-4. Ahmad Zaki kembali tidur setelah seawal 4.45 pagi dia terjaga. Ahmad Harraz masih lena lagi manakala suami saya seawal 6.10 pagi sudah keluar berkerja. Saya sempat juga buat stok EBM untuk Ahmad Zaki. Sementara tidurkan Ahmad Zaki sempat juga saya membaca al-Mathurat. Alhamdulillah, seawal tingkatan 1 saya sudah terdedah dengan doa-doa ini. Maklumla sekolah asrama, wajib baca al-Mathurat setiap hari. Saya menyeru kepada diri saya serta sahabat-sahabat yang saya kasihi supaya perbanyakkan doa atau berzikir ketika berpeluang untuk melakukannya. Saya ada mendengar kuliah daripada seorang ustaz yang menggalakkan kita membuat amalan sunat jika ada peluang dan ruang untuk melakukannya kerana bila datang waktu sibuk, nak buat yang wajib pun kadang-kadang tergesa-gesa. Contohnya seperti solat. Tiba masa kita sibuk, nak berdoa pun tak sempat. Maka banyakkan berdoa terutama di dalam bulan Ramadhan ini. Jika bukan esok atau lusa, insyaAllah Allah perkenankan akan datang. Itulah perancangan yang terbaik untuk kita.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah,

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2 : 186)

Wallahu'alam....








Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem daripada kami

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Tidak lewat lagi untuk saya ucapkan selamat menjalani ibadah di dalam bulan Ramdhan kali ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya. Sama-sama kita berkejar-kejar membuat amal kebaikan. Mulianya bulan ini adalah kerana turunnya Al-Quran, semoga kita sama-sama mentadabbur Al-Quran dengan sebaiknya. Itulah panduan yang Allah telah turunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan Jibril.




Antara peristiwa lain yang berlaku di dalam bulan ini juga ialah tentera muslimin buat pertama kalinya menang dalam peperangan pertama menentang musyrikin iaitu perang Badar Al-Kubra. Dalam bulan Ramdhan ini jugalah Kota Makkah al-Mukarramah telah dimerdekakan dari berhala-berhala yang berdiri megah di sekitar kota. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sudah semestinya merupakan perkara yang membawa impak yang sangat besar dalam pengembangan agama Islam itu sendiri.

Semoga kita sama-sama mengambil keberkatan bulan ini dengan bertadarus dan memperbanyakkan amalan sunat. Perbanyakkan memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang kita buat selama ini dengan banyakkan beristighfar serta banyakkan bersabar dan elakkan berbelanja boros untuk juadah berbuka yang boleh membawa kepada pembaziran.

Fastabiqul Khairat!!!






Monday, July 16, 2012

Majlis Hari Lahir Yasmin dan Adik

Assalamualaikum...


Kami mendapat jemputan dari Kak Imah sempena menyambut hari kelahiran puteri-puterinya yang mana lahir dalam bulan Julai. Hampir 2 tahun kami mengenali mereka. Duduk pun tidak jauh dari rumah kami. Kak Imah bekerja sebagai chef pastry dan part time cooked for Sarathai Restaurant sementara Yasmin merupakan classmate Ahmad Harraz. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan terhidang pelbagai jenis juadah yang sedap-sedap! Selamat Hari Lahir Yasmin dan Adik! Moga menjadi anak-anak yang solehah...


Kek Baby doll

The Bird not really angry :)

Ini mesti tiramisu :)

Majlis diadakan di Burswood Park

Nak bagi diam, duduk atas bike

Saya suka sangat!

Alhamdulillah, satay daging yang sedap!

Nasi minyak

Lauk pauk

Satay lagi, ayam, pizza, crabstick

Bila buat kat taman, saya pun ligatlah!

Terpaksa buat tirai - angin kuat





Sunday, July 15, 2012

Pre Ramadhan Shopping Expo

Assalamualaikum...


Sebelum kami bertolak ke zoo, kami singgah dahulu di Cannington Exhibition Centre. Expo ini berlangsung selama 3 hari ini bermula Jumaat yang lalu. Saya berhajat sangat untuk pergi setelah mengetahuinya daripada Adik Syazleen Razak aka Alin. Rasanya ini kali pertama kami pergi bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkahan ini. Alhamdulillah banyak bahan bacaan yang boleh dibeli termasuk juga bahan bacaan untuk kanak-kanak. Kebetulan pula kami memang sedang mencari bahan-bahan bacaan Islamik untuk Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah selepas ini ummi dan abi kena rajin bacakan untuk anak-anak :) Mari kita lihat gambar!

Sebahagian daripada bahan bacaan untuk kanak-kanak

Bahan bacaan untuk kanak-kanak

Beli dan gantung

Pelbagai jenis buku ada 

Bedtime Story

Little book for little hand :)

Pakaian untuk muslimah

Pakaian untuk muslimin

Kitab-kitab

Mari membaca!

Buku dan CD yang sempat dibeli

Mari berkebun!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari sabtu semalam, aktiviti saya penuh terisi bermula di pagi hari sehingga di malam hari. Sudah lama saya tidak meluangkan masa untuk berkebun. Jiran saya, selalu memberi motivasi untuk saya berbuat demikian. Setelah saya terlihat tanah miliknya seperti digembur, saya sangat bersemangat untuk mencabut pokok-pokok liar yang tumbuh, menggemburkan tanah serta menyiram pokok yang rumput yang agak kering. Lebih kurang setengah jam, siap semuanya.


Rumput kurang sihat, kena baja lepas ini 

Tanah yang sudah siap digembur

Saya suka melihat rumput dan bunga jiran saya

Pembantu saya

Ahmad Harraz sudah mandi, nak jalan-jalan



Friday, July 13, 2012

Persiapan Sebelum Travel - Stok EBM Ahmad Zaki

Assalamualaikum...


Seperti yang diketahui umum, susu ibu merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah kepada mereka yang bergelar ibu. Ada ibu yang banyak susunya. Ada ibu yang sikit susunya. Ada yang tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab tertentu. Walau apapun anda, itu adalah yang terbaik, yang telah diaturkan oleh-NYA.


Alhamdulillah sebagai seorang surirumah buat masa sekarang, saya berjaya menyusukan Ahmad Harraz selama 2 tahun lebih. Ahmad Harraz betul-betul berhenti selepas saya mengandungkan Ahmad Zaki. Kami memang jimat dari segi kewangan iaitu pembelian susu tepung. Begitu juga Ahmad Zaki, umurnya sudah setahun setengah dan masih lagi menyusu badan. Oleh itu saya memang kurang berpengalaman dalam menyediakan stok EBM untuk anak-anak.


Saya menyimpan susu di dalam beg ini


Namun saya perlu rajin dari segi memperbanyakkan bacaan dalam penyediaan EBM serta usaha untuk menjadikannya realiti. Sejak 2 minggu lepas saya sudah mula menyediakan stok walaupun kuantiti susu bukanlah sebanyak 6 bulan pertama hehe. Saya minta suami tolong belikan beg untuk menyimpan susu. Kesemuanya dilabelkan dan dibekukan. InsyaAllah, saya ingin membeli cooler box dan ice pack bagi menjamin 'kebekuan' susu yang akan di bawa dari Perth ke Perak dan dari Jerman ke Perak. Doakan saya berjaya :) dalam misi yang penuh dengan kasih sayang ini!

Peliharalah Iman mu!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sudah hari Jumaat rupanya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah kepada Kak Azra dan keluarga, salah seorang pelajar PhD di sini di atas pemergian ayah tercinta semalam. Sempat juga kami sekeluarga menghadiri majlis bacaan Yaasin dan solat hajat ghaib untuk ayahanda Kak Azra. Setiap yang bernyawa, pasti ada kematian. Tiada yang kekal kecuali Allah. Semoga kita yang hidup ini mengambil iktibar atas setiap kematian. Kita hanya musafir di bumi ini yang hanya sementara sahaja. Rehat dan rawat! Kerana di sana menanti alam yang kekal abadi....






Saya baca kembali Hadith Ke-2 daripada buku Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya oleh Al-Ustadh Mustafa 'Abdul Rahman) yang ada disebutkan tentang Rukun Iman. Rasulullah telah menerangkan Rukun Iman itu iaitu engkau beriman kepada Allah dan malaikat-NYA, segala kitabNya, para RasulNya, dan kepada hari kemudian  dan kepada taqdir baikNya dan taqdir burukNya. Semuanya ada 6 rukun yang menjadi dasar 'aqidah atau kepercayaan kita. Maka di atas inilah dilaksanakan 'amal yang tidak akan berubah atau dipinda oleh tempat dan zaman!


" Tasdiq dengan hati, iqrar dengan lidah, dan beramal dengan sekalian rukun"


Ramai orang hanya nampak Rukun Islam!
Betul atau tidak? Ramai orang lihat Islam itu apabila kita hanya melakukan melafazkan syahadah, solat, puasa, zakat dan menunaikan haji. Tetapi ramai yang tidak sedar bagaimana pula untuk beriman dengan Rukun Iman itu.


al-Hassan Al-Basri berkata : 


"Bukanlah iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan dia oleh amal. Barang siapa berkata (iqrar) baik pada halnya ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah tolak perkataannya. Dan barangsiapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan dia oleh amalnya"  


Iman bertambah dan berkurang
Ya, hakikat iman itu boleh bertambah dan berkurang.




" Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNYA kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhanmereka bertawakkal " ( Al-Anfal : 2)   



"...Adapun orang-orang yang beriman maka surah ini menambah imannya" (At-Taubah : 124)


Maka kita sebagai seorang mukmin perlulah berusaha untuk menambah iman kita atau pelihara supaya kita tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan iman kita kerana iman boleh jadi membawa kita ke syurga atau sebaliknya.


Dalam hadith qudsi, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah berfirman : 


" Tidak ada satu perbuatan taqarrub (mendekatkan diri) kepada Aku oleh hamba-Ku yang lebih Aku cinta selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardhukan ke atasnya. Hamba-Ku akan terus (beramal) menghampiri diri kepada-Ku dengan melakukan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengaran yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan".


Kasih dan sayangnya Allah pada kita semua....

Monday, July 9, 2012

Char Kuey Teow suami, idaman saya!

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari Isnin sudah. Sekejap sangat masa berlalu. Saya pun kurang sihat. Bercakap tentang Char Kuey Teow, teringat dekat Kak Umiyumi. Memang di sini tak tahu mana nak cari Char Kuey Teow. Kalau dulu ada juga suami postgrad yang boleh buat Char Kuey Teow ini. Tapi since sudah pulang for good, kena masak sendiri lah jawapnya. Setiap kali nak masak Char Kuey Teow, suami saya akan menggunakan resepi dari sini. Alhamdulillah sedap sungguh sehingga boleh kalah Char Kuey Teow kedai :) Mungkin yang akan membezakan tekstur Char Kuey Teow adalah teknik masakan. Seperti biasa, kuali kena nipis dan masaknya sekejap sahaja. Saya hanya sempat cari 2 gambar sahaja untuk tatapan dan saya amat ternanti-nanti suami saya masak :) 


P/S :- Buat paste banyak-banyak, simpan dalam freezer. 


Ini ketika makan pagi

Ini ketika makan malam (kuah sudah meresap)

Saturday, July 7, 2012

Chicken Karagee

Assalamualaikum...


Last night suami saya nak makan masakan ala Jepun. Sejak semalam suami memberitahu saya yang dia nak masak makanan Jepun. Suami ada pesan pada saya supaya lihat resepi chicken karagee yang telah digoogle olehnya. Saya sudah siap mengeluarkan ayam bahagian thighs. Sebelum mengambil suami dari uni petang semalam saya, ayam telah pun saya marinated mengikut resepi di sini. Suami hanya minta saya tolong buat sushi sahaja dan yang lain dia boleh uruskan :) Kalau dulu biasanya makan di Taka. Setelah tidak memperbaharui sijil halal, kami tidak lagi makan di situ. Pernah juga kami makan di Shimizu. Selepas ini, boleh masak sendiri. Jimat betul :)




Bahan-bahan untuk Chicken Karagee:-

450 gm ayam bahagian thighs
1 sudu besar halia (diparut) *
1 ulas bawang putih (diparut) *
2 sudu besar kicap (saya guna kicap cair) *
2 sudu kecil gula (saya tambah satu lagi) *
1/3 cawan potato starch (untuk smenyalut ayam)
minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-

1. Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki.
2. Masukkan bahan yang bertanda * dan gaul sehingga sebati.
3. Perapkan ayam di dalam bahan tersebut selama 1 jam.
4. Goreng sehingga garing / masak.



Medium grain rice, chicken karagee, sushi, mayonis jepun dan miso soup

Boleh dibeli di kedai oriental





Price Bid Guarantee di Myer - Breadmaker

Assalamualaikum...


Suami saya nak masak pizza sendiri menyebabkan ada perancangan untuk membeli breadmaker. Katanya senang nak buat doh dan macam-macam lagi. Seperti biasa saya hanya membiarkan suami saya survey breadmaker yang baik dan harga juga tidak terlalu mahal. Terdapat beberapa model breadmaker yang ada di sini seperti daripada Tefal, Breville, Sunbeam dan Panasonic. Suami saya berkenan dengan model SD-2501 jenama Panasonic. Saya tak kisah yang mana asalkan boleh guna sudah cukup. 


The Good Guys ada menawarkan model yang sama dengan harga AUD219. Saya survey di Retravision, harga AUD248 dan dia boleh kurangkan dengan harga AUD220. Kami juga survey di Myer dan harga juga sama seperti Retravision AUD248. Pada waktu yang sama di Myer, setiap pembelian AUD75 ke atas anda boleh mendapat kupon sebanyak AUD10 disamping boleh menambah points untuk kad Myer. Jadi di sini kemahiran untuk bid harga boleh digunakan. Suami saya tunjuk katalog pada salesman yang menjaga bahagian tersebut di mana The Good Guys boleh tawar harga AUD219 , so Myer boleh bagi berapa? Setelah dia berada di depan komputer untuk check itu dan ini, dia kata kami boleh dapat AUD219 dan boleh dapat kupon sebanyak AUD20. Alhamdulillah, kami pulang membawa breadmaker dan permainan Zaki.


Pulang ke rumah dan bersiap-siap untuk ke rumah Kak Jun setelah mendapat jemputan sempena malam Nisfu Syaaban.