Sudah lama saya tidak menulis. Mama dan Abah baru sahaja pulang ke kampung setelah hampir sebulan seminggu menemani kami di sini. Terasa begitu cepat masa berlalu . Masih teringat lagi menyambut Mama dan Abah di depan pintu rumah. Alhamdulillah anak-anak berpeluang untuk bermesra dan bermain bersama opah dan atok. Kami juga dapat menjamu selera dengan masakan Mama.
Banyak benda yang saya nak tulis cuma saya perlukan sedikit momentum lagi untuk menga'ada'kan mood menulis. Saya tak pandai lagi mencari masa untuk menulis padahal Allah beri saya masa sama seperti orang lain, 24 jam sehari. Ahmad Zaki pula pada tahap ini, aktif sungguh. Tidur pula sekejap-sekejap. Masa tidur itulah saya nak buat kerja rumah. Bila tak tidur, saya kena bersamanya. Berapa kali dah saya tak sedar Ahmad Zaki naik tangga sorang-sorang. Nasib baik opah dan atok sempat mengajar Ahmad Zaki turun tangga. Jadi sekarang boleh naik dan turun tangga, boleh turun dari katil sendiri dan pernah juga keluar dari walker sendiri. Huhu..
Baiklah, moga kita ketemu di lain penulisan. Saya doakan moga kita sentiasa diberikan kekuatan dari-NYA untuk apa jua perkara yang kita lakukan...
Abah dan Mama di Kings Park |
Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki - my heroes! |
Mari membaca! |
No comments:
Post a Comment