Wednesday, December 21, 2011

Harraz dan Toilet Training

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pagi ini saya mempunyai masa untuk menaip. Saya ingin bercerita tentang pengalaman saya dalam membantu Harraz untuk tidak lagi memakai lampin pakai buang walaupun sebenarnya agak lewat juga untuk saya berbuat demikian. Kanak-kanak akan belajar untuk poo dan wee pada umur yang berlainan. Umumnya mereka telah bersedia pada umur 2 tahun ke atas walaupun sesetengahnya sudah mula pada 18 bulan. 

-TOILET TRAINING MIGHT TAKE DAYS OR MONTHS. IT'S NOT A RACE (NO MATTER WHAT OTHER PARENTS TELL YOU ABOUT THEIR OWN 'WONDERFUL' CHILDREN!)-                      Australian Parenting Websites.


Setelah hampir setahun dibeli, barulah digunakan oleh pemiliknya



Saya ada beberapa sebab kenapa saya lewat untuk mengajar Harraz. Antaranya ialah keadaan rumah kami yang berkarpet menyebabkan susah sekiranya Harraz wee atas karpet dan tandas yang tiada pili. Selain itu, mungkin juga disebabkan tiada pengalaman. Betul tak sekiranya saya cakap toilet training merupakan salah satu perkara yang boleh kita belajar daripada pengalaman selain daripada membaca artikel dan mendengar daripada orang lain? Praktikal sudah pasti! 


Harraz diajar pada umurnya 3 tahun 10 bulan selama seminggu. Kebetulan cuaca agak panas. Selama itu juga mama dan abah ada di rumah kami. Sudah pasti tunjuk ajar dari orang tua sangat membantu. Pada mulanya memang sukar kerana Harraz akan wee dulu sebelum bagi tahu yang dia nak potty. Hampir 4 ke 5 hari juga. Cuma ada sekali tu sewaktu Harraz mandi pagi, saya angkat Harraz atas potty bila dia wee. Selepas itu baru dia ingat dan faham bila nak wee dalam potty. Begitu juga bila nak poo, saya terus angkat letak atas toilet dan dia faham walaupun kadang-kadang dia minta nappy juga untuk poo. Alhamdulillah sekarang Harraz hanya guna sekali sahaja nappy iaitu pada waktu malam dan bila hendak wee dia akan bagi tahu, " I want to pee". Pernah juga kami terlupa untuk pakaikan nappy, nasib baik tak basah kerana dia sudah ke toilet sebelum tidur.


Buat masa sekarang, kalau berjalan kami lebih prefer pakaikan nappy. Kebiasaannya Harraz akan wee di rumah juga. Bila dah ada pengalaman, boleh la saya training untuk Zaki pula selepas ini. Antara tips daripada website yang sama yang boleh digunakan untuk menunjukkan yang anak-anak anda sudah BERSEDIA :- 

  • is walking and can sit for short periods of time
  • is becoming generally more independent when it comes to completing tasks
  • is becoming interested in watching others to go to the toilet (this can be awkward or make you uncomfortable at first, but is a good way to introduce things)
  • has dry nappies for up to two hours - this shows he's able to store wee in his bladder (which automatically empties in younger babies or newborns)
  • tells you (or shows obvious signs) when he does a poo or wee in his nappy - if he can tell you before it happens, he's ready for toilet training
  • begin to dislike wearing nappy, perhaps trying to pull it off when it's wet or soiled
  • has regular, soft, formed bowel movements
  • can pull his pants up and down
  • can follow simple instructions, such as 'Give the ball to daddy'
  • shows understanding about things having their place around the home


Semoga serba sedikit dapat membantu anda dan all the best!!!


Thursday, December 8, 2011

Selamat Bersua Kembali

Assalamualaikum...


Sudah lama saya tidak menulis. Mama dan Abah baru sahaja pulang ke kampung setelah hampir sebulan seminggu menemani kami di sini. Terasa begitu cepat masa berlalu . Masih teringat lagi menyambut Mama dan Abah di depan pintu rumah. Alhamdulillah anak-anak berpeluang untuk bermesra dan bermain bersama opah dan atok. Kami juga dapat menjamu selera dengan masakan Mama.


Banyak benda yang saya nak tulis cuma saya perlukan sedikit momentum lagi untuk menga'ada'kan mood menulis. Saya tak pandai lagi mencari masa untuk menulis padahal Allah beri saya masa sama seperti orang lain, 24 jam sehari. Ahmad Zaki pula pada tahap ini, aktif sungguh. Tidur pula sekejap-sekejap. Masa tidur itulah saya nak buat kerja rumah. Bila tak tidur, saya kena bersamanya. Berapa kali dah saya tak sedar Ahmad Zaki naik tangga sorang-sorang. Nasib baik opah dan atok sempat mengajar Ahmad Zaki turun tangga. Jadi sekarang boleh naik dan turun tangga, boleh turun dari katil sendiri dan pernah juga keluar dari walker sendiri. Huhu..


Baiklah, moga kita ketemu di lain penulisan. Saya doakan moga kita sentiasa diberikan kekuatan dari-NYA untuk apa jua perkara yang kita lakukan...


Abah dan Mama di Kings Park

Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki - my heroes!

Mari membaca!

Tuesday, October 25, 2011

Homemade grissini

Assalamualaikum....


Selepas saya membeli poppy seeds dan yeast semalam, sempat juga saya mencuri masa untuk membuat grissini atau breadstick hari ini. Ia mempunya saiz seperti pensil dan berasal dari Italy. Kali ini grissini saya mempunyai saiz seperti pensil gergasi. Resepi ini saya ambil dari majalah COLES keluaran 2009. Setiap musim baru, COLES akan mengeluarkan majalah yang mengandungi pelbagai jenis resepi mengikut kesesuaian musim tersebut. Grissini sesuai untuk kudap-kudapan seisi keluarga.




Antara majalah free saya dan chef pilihan Curtis Stone :)

Serves : 6  Preparation : 20 mins + 30 mins proving time Cooking : 30 mins

2/3 cup lukewarm water
2 tsp dried yeast
1/2 tsp white sugar
1tsp salt
1 1/2 cups plain flour
1 tbsp poppy seeds

1. Combined water with yeast, sugar and salt in a bowl. Stand for 10 mins until frothy. Place flour in a large bowl and make a well in the centre. Pour in yeast mixture, stir with a wooden spoon. Gather together with your hands until it forms a ball. Turn out onto a lightly floured surface, knead dough for 5 mins until smooth. Place in a lightly oiled bowl, and cover with plastic wrap or a clean tea towel. Stand in a warm place for 30 mins, until dough doubles in size.

2. Preheat oven to 180 degree C or 160 degree C fan. Line 2 baking trays with non-stick baking paper. Punch down dough to expel the air, and knead again for a couple of mins until smooth. Take a tablespoon of the dough and roll into a thin sausage shape, about 20cm long.

3. Place dough sticks on the prepared trays. Brush with water and sprinkle lightly with poppy seeds. Bake for about 25 mins, until crisp and golden. Cool grissini on a wire rack.


Grissini sebelum dibakar

Sejukkan dahulu

Simpan dalam bekas kedap udara




Anak-anak dan saya....

Assalamualaikum...


Melihat telatah anak-anak saya iaitu Ahmad Harraz, 3 tahun 9 bulan dan Ahmad Zaki, 9 bulan sentiasa menjadi penawar buat saya. Marah cepat redanya. Penat cepat hilangnya. Alhamdulillah, saya berpeluang membesarkan 2 orang anak ini depan mata saya sendiri bezanya cuma berada di tempat orang. Kalau dulu saya ingat menjadi surirumah itu senang, boleh duduk rumah, tak payah nak fikir semua benda. Rupa-rupanya saya silap! Surirumah, peranannya bukanlah semudah yang disangka. Kerja akan bermula sebaik sahaja mata celik dari tidur ;) dan akan berakhir bila masuk tidur di waktu malamnya. Tambahan pula di sini, sudah masuk musim spring menandakan waktu subuh masuk awal iaitu jam 4.01 pagi dan habis jam 5.37 pagi. Jadi sangat penting untuk saya menyiapkan segala kerja rumah secepat mungkin dan tidur awal supaya tidak terlajak Subuh. Ya, perkembangan anak-anak saya sangat penting pada waktu ini. Alhamdulillah Ahmad Harraz mudah untuk menjaganya kerana sudah besar. Boleh membantu ketika saya memerlukan. Manakala Ahmad Zaki yang semakin bijak dan cerdas membuatkan saya perlu mengawasi setiap langkahnya. Pernah ke saya marah anak-anak? Sudah tentu pernah! Perlu untuk mengajar Ini Betul dan Itu Salah walaupun hakikatnya saya tidak suka untuk berbuat demikian.


"Kakak kena ikut je ke mana Zaki pergi", kata ibu kepada saya sewaktu menelefon ibu.


"Tu la Ibu, dulu Harraz tak macam ni, bila dapat Zaki ni, pengalaman baru juga",saya menambah. Banyak sekali jawapan atau alasan disebabkan ke sana ke mari melayan Zaki.


Saya perlu banyak belajar tentang ilmu keibubapaan. Saya perlukan motivasi untuk menjadi yang terbaik. Sungguh support suami dan orang disekeliling saya, sangat dihargai. Namun perlu diingatkan motivasi unggul ialah berusaha untuk mendapat redha dan syurga Allah kerana Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-NYA....


Sungguh, ummi sangat sayang kalian....Kalian harta ummi, dunia dan akhirat....
Moga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan penawar hati Ummi dan Abi
















Thursday, October 20, 2011

Bertukar angin broadband... Virgin Mobile ke TPG

Assalamualaikum...


Sudah lama saya tak menulis. Bukannya apa, saya tak boleh online kerana internet di rumah sudah habis data allowance. Macam tau-tau je tuannya nak tukar TPG kerana sebelum tu memang kami tak pernah exceed. Ini kali pertama. Saya bukanlah orang yang arif untuk bercerita tentang ICT ni, cuma sedikit pengalaman sahaja. Sebelum ini kami menggunakan Postpaid Mobile Broadband (Virgin Mobile) AUD50 sebulan dengan data allowance sebanyak 7GB. Memang tidak dapat dinafikan mobile broadband tidak selaju wired internet. Seringkali terganggu sewaktu menggunakannya. Tapi kami tetap puas hati barangkali sudah lama menggunakannya.


Entah bila suami saya tiba-tiba sahaja nak bertukar angin. Terdapat banyak pilihan broadband provider yang boleh dibuat seperti TPG, Optus, Bigpond, iiNet, dodo, Westnet dan Vodafone. Setelah membuat perbandingan dan menilai dari segi kos dan kualiti di kediaman kami, suami saya telah memilih TPG-ADSL2 with Home Phone Bundle + unlimited download, AUD60 sebulan tidak termasuk telefon rumah. Kami hanya sign kontrak selama 6 bulan, kiranya tempoh percubaan. Kalau bagus, insyaAllah sambung lagi. Setakat 2 hari menggunakannya, saya sangat berpuas hati. Tambahan pula sudah ada telefon rumah, senanglah untuk telefon ibu. Kadarnya 6 sen seminit sahaja telefon ke Malaysia. 




Nak buat apa pula dengan Mobile Broadband Virgin ni? Saya tiada jawapan. Kontrak pun belum habis lagi. Mungkin suami saya ada jawapan. Hopefully bila dah ada internet bagus ni, semakin lancarlah suami untuk membuat thesis dan barangkali juga suami saya jarang pergi ke uni......




Test untuk melihat kelajuan internet


Kelajuan internet pada waktu ini







Thursday, October 13, 2011

Menu Pengurusan Berat Badan

Assalamualaikum...


Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan melalui pengambilan Formula 1 Shake, Formula 3 (protein powder) dan Tea Mix, saya mencadangkan agar anda mencuba menu seperti berikut :


Makan Pagi
3 sudu penuh shake kegemaran anda + 300ml ke 400ml soya/susu skim/jus  
Anda boleh tambah 1 ke 2 sudu penuh protein powder untuk mengurangkan rasa lapar
1 cawan tea mix (1/2 sudu kecil + 250ml air panas atau sejuk)


10.00 pagi
Jika anda memerlukan snack, boleh ambil herbalife protein bar, sebiji buah dan sewaktu dengannya


Makan Tengahari
3 sudu penuh shake kegemaran anda + 300ml ke 400ml soya/susu skim/jus  
Anda boleh tambah 1 ke 2 sudu penuh protein powder untuk mengurangkan rasa lapar


3.00 petang
Jika anda memerlukan snack, boleh ambil herbalife protein bar, sebiji buah dan sewaktu dengannya
1 cawan tea mix (1/2 sudu kecil + 250ml air panas atau sejuk)

Makan Malam
Hidangan berwarna-warni. Nasi, ayam/ikan/daging dan sayur-sayuran






* Pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari
* Anda boleh menambah oat, ais dan buah-buahan dalam shake
* Pengambilan tea mix sekurang-kurang 30 minit selepas minum shake
* Exercise setiap hari walaupun sekejap :)


InsyaAllah, moga diberi kekuatan untuk mendapatkan tubuh badan / kesihatan yang baik!

Wednesday, October 12, 2011

Resepi Kari Laksa

Assalamualaikum....


Sejak hari Isnin yang lalu, saya memang teringin sangat nak makan Kari Laksa. Salah satu sebab juga kerana melihat kesegaran daun kesum yang ditanam walaupun hanya ada beberapa helai sahaja :) Agak sukar tanaman nak hidup bila negara 4 musim ni. Jadi hari ni saya tekad nak masak Kari Laksa menggunakan bahan-bahan yang HANYA ada di rumah. Anda boleh menambah beberapa bahan lagi selain daripada apa yang saya guna. Resepi asal dari http://resepisedap-nennie.blogspot.com/ cuma diubah mengikut kesesuaian dan masa merupakan anggaran dari saya.


Hidangan : 4 orang dewasa  Masa Penyediaan : 15 minit  Masa memasak : 30 minit

250 gm Spageti (direbus) 
1 1/4 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia *
3 cm lengkuas *
1 sudu kecil belacan (dibakar) *
3 sudu besar serbuk kari daging
sedikit serbuk cili (boleh guna cili boh)
2 batang serai
beberapa helai daun kesum
sedikit asam gelugur
garam mengikut cita rasa
200gm isi ayam (saya guna thigh fillet)
8 ekor udang 
8 fish ball
200ml santan (boleh tambah mengikut kepekatan)
air 
sedikit minyak untuk menumis

1. Kisar dan tumis kesemua bahan yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari yang dicampur sedikit air dan serbuk cili. Masak sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan serai, daun kesum, ayam dan santan. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan udang, fish ball, asam gelugur dan garam. Biarkan beberapa minit.

Anda boleh menggunakan mee selain daripada spageti dan menambah sayur-sayuran seperti sawi, kacang panjang dan taugeh. Telur rebus dan sambal belacan juga sesuai dihidangkan bersama kari laksa. 


Kari Laksa untuk lunch

Pencuci mulut

Ummi dan Abi dah habis makan, Harraz masih tambah lagi




BON APETIT!

Tuesday, October 11, 2011

LeapPad untuk Harraz

Assalamualaikum...


Minggu lepas suami saya telah membelikan sebuah LeapPad untuk Harraz setelah ia mula keluar dari pasaran. Buat masa ini Big W, MYER, Toys R Us dan terbaru Target sudah mula menjual dengan harga diskaun antara AUD30 ke AUD40. Seperti biasa apa sahaja barang yang ingin dibeli, kami akan melayari http://www.lasoo.com.au/ untuk mendapat harga yang paling rendah selain daripada melihat katalog-katalog yang dapat setiap minggu. LeapPad merupakan keluaran Leap Frog yang telah memenangi beberapa anugerah dalam inovasi pembelajaran dalam bentuk educational toys, interactive books dan electronic games. LeapPad mempunyai dua warna pilihan iaitu hijau dan ungu serta sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 9 tahun. Bagi kami LeapPad boleh membantu perkembangan kanak-kanak tetapi mempunyai kekurangan dari segi penggunaan bateri yang cepat habis. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari http://www.leapfrog.com/en_au/home_page.html


LeapPad di Big W

Interaktif untuk kanak-kanak


Banyak benda boleh buat dalam akaun LeapPad

Boleh membeli aplikasi mengikut kategori








Let's talk about Soy Protein




Soy protein is a low-fat super food that may help you lose weight and assist in reducing cholesterol. It's a complete vegetarian protein providing energy via a full range of essential amino acids.


Soy Protein also:

  • Helps keep hunger at bay and has been shown in different studies to support weight loss while preserving lean body mass. It's perfect addition to long- term weight management programmes.


  • Includes naturally-occurring phytonutrients that promote good health. It delivers high-quality amino acids equivalent to those in egg and animal proteins, but without the fat, saturated fat or cholesterol.


  • Supports muscle development and can help promote increased strength during exercise training.


In Herbalife, products that contain soy are Formula 1 Nutritional Shake Mix, Personalised Protein Powder and Protein Bars. 


(Herbalife-Hub Monthly Newsletter - Australia & New Zealand)

Monday, October 10, 2011

Adik-adik dan hadiah dari suami membuatkan saya "Speechless"

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya untuk-NYA. Saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas meneruskan kehidupan seperti biasa. Moga hari saya hari ini lebih baik dari semalam. Doa saya untuk kalian jua. Suka untuk saya menulis tentang apa yang berlaku sewaktu hari lahir saya yang lepas walaupun pada hari itu kedua-dua anak saya kurang sihat.


Suami saya memang sudah berjanji untuk membawa kami makan di luar dan saya telah memilih restoren 'The Ghan' di Belmont kerana saya teringin sangat nak makan masakan India hehe. Suami sudah berpesan kepada saya untuk bersiap-siap keluar selepas Maghrib jam 6.30 petang, namun suami masih belum pulang walaupun jam menunjukkan jam 6.20 petang ditambah pula dengan Ahmad Zaki yang asyik meragam kerana demam menyebabkan saya pun jadi malas nak keluar. Dipendekkan cerita, kami keluar juga jam 6.45 petang setelah solat Maghrib.


Sampai di restoren, setelah membaca dan membelek menu suami memesan 2 nasi putih dan 3 jenis lauk iaitu Chicken Tikka Masala, Lamb Rogan Josh dan Fish Curry dan memang wajib untuk kami memesan Mango Lassi. Kali ini makanan lewat sampai disebabkan ramai pelanggan lalu saya keluar dulu berjalan-jalan bersama Ahmad Zaki. Saya sempat melihat suami yang asyik sms dan menelefon (betul ke ayat saya ni?) Akhirnya makanan sampai dan kami menjamu selera setakat yang mampu. Ada makanan lebih, boleh tapau :)


Pembuka selera


Makan malam kami


Hajat saya untuk membeli sedikit barang-barang terbantut akibat suami hendak pulang ke rumah. Pening kepala, sakit belakang dan macam-macam alasan menyebabkan saya akur walaupun hati saya sudah merajuk. Maklum la, hari special la katakan. Waktu tu macam-macam sudah ada dalam kepala. Tak baik buruk sangka kan??? Setibanya di rumah jam 8.30 malam, suami terus call someone tanpa membuka pintu rumah. Saya keluarkan anak dan tercegat di depan pintu. Suami suruh saya masuk rumah cepat. Sebelum itu, saya tercium bau perfume dan saya sudah syak sesuatu. Saya masuk rumah melalui pintu dapur dan saya lihat tidak ada apa-apa. Keadaan seperti biasa, seperti yang saya tinggalkan sebelum ini.


Tiba-tiba...
"Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birtday to Kak Najwa
Happy Birthday to you"


sambung lagi....
"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Kak Najwa
Allah selamatkan kamu...."


Rupa-rupanya ada orang dalam rumah berserta kek dan hadiah di atas meja. Suami saya telah berpakat dengan adik-adik undergrad untuk celebrate birthday saya. Mereka merupakan pelajar tahun akhir jurusan farmasi dan commerce yang telah saya kenali sejak 4 tahun yang lalu. Ukhuwwah dan kasih sayang inilah yang menyebabkan saya speechless. Terharu dengan kehadiran mereka walaupun mereka ada debate dan kelas keesokan harinya dan sudah pasti saya sedih kerana adik-adik akan pulang akhir tahun ini.


Bersama adik-adik. Dari kiri : Umai, Fiza, Najwa, Syazwan, Ana, Sal, Nur, Fatimah, Hana, Su dan Nabilah

Setelah memotong kek, acara membuka hadiah pula. Satu persatu hadiah dibuka. Dimulai dengan bungkusan pertama dari adik-adik iaitu sehelai tudung dan jam tangan. Bungkusan kedua sehelai tudung dari adik Nur dan bungkusan ketiga dari suami iaitu iPAD 2 yang membuatkan saya speechless untuk kali kedua. Saya memang tak pernah terlintas untuk meraikan ulangtahun kelahiran saya sebegini rupa. Alhamdulillah, terima kasih adik-adik, moga kalian berjaya dunia dan akhirat. Teristimewa buat suami tercinta, terima kasih banyak-banyak abang. Baru Najwa tahu sebab apa abang balik lewat, pergi beli kek, ambil hadiah dari rumah Nazirul (kerana order dari Malaysia), bagi kunci kat Umai dan tergesa-gesa nak pulang ke rumah. Saya masih lagi speechless. Moga Allah permudahkan urusan abang dunia dan akhirat serta sentiasa diberikan semangat untuk menyiapkan phd. InsyaAllah, Najwa sentiasa di sisi abang....


Hadiah dari suami
Jam tangan dari adik-adik
Sehelai tudung dari Nur
Ucapan dari suami dan baru saya teringat suami saya ada tanya saya suka warna apa
Masih berusaha untuk jadi yang terbaik

Kad dari adik-adik
Ucapan dari adik-adik



Thursday, October 6, 2011

Crispy potato rosti

Assalamualaikum...


Saya ingin berkongsi resepi Crispy potato rosti. Sesuai untuk seisi keluarga terutama anak-anak untuk makan petang.




Gambar tak sama kerana saya tak ikut resepi :) (Guna potato lain dan kuantiti sedikit)

Makes 8 : Preparation 10 mins : Cooking 12mins

700gm red potatoes, peeled and grated
1 egg
2 tbsp chopped chives
2 tbsp plain flour
1/2 tsp baking powder
vegetable oil, to shallow fry

1. Squeeze handfuls of grated potato over a bowl to remove as much liquid as you can. Place the squeezed   potato in a clean bowl.
2. Add egg and chives, and sift over flour and baking powder. Mix until well combined. Season with salt and pepper.
3. Heat about 5mm of oil in a large frying pan. Drop 4 x 1/4 cupfuls of mixture into pan and flatten slightly to about 8cm. Cook over medium heat for about 3 mins each side, or until golden brown and crisp. Repeat and drain on paper towel.


BON APETIT!

Selamat Hari Lahir!!!

Assalamualaikum...




Alhamdulillah, genap 28 tahun umur saya hari ini. Sepanjang itu juga saya telah dipinjamkan nafas oleh Allah dan dilimpahkan dengan pelbagai jenis nikmat. Tidak ada sebab saya sebagai manusia tidak bersyukur atas apa yang Allah telah berikan. Bagi saya, ulangtahun kelahiran sudah semestinya dikaitkan dengan pertambahan umur  Bila umur sudah bertambah, sepatutnya bertambah jugalah amalnya. Jangan ditanya sebanyak mana amalan yang patut kita bawa untuk bertemu Allah nanti, sebaliknya beramallah sebanyak mungkin dan moga-moga Allah akan menerimanya.


Terima kasih atas ucapan dan doa daripada semua. Semoga Allah limpahkan rahmat dan kasih sayang-NYA kepada kalian jua. Teringat jam 3.00 pagi sewaktu saya terjaga, suami sempat lagi wish "Yang, happy birthday...". Setiap tahun insyaAllah, antara sms birthday yang saya akan dapat seawal pagi mestilah dari ibu, ayah dan adik-adik. Moga saya masih lagi bernafas untuk berjumpa tahun seterusnya. Hmm..tak sabar nak makan malam bersama suami dan anak-anak malam ni!


Not just a year older, but a year better...

Tuesday, October 4, 2011

ILAH dalam Dua Kalimah Syahadah

Assalamualaikum....


Teringat sewaktu di sekolah dahulu, kita diajar cara mengucapkan dua kalimah syahadah. Kita diajar terjemahannya dalam bahasa ibunda. Kita diajar solat, puasa, zakat, mengerjakan haji - rukun-rukun Islam dan Iman. Alangkah bagusnya kalau kita diajar juga konsep dua kalimah syahadah, tuntutan syahadah serta perkara-perkara yang membatalkannya. Andai kata kita seorang yang rajin membaca, insyaAllah kita boleh mencari, tetapi jika sebaliknya kita tidak akan tahu walaupun sebenarnya perkara-perkara yang kita buat boleh membatalkan dua kalimah syahadah.


Mari kita melihat konsep sebenar pengertian ILAH yakni ALLAH dalam kalimah syahadah yang sering kita lafazkan.


1. ILAH sebagai tempat tumpuan pengabdian
Allah menjadikan manusia sudah pastinya membawa satu tugas yang besar iaitu mengabdikan diri kita kepada-NYA. Pengabdian sepenuhnya hanya untuk Allah tidak kepada yang lain kerana tidak ada yang lain yang berhak disembah atau diperhambakan diri kepada-NYA.





2. ILAH sebagai tempat perlindungan
Setiap kali solat, kita pasti mengaku bahawa hanya Allah sahaja tempat memohon pertolongan. Tidak ada selain Allah untuk mendapat perlindungan. Selainnya adalah palsu dan lemah belaka. Manusia tidak perlu gentar kepada makhluk lain kerana mereka sedar bahawa yang boleh memberi perlindungan hanya Allah sahaja.




3. ILAH sebagai tumpuan kecintaan
Sesiapa yang menumpahkan kecintanya kepada Allah, Allah juga akan cinta kepadanya. Begitulah sebaliknya kepada mereka yang bencikan Allah, maka Allah akan membalas dengan setimpal atas apa yang mereka lakukan. Sifat kecintaan kepada Allah yang begitu tinggi telah menyebabkan generasi awal telah diangkat oleh Allah sebagai satu ummah yang gemilang.





4. ILAH sebagai pemberi rezeki
Semua rezeki yang manusia perolehi di atas dunia ini adalah kurniaan Allah. Walaupun pada zahirnya manusia yang menghulurkan bantuan tetapi semuanya dari Allah malah sebiji beras atau setitis air pun manusia tidak boleh memberi tanpa keizinan-NYA. Manusia hanya pemegang amanah untuk membelanjakan harta ke jalan yang diredhai dan bukan ke jalan maksiat. Kita yang sentiasa mendapat rezeki dari Allah patut bersyukur dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangan-NYA.




5. ILAH sebagai sumber perundangan
Kita wajib mengakui bahawa segala peraturan daripada Allah. Tidak boleh mencipta hukum lain selain dari hukum Allah. Sama ada hukum halal atau haram adalah bidang kuasa Allah, manusia tidak ada hak langsung untuk mengubahnya. Allah juga memberi amaran kepada mereka yang hendak berhukum dengan hukum selain Allah sebagai "Jahiliyyah". Bagaimana hendak maju dan bahagia kalau kita menghukum kesalahan manusia dengan undang-undang lain sedangkan manusia juga dijadikan oleh Allah dalam keadaan lemah dan terpaksa bergantung harap pada Allah?



6. ILAH sebagai ketaatan
Perlu mentaati Allah secara mutlak. Taat selain dari Allah bukan satu yang mutlak selagi ia tidak melanggar batasan hukum yang digariskan oleh Allah.




Dan Allah lebih mengetahui...









Monday, October 3, 2011

Spudshed dan Churro

Assalamualaikum....


Saya tidak sempat untuk mengupdate blog saya pada hari sabtu dan ahad yang lalu kerana sibuk dengan beberapa aktiviti seperti jemputan doa selamat, majlis hari lahir serta majlis ilmu yang akan kami hadiri setiap minggu. Hari khamis yang lalu (malam), saya dan suami telah ke Spudshed di Jandakot untuk membeli sayur dan buah-buahan. Kebiasaannya kami akan membeli barang-barang dapur sebulan sekali manakala bahan mentah seperti sayur dan buah-buahan dua minggu sekali bergantung kepada stok yang ada. Kami memilih Spudshed kerana berdekatan dengan rumah, banyak pilihan, harga yang sangat berpatutan dan beroperasi 24/7!


Spudshed, Jandakot

Antara senarai harga (aud) barang-barang yang terdapat di Spudshed,

asparagus 1.99 bunch
broccoli 0.99 each
2L full cream milk 1.79
carrot loose 0.46/kg
cauliflower 1.99 each
celery 1.49 each 
chinese vegi 0.99 each
ginger 19.99/kg
orange 3kg 3.99
pears 1.49/kg
potato 1.49/kg
strawberry 250gm 1.49

Antara barang-barang yang dibeli

Sebanyak 20 items yang kami beli, hanya AUD30.01. Selepas membeli barang-barang, sempat lagi menuju ke San Churro di Subiaco. Churro merujuk kepada Spanish doughnut yang berasal dari Spain. Enak dimakan ketika panas bersama thick hot chocolate. Anda boleh layari http://www.sanchurro.com/menu untuk mengetahui lebih lanjut. Boleh juga kalau nak buat dirumah. Lagi murah dan boleh makan seberapa banyak yang boleh. 

Gambar ini diambil sewaktu makan bersama ibu


Pelbagai jenis coklat

Harraz besama kids meal

Sebelum saya menggunakan Herbalife, saya boleh makan banyak churro. Tetapi malam tu, saya hanya mampu makan 2 batang churro saja.