Wednesday, October 12, 2011

Resepi Kari Laksa

Assalamualaikum....


Sejak hari Isnin yang lalu, saya memang teringin sangat nak makan Kari Laksa. Salah satu sebab juga kerana melihat kesegaran daun kesum yang ditanam walaupun hanya ada beberapa helai sahaja :) Agak sukar tanaman nak hidup bila negara 4 musim ni. Jadi hari ni saya tekad nak masak Kari Laksa menggunakan bahan-bahan yang HANYA ada di rumah. Anda boleh menambah beberapa bahan lagi selain daripada apa yang saya guna. Resepi asal dari http://resepisedap-nennie.blogspot.com/ cuma diubah mengikut kesesuaian dan masa merupakan anggaran dari saya.


Hidangan : 4 orang dewasa  Masa Penyediaan : 15 minit  Masa memasak : 30 minit

250 gm Spageti (direbus) 
1 1/4 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia *
3 cm lengkuas *
1 sudu kecil belacan (dibakar) *
3 sudu besar serbuk kari daging
sedikit serbuk cili (boleh guna cili boh)
2 batang serai
beberapa helai daun kesum
sedikit asam gelugur
garam mengikut cita rasa
200gm isi ayam (saya guna thigh fillet)
8 ekor udang 
8 fish ball
200ml santan (boleh tambah mengikut kepekatan)
air 
sedikit minyak untuk menumis

1. Kisar dan tumis kesemua bahan yang bertanda * sehingga naik bau. Masukkan serbuk kari yang dicampur sedikit air dan serbuk cili. Masak sehingga pecah minyak. 
2. Masukkan serai, daun kesum, ayam dan santan. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan udang, fish ball, asam gelugur dan garam. Biarkan beberapa minit.

Anda boleh menggunakan mee selain daripada spageti dan menambah sayur-sayuran seperti sawi, kacang panjang dan taugeh. Telur rebus dan sambal belacan juga sesuai dihidangkan bersama kari laksa. 


Kari Laksa untuk lunch

Pencuci mulut

Ummi dan Abi dah habis makan, Harraz masih tambah lagi




BON APETIT!

No comments:

Post a Comment