Melihat telatah anak-anak saya iaitu Ahmad Harraz, 3 tahun 9 bulan dan Ahmad Zaki, 9 bulan sentiasa menjadi penawar buat saya. Marah cepat redanya. Penat cepat hilangnya. Alhamdulillah, saya berpeluang membesarkan 2 orang anak ini depan mata saya sendiri bezanya cuma berada di tempat orang. Kalau dulu saya ingat menjadi surirumah itu senang, boleh duduk rumah, tak payah nak fikir semua benda. Rupa-rupanya saya silap! Surirumah, peranannya bukanlah semudah yang disangka. Kerja akan bermula sebaik sahaja mata celik dari tidur ;) dan akan berakhir bila masuk tidur di waktu malamnya. Tambahan pula di sini, sudah masuk musim spring menandakan waktu subuh masuk awal iaitu jam 4.01 pagi dan habis jam 5.37 pagi. Jadi sangat penting untuk saya menyiapkan segala kerja rumah secepat mungkin dan tidur awal supaya tidak terlajak Subuh. Ya, perkembangan anak-anak saya sangat penting pada waktu ini. Alhamdulillah Ahmad Harraz mudah untuk menjaganya kerana sudah besar. Boleh membantu ketika saya memerlukan. Manakala Ahmad Zaki yang semakin bijak dan cerdas membuatkan saya perlu mengawasi setiap langkahnya. Pernah ke saya marah anak-anak? Sudah tentu pernah! Perlu untuk mengajar Ini Betul dan Itu Salah walaupun hakikatnya saya tidak suka untuk berbuat demikian.
"Kakak kena ikut je ke mana Zaki pergi", kata ibu kepada saya sewaktu menelefon ibu.
"Tu la Ibu, dulu Harraz tak macam ni, bila dapat Zaki ni, pengalaman baru juga",saya menambah. Banyak sekali jawapan atau alasan disebabkan ke sana ke mari melayan Zaki.
Saya perlu banyak belajar tentang ilmu keibubapaan. Saya perlukan motivasi untuk menjadi yang terbaik. Sungguh support suami dan orang disekeliling saya, sangat dihargai. Namun perlu diingatkan motivasi unggul ialah berusaha untuk mendapat redha dan syurga Allah kerana Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janji-NYA....
Sungguh, ummi sangat sayang kalian....Kalian harta ummi, dunia dan akhirat....
Moga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan penawar hati Ummi dan Abi
salam kak najwa,
ReplyDeletecomel & handsome harta2 kak najwa. Mak saya selalu sangat sebut kami bertiga(saya & adik) harta dia. Saya tak faham sgt tapi saya doa saya diberi kesempatan nak fahamkan apa yang mak,kak najwa & ibu2 yang lain maksudkan dengan 'harta'.
Semoga kak najwa tabah membesarkan anak2 menjadi soleh & pejuang agama satu hari nanti insyaAllah.
Fathiah:)
Comelnyeee diorang :)
ReplyDelete-Umairah
Waalaikumussalam fathiah...
ReplyDeleteTerima kasih banyak fathiah kerana sudi membaca serta doa mu. Setiap ibu akan cakap anak-anak harta mereka. Bukan seperti mereka yang buang anak - itu kufur nikmat namanya. Mari sama-sama kita berdoa agar kita menjadi anak yang terbaik buat ibu bapa kita. InsyaAllah, moga fathiah bakal melalui pengalaman seperti kami juga :)
Umai, selain comel apa lagi ??? hehe
ReplyDelete