Alhamdulillah, segala puja dan puji hanya untuk-NYA. Saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas meneruskan kehidupan seperti biasa. Moga hari saya hari ini lebih baik dari semalam. Doa saya untuk kalian jua. Suka untuk saya menulis tentang apa yang berlaku sewaktu hari lahir saya yang lepas walaupun pada hari itu kedua-dua anak saya kurang sihat.
Suami saya memang sudah berjanji untuk membawa kami makan di luar dan saya telah memilih restoren 'The Ghan' di Belmont kerana saya teringin sangat nak makan masakan India hehe. Suami sudah berpesan kepada saya untuk bersiap-siap keluar selepas Maghrib jam 6.30 petang, namun suami masih belum pulang walaupun jam menunjukkan jam 6.20 petang ditambah pula dengan Ahmad Zaki yang asyik meragam kerana demam menyebabkan saya pun jadi malas nak keluar. Dipendekkan cerita, kami keluar juga jam 6.45 petang setelah solat Maghrib.
Sampai di restoren, setelah membaca dan membelek menu suami memesan 2 nasi putih dan 3 jenis lauk iaitu Chicken Tikka Masala, Lamb Rogan Josh dan Fish Curry dan memang wajib untuk kami memesan Mango Lassi. Kali ini makanan lewat sampai disebabkan ramai pelanggan lalu saya keluar dulu berjalan-jalan bersama Ahmad Zaki. Saya sempat melihat suami yang asyik sms dan menelefon (betul ke ayat saya ni?) Akhirnya makanan sampai dan kami menjamu selera setakat yang mampu. Ada makanan lebih, boleh tapau :)
Pembuka selera |
Makan malam kami |
Hajat saya untuk membeli sedikit barang-barang terbantut akibat suami hendak pulang ke rumah. Pening kepala, sakit belakang dan macam-macam alasan menyebabkan saya akur walaupun hati saya sudah merajuk. Maklum la, hari special la katakan. Waktu tu macam-macam sudah ada dalam kepala. Tak baik buruk sangka kan??? Setibanya di rumah jam 8.30 malam, suami terus call someone tanpa membuka pintu rumah. Saya keluarkan anak dan tercegat di depan pintu. Suami suruh saya masuk rumah cepat. Sebelum itu, saya tercium bau perfume dan saya sudah syak sesuatu. Saya masuk rumah melalui pintu dapur dan saya lihat tidak ada apa-apa. Keadaan seperti biasa, seperti yang saya tinggalkan sebelum ini.
Tiba-tiba...
"Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birtday to Kak Najwa
Happy Birthday to you"
sambung lagi....
"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Kak Najwa
Allah selamatkan kamu...."
Rupa-rupanya ada orang dalam rumah berserta kek dan hadiah di atas meja. Suami saya telah berpakat dengan adik-adik undergrad untuk celebrate birthday saya. Mereka merupakan pelajar tahun akhir jurusan farmasi dan commerce yang telah saya kenali sejak 4 tahun yang lalu. Ukhuwwah dan kasih sayang inilah yang menyebabkan saya speechless. Terharu dengan kehadiran mereka walaupun mereka ada debate dan kelas keesokan harinya dan sudah pasti saya sedih kerana adik-adik akan pulang akhir tahun ini.
Bersama adik-adik. Dari kiri : Umai, Fiza, Najwa, Syazwan, Ana, Sal, Nur, Fatimah, Hana, Su dan Nabilah |
Setelah memotong kek, acara membuka hadiah pula. Satu persatu hadiah dibuka. Dimulai dengan bungkusan pertama dari adik-adik iaitu sehelai tudung dan jam tangan. Bungkusan kedua sehelai tudung dari adik Nur dan bungkusan ketiga dari suami iaitu iPAD 2 yang membuatkan saya speechless untuk kali kedua. Saya memang tak pernah terlintas untuk meraikan ulangtahun kelahiran saya sebegini rupa. Alhamdulillah, terima kasih adik-adik, moga kalian berjaya dunia dan akhirat. Teristimewa buat suami tercinta, terima kasih banyak-banyak abang. Baru Najwa tahu sebab apa abang balik lewat, pergi beli kek, ambil hadiah dari rumah Nazirul (kerana order dari Malaysia), bagi kunci kat Umai dan tergesa-gesa nak pulang ke rumah. Saya masih lagi speechless. Moga Allah permudahkan urusan abang dunia dan akhirat serta sentiasa diberikan semangat untuk menyiapkan phd. InsyaAllah, Najwa sentiasa di sisi abang....
Hadiah dari suami |
Jam tangan dari adik-adik |
Sehelai tudung dari Nur |
Ucapan dari suami dan baru saya teringat suami saya ada tanya saya suka warna apa |
Masih berusaha untuk jadi yang terbaik |
Kad dari adik-adik |
Ucapan dari adik-adik |
athi, sesweet mereka :) rindunya!
ReplyDeletesonok tengok blog athi...
hehe.. selamat maju jaya untuk wawa sekeluarga..! best!
ReplyDeletetahniah kak nahjwar dpt suami yg penyayang...lepas ni jangan selalu merajuk dah. kalu abg faisal berperangai pelik lagi, faham2 je la dia nk bagi surprise kat akk tau ;)
ReplyDeletewas happy to be there on your special day..^,^