Friday, June 29, 2012

Harraz dan tugasan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sudah lama saya tidak menulis. Jadual saya padat walaupun saya hanya seorang surirumah yang mepunyai 2 orang anak setakat ini :) Macam-macam perkara yang berlaku. Lumrah kehidupan namanya. Seperti biasa, suami ke uni dan Harraz ke sekolah. Minggu lepas Harraz mempunyai tugasan yang perlu disiapkan. 


Apa yang menarik, Harraz merupakan murid pertama di dalam kelasnya yang akan melakukan tugasan tersebut iaitu membawa pulang Newton (teddy bear) dan membawanya ke mana-mana sahaja Harraz pergi sama ada ke taman dan sebagainya. Itupun selepas permintaan guru dan kawan-kawannya :). Selepas itu, Harraz perlu melengkapkan folio dan menceritakan kepada kawan-kawan pengalaman bersama Newton. Kebetulan kami ingin membawa Ahmad Zaki ke Central Immunisasion Clinic di Rheola St untuk mendapatkan dos kedua vaxigrip Jr (flu) dan vaksin VZV (chickenpox). 


Newton - tugasan yang perlu disiapkan


Semalam kami juga berpeluang melihat folio Harraz yang mengandungi maklumat pencapaian dan hasil kerja Harraz mengikut skill tertentu. Alhamdulillah, Harraz mendapat Deputy Principle Award. Folio itu sangat menarik menyebabkan kami tidak jemu-jemu melihatnya. Ditambah pula dengan komen yang membina dari guru serta sticker-sticker yang menarik sebagai motivasi untuk pelajar.   


Antara hasil kerja Harraz

Abi yang tak jemu-jemu membelek




Monday, June 25, 2012

Mexican Bun / Papparoti / Rottiboy untuk suami dan anak-anak...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang Allah kurniakan. Nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM. Semoga kita sentiasa bersyukur dengan-NYA. Begitu juga berita gembira dari Mesir iaitu calon Ikhwanul Muslimin telah diisytiharkan sebagai Presiden negara itu selepas memenangi pilihan raya, Alhamdulillah. Sejak hari Jumaat sehingga ke hari Ahad, jadual saya sangat padat. Maka saya sudah lama tidak menjenguk blog.

Hari Khamis yang lalu, saya berpeluang untuk membuat Mexican Bun. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Pappa Roti atau Rottiboy. Suami dan anak-anak saya sangat menyukai bun ini. Kebiasaannya saya membelinya di Utopia bersama dengan bubble tea. Setelah lama mencari resepi, saya mencuba resepi dari sini. Namun saya kurang berpuas hati lagi membuat bun ini kerana sewaktu saya membuat sweet dough, mixer saya berhenti mengejut dan saya terpaksa menguli dengan tangan (agak sukar) menyebabkan rotinya kurang gebu. Mungkin kena beli mixer yang tahan lasak selepas ini. 

Saya akan menulis bahan-bahan yang diperlukan untuk bun ini berserta cara-caranya mengikut bahagian supaya mudah untuk membuatnya.

Bahan-bahan / Cara-caranya :-

Filling
200gm butter (suhu bilik)
1/2 sudu kecil esen vanila
70gm brown sugar

1. Pukul butter menggunakan electric mixer (medium speed) selama 3 minit.
2. Kemudian masukkan esen vanila dan brown sugar.
3. Simpan di dalam peti sejuk sebentar dan kemudian bulat-bulatkan anggaran 20gm. Simpan semula sehingga anda ingin menggunakannya.


Ini adalah filling

Topping
200gm butter (suhu bilik)
160gm gula icing, diayak
3 biji telur (gred A), dipukul sedikit
1 sudu kecil coffee flavouring atau 2 sudu besar instant coffee dibancuh dengan 1 sudu besar air
secubit serbuk kulit kayu manis (dibancuh bersama coffee)
200gm tepung gandum, diayak

1. Pukul butter dan gula menggunakan electric mixer (medium speed) sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit.
3. Masukkan coffee dan tepung serta pukul sehingga sebati (low speed)


Ini adalah topping

Sweet dough
500gm tepung roti
20gm susu tepung
75gm gula
6gm garam
8gm yis
1 buji telur, dipukul sedikit
270gm air atau 270gm susu  (tak perlu guna susu tepung jika sudah menggunakan susu) 
60gm butter (suhu bilik)

1.Campurkan tepung roti, gula dan garam dengan menggunakan electric mixer (dough hook) selama 1 minit (low speed)
2. Masukkan yis.
3. Tambahkan telur dan air atau susu
4. Mix dengan low speed selama 1 minit lagi
5. Mix dengan medium speed selama 8 minit
6. Masukkan butter
7. Mix dengan medium speed selama 5 minit atau sehingga doh lembut dan tidak melekit
8. Keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bulat anggaran 55gm.
9. Cover doh selama 10 minit.


Doh dibulatkan

Bentukkan bun

1. Leperkan doh yang bulat tadi menggunakan tangan
2. Masukkan filling di tengah-tengah
3. Tutupkan filling betul-betul supaya tidak terkeluar semasa membakar
4. Letakkan doh di atas tray
5. Cover doh dan letak di tempat warm selama 45 minit 
6. Dengan menggunakan piping bag, buat bentuk spiral di atas bun bermula dari tengah bun 
7. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 12 ke 15 minit

Enak dimakan ketika suam. 


Doh yang sudah ada filling - dibiar selama 45 minit

Topping menggunakan piping bag - saya buat tak cantik 

Siap dimakan - sekejap sudah habis

Tuesday, June 19, 2012

Kek Puding Karamel

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini cuaca agak sejuk kerana hampir seharian juga hujan. Setelah selesai memasak dan gosok baju, mulalah saya berkira-kira nak masak kek. Tambahan pula Ahmad Harraz minta saya buat kek. Cream cheese lebihan red velvet masih ada lagi. Begitu juga dengan susu cair ada di dalam peti ais. Maknanya ada harapan untuk saya buat kek kegemaran kami sekeluarga - Kek Puding Karamel. Apa yang menjadi tanda tanya ialah saya hanya ada 4 biji sahaja telur sedangkan dalam resepi nak 6 biji. Tanpa berfikir panjang, saya teruskan juga. Ini adalah kali ketiga saya buat kek ini dengan menggunakan resepi dari blog ini. Terima kasih adik.

Alhamdulillah, rasa masih sama, tekstur juga begitu. Barangkali ketinggian kek kurang sedikit kerana kekurangan meringue. Saya sertakan juga resepi yang saya guna. 

Bahan - bahannya :-

A) 2 sudu besar gula (masak atas dapur dalam loyang yang ingin digunakan)

B) Untuk bahagian ini saya suka tambahkan cream cheese
1/2 tin susu cair dimasak bersama 50gm cream cheese dengan api perlahan (tapis dan sejukkan)
70gm gula
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur

C) Untuk lapisan kek
140gm tepung gandum
70gm gula
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak (saya guna vegetable oil)
1 sude teh baking powder

D) Untuk meringue
6 biji putih telur
70gm gula
1 sudu cream of tartar

Cara-caranya :-

1. Masak A sehingga gula berwarna perang.
2. Campur kesemua bahan B dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan B ke atas A
3. Campur kesemua bahagian C. Ketepikan.
4. Pukul putih telur sehingga agak kembang. Kemudian masukkan gula dan cream of tartar. Pukul lagi tetapi jangan sampai terlebih pukul.
5. Masukkan C ke dalam D dan kaup balikkan perlahan-lahan.
6. Bahagikan kepada beberapa bahagian warna mengikut cita rasa anda.
7. Masukkan ke dalam loyang secara berselang seli mengikut warna.


Pertama kali saya buat - karamel kurang gula

Kali kedua - karamel terlebih gula (kek basah sedikit)

Kek kali ketiga - kek kurang telur

Pandangan sisi

Setelah dipotong

Dari depan

Macam-macam sisi pula - saja je












Monday, June 18, 2012

Salmon Bakar

Assalamualaikum...


2 minggu lepas suami ada membeli salmon. Katanya kepada saya, 'salmon ni kalau boleh sayang masak roast'. Saya terus berkata 'ok bang!'. Jadi minggu lepas saya jenuh mencari resepi roast salmon yang sesuai untuk dimakan dengan nasi. Kebiasaannya kalau suami beli fillet salmon, saya pasti akan masak resepi dari Curtis Stone yang sehingga kini menjadi pujaan hati hehe...


Setelah jenuh mencari saya pilih satu resepi iaitu Asian-marinated Baked Salmon. Resepi boleh klik di sini. Alhamdulillah sedap. Lebih kurang juga rasanya dengan resepi Curtis Stone :) Kebiasaannya salmon walaupun diperap dengan garam dan lada hitam tetap sedap kerana rasanya yang berlemak. Hari ini saya rajin sedikit untuk menulis resepi.

Bahan - bahan :-

2 batang serai (ditumbuk)
1/2 cawan kicap (saya campur kicap manis dan kicap cair)
1/2 genggam daun ketumbar (dihiris) - saya lebihkan
2cm halia (diparut)
4 ulas bawang putih (diparut)
1kg salmon yang dibuang kulit (saya tidak buang)
1/3 cawan madu (suam)
4 spring onions (dihiris) - saya tiada


Cara-caranya :-

1. Campurkan serai, kicap, daun ketumbar, halia dan bawang putih dan gaul sehingga sebati. (A)
2. Perapkan salmon dengan bahan A selama 1 jam dan simpan di dalam peti ais.
3. Panaskan oven dengan suhu 200 darjah celcius.
4. Letakkan salmon di dalam tray yang dialas dengan baking paper dan sapu salmon dengan madu.
5. Bakar sehingga salmon masak. Kira-kira 15 minit.





Sebelum dibelah tengah

Rasanya saya guna lebih dari dua serai ni?

Campurkan kesemua bahan

Saya belah salmon kerana saya tidak buang kulit 

Perap selama satu jam, wrap dulu

Jangan lupa sapukan madu dahulu - gambar ini sudah masak

Sebenarnya salmon saya tak serupa pun seperti dalam gambar resepi sebenar :) Rasa ada, rupa tiada.




Sunday, June 17, 2012

Keselamatan Anak : Little Ted untuk Ahmad Harraz

Assalamualaikum...


Alhamdulillah saya diberi peluang oleh-NYA untuk menulis lagi. Alhamdulillah juga atas nikmat IMAN dan ISLAM yakni nikmat yang paling besar sekali selain daripada nikmat makan, bernafas, sentuhan dan pelbagai lagi sehinggakan Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi ayat 109 : 


"Katakanlah (wahai Muhammad) : Kalaulah sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menuliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh keringlah lautan sebelum habis (dituliskan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula), sebagai bantuan"


Hari ini kami ke kenduri kahwin anak Kak Tini dan Abang Mus (tauke Bentley halal butcher) dan ucapan tahniah buat Kak Tini sekeluarga atas kehadiran menantu sulong mereka. Jalan punya jalan, kami juga singgah makan di Formosa Vegetarian Restaurant di Northbridge. Baiklah, mari saya bercerita tentang Little Ted kepunyaan Ahmad Harraz. 


Siapa Little Ted?
Little Ted kami gelarkan kepada Teddy Safety Harness Backpack yang kami belikan untuk Ahmad Harraz.

Little Ted


Kenapa kami beli?
Pada mulanya memang kami rasa tiada keperluan walaupun Ahmad Harraz kalau berjalan he doesn't like to hold hands, he very strongly wanted to be walking and to be independent sehinggalah di suatu petang itu ada satu peristiwa yang membuatkan jantung saya seakan akan berhenti walaupun saya masih lagi bernafas. Anak saya peramah orangnya, suka bersembang dan petang itu dia boleh bersembang dengan orang yang tengah mabuk huhu. Sudahlah 2 kali orang itu peluk Ahmad Harraz. Saya yang sedang pegang Ahmad Zaki yang sedang tidur hanya berdoa dari jauh. Abinya sedang beli tiket parking kereta. Kejadian itu berlaku ketika kami membawa abang ipar dan keluarga yang datang bercuti. Masing-masing tergamam! Jadi sejak hari itu memang saya bertekad hendak beli!


Di mana saya beli?
Sebelum beli, saya dan suami memang suka survey dulu harga supaya tidak akan kecewa kelak. Maksudnya cari dulu tempat yang ada sale. Kami mula survey di Baby Bunting, Toys r Us dan Mothercare. Semua harga sama. Memang tidak ada diskaun. Harga lebih kurang AUD 30. Saya bagi tahu suami yang saya nak cari dekat Sunday Market dulu. Alhamdulillah, memang rezeki kami, rasanya terjumpa 1 sahaja sepanjang kami mencari dan harganya AUD 4! Sangat berbaloi!


Ahmad Harraz suka tak?
Mula-mula dia kata itu Ahmad Zaki punya. Tetapi bila kami terangkan kepadanya dan menamakannya Little Ted, dia mula tertarik. Duduk dalam rumah pun nak pakai. Sekadar pakai sahaja. Tidur pun Little Ted kena ada.


Selalu dalam rumah nak juga Little Ted

Comel tak Little Ted saya?


Anda perlu tak?
Jika anak-anak anda boleh dikawal, anda mungkin tidak perlu. 


Saya suka mengambil petikan dari seorang ibu tentang safety harness backpack,

"Do whatever works for you as a parent, whether it be by using a child harness for your child or by simply holding your child's hand, its all about safety anyway, that is the real aspect of the matter, so I really don't know why some make it a point to judge a parent on how they restrain their child....I say mind their own business, raise their child the way they want and leave others alone, ....its none of their concern. There is far worse in this world than a parent using a harness to restrain their child...at least they do have safety as a concern, they wouldn't be using it if they didn't. I'd be more concerned about the parent that lets their child run around like a chicken with its head cut off.....now that something to worry about" - Proud Mommy-









Friday, June 15, 2012

Sushi di Pagi Hari

Assalamualaikum ..... 


Sekejap sahaja minggu ini sudah hari Jumaat rupanya. Hari Jumaat, penghulu segala hari sangat banyak kelebihan yang boleh kita perolehi. Semoga kita sentiasa tergolong di dalam orang-orang yang sentiasa mengejar Amal kebaikan, insyaAllah. 


Pagi tadi saya agak rajin untuk membuat sushi kepada beberapa orang tetamu setelah segala kelengkapan sudah dibeli petang semalam. Seingat saya sudah 3 tahun saya tak buat. 'Bamboo' pun sudah menjadi permainan anak-anak. Untuk sushi kali ini, saya hanya menggunakan timun, telur, karot dan ikan sardin sebagai inti. Saya juga ada bekalkan untuk cikgu-cikgu Harraz ke sekolah.



Nasi sushi, sardin, timun dan karot

Telur dadar yang akan dipotong memanjang

Rumpai laut diletakkan di atas 'bamboo'

Ratakan nasi di atas rumpai laut

Letakkan inti dan kita gulung guna 'bamboo'

Dapat 6 gulung sebelum dipotong

Boleh susun cantik-cantik

Teroka lagi dekat

Thursday, June 14, 2012

Beraktiviti di Playgroup

Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ini saya berpeluang membawa Ahmad Zaki ke playgroup. Sejak datang ke sini, memang inilah playgroup yang saya join. Sejak umur Harraz beberapa bulan lagi saya sudah membawanya ke sini. Kali ini saya datang dengan Ahmad Zaki sahaja kerana Ahmad Harraz ke sekolah. Kebetulan pula suami saya ada di uni (tidak jauh dari playgroup). Jika di rumah lama dahulu, saya ke playgroup hanya dengan berjalan kaki sahaja. Tak sampai 5 minit dari rumah. Namun sejak pindah ini, saya perlukan kereta untuk ke sana. 


Playgroup ini mempunyai seorang koordinator (tak tahu apa perkataan yang sesuai) yang akan memastikannya berjalan lancar. Antara tujuan ia diadakan supaya anak-anak serta ibu bapa dapat bersosial bersama-sama rakan yang lain. Playgroup ini akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Kebiasaannya ada sedikit donation daripada anda iaitu sebanyak AUD 2. Anda juga digalakkan membawa buah untuk anak-anak makan. Seperti biasa anda boleh memilih duty roster seperti mengeluar dan menyimpan barang permainan, memotong buah, mengemas meja, menyapu lantai dan sebagainya. 


Nampak gayanya hari ini hanya ada sedikit sahaja ibu yang hadir. Mungkin disebabkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu apabila masuk musim winter ini. Apapun ada beberapa keping gambar yang sempat saya tangkap walaupun agak sukar kerana Ahmad Zaki tidak duduk diam.



My name is Ahmad Zaki

Testing Testing

My fovourite car colour - YELLOW!

Try another car!

Both sisters Aussie-Korean!

Push the stroller!

More!

Love cars!

Cooking time!

Play dough!


Tuesday, June 12, 2012

Buah hati Ahmad Zaki

Assalamualaikum...


Alhamdulillah Ahmad Zaki kami hampir 17 bulan umurnya. Sekejap sahaja masa berlalu. Masih ingat lagi tatkala saya mengandungkan Ahmad Zaki, saya bekerja di sebuah deli. Kak Tina empunya deli itu. Tetapi deli tersebut sudah bertukar tuan sekarang. Seingat saya, saya dapat kerja sewaktu kandungan beberapa minggu. Saya terpaksa meng'import' adik saya untuk menemani saya dan Ahmad Harraz kerana suami saya ke Hong Kong pada waktu itu. Kesian adik saya. duduk sebulan di musim winter, menangis sahaja...sejuk sampai cramp kaki.


Berbalik semula kepada buah hati jantung pisang saya seorang ini..Ahmad Zaki, sudah dapat kaki ketika umurnya 12 bulan. Sudah berlari sekarang. Selalu main kejar-kejar dengan abang. Abi pun suka juga main kejar-kejar dengan anak-anak. Anak kedua ini, berbeza sedikit dengan Ahmad Harraz. Sewaktu saya mengandungkannya, di akhir trimester saya memang susah nak tidur dan  pinggang selalu sakit. Mungkin keadaan anak yang besar sedikit dari sebelumnya. Lahir-lahir terus 3.73kg. Ahmad Harraz dulu 2.6kg. 


Ahmad Zaki kurang ragamnya. Perutnya elok, jarang masuk angin. Tidurnya di waktu malam tidak merenget jika ingin menyusu. Sehingga ibu dan ayah saya tanya, "Zaki menyusu ke malam tadi kakak?" . Ya, kuasa Allah semuanya, saya sentiasa tersedar sendiri bila anak nak menyusu sebelum radio berbunyi. Apabila sudah dapat kaki, mulalah dia nak ke sana ke mari. Bukak itu dan ini. Setiap malam lebih kurang 3 ke 4 kali juga menyusu. Ya, sehingga ke saat ini. Alhamdulillah masih lagi susu badan.


Ahmad Zaki pandai bermain dengan semua permainan yang ada dalam rumah kami ini. Sudah tentu kebanyakannya warisan si abang. Lain dengan Ahmad Harraz. Agak lewat sedikit. Ada moto, boleh naik sendiri. Ada mainan tolak, dia tolak. Ada picit, dia picit. Ada pusing, dia pusing. Buat masa ini kegemaran baru ialah naik atas meja! Kerusi pun sudah pandai tarik. Nampak gayanya ummi kena lebih hati-hati dengan si kecil yang semakin membesar ini. 


Apa yang menarik, Ahmad Zaki bercakap bahasa Rusia dan France! Saya pun tak faham. Tapi kalau saya cakap, dia boleh faham juga. Itu yang saya ternanti-nanti juga. Bila agaknya Ahmad Harraz ada teman bersembang. Tak jemu saya menanti setiap hari! Mari layan gambar! 



It's a boy!!!

Beberapa minit selepas keluar


Macam muka moyang saya la


Sebulan umur saya


Dua bulan


Tiga bulan


Empat bulan

Lima bulan

Ummi dah lost la umur saya...

Sukanya mereka...

Cantik tak rambut saya!

Saya suka buku! 

Suka makan chips!

Mesti seronok di playground

Ummi beli train ni dekat swapmarket!

Hari ini!