Wednesday, October 31, 2012

How much I love Avocado or Alligator pear!

Assalamualaikum...

Rich in monounsaturated oil, the same heart-friendly fat found in olive oil and have more soluble fibre than most other fruit


Today i want to write about one of my favourite fruit, avocado or known as alligator pear because of the shape and rough skin. Although it is often mistaken for a vegetable, the avocado is a fruit - the reproductive part of the plan. The avocado contains approximately 700 kilojoules in an 80gm serving, and it has more kilojoules and fat than other fruit. However, because most of the fat in avocados is monounsaturated, it does not raise blood cholesterol levels, unlike the saturated oil that comes from palms and a number of other tropical plants. May be durian? Oh, my favourite too! Hehe

So, we have a choice! We can reduce our kilojoule intake by using avocado rather than butter or margerine on our sandwiches. 1 tablespoon of avocado has 170 kilojoules compared with 600 kilojoules in 1 tablespoon of butter or margerine. Avocados are rich in two phytochemicals : beta-sitosterol, an important phytochemical linked with lower cholesterol and glutathione - an antioxidant that may offer protection several cancers. They start to ripen only after being cut from tree. Mature fruit can be left on the tree for 6 months without spoiling. Avocado is suitable for infants from 6 months of age.


Benefits
A good source of vitamin C, E and B6, pottasium and dietry fibre
Useful amounts of iron, magnesium and folate

Drawbacks
High kilojoules, with 85% coming from fat



This is what i love most - avocado with honey and evaporated milk

-Foods that harm, foods that heal-


Tuesday, October 30, 2012

Mee Celup - resepi dan masakan dari suami

Assalamualaikum...

Baru-baru ini, suami saya teringin sangat nak makan mee celup. Saya pun kurang pasti sama ada saya pernah makan atau tidak. Suami saya yang mempunyai darah Pattani ni memang suka segala macam sup. Alhamdulillah, suami saya juga berbakat dalam seni masak-memasak ini :) mungkin turun dari mama (mak mentua saya). Banyak juga bahan yang digunakan untuk buat mee celup ini. Dalam resepinya, suami saya menggunakan air rebusan perut, daging serta rangka ayam. Lagi satu kegemaran suami saya ialah kuew teow. Maka, suami saya menggunakan kuew teow instead of mee. Sayur yang digunakan ialah kangkung. Bahan-bahan yang lain adalah seperti cili jeruk, lobak asin, bawang putih goreng, bawang goreng dan kacang tumbuk.

Saedap dan tak puas makan lagi :)


Alhamdulillah sedap! 

Bahan-bahan untuk sup (kuantiti terpulang) :-

Perut lembu
Daging
Rangka ayam
Serai
Sup Bunjut
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Garam
Gula

Rebus kesemua bahan sehingga empuk. Biasanya rebus perut terlebih dahulu kerana ia lewat empuk. Perasa dengan garam dan gula. Biasanya lebihkan gula supaya rasanya manis sedikit. Keluarkan dan potong nipis-nipis perut dan daging supaya mudah untuk dimakan.


Bahan-bahan lain :-

Mee/Kuew teow
Kangkung
Cili jeruk
Lobak asin
Bawang putih goreng
Ikan bilis goreng
Kacang tumbuk

Mee/Kuew Teow dan kangkung dicelur ke dalam sup beberapa minit. Masukkan ke dalam pinggan. Letak sup dan hias dengan bahan-bahan yang lain.





Saturday, October 27, 2012

Eid Mubarak dari kami...

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Diharapkan kalian sehat hendaknya di samping bergembira bersama keluarga menyambut hari kebesaran ummat Islam. Salam Eiduladha dari kami sekeluarga buat muslimin dan muslimat tidak kira di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah, saya dan suami menyambut secara ala kadar sahaja. Selesai suami menunaikan solat dan seterusnya berjumpa sahabat - berkelah bersama-sama di Kings Park. Kami membawa makanan sedikit seorang, banyak juga akhirnya. Saya pula tidak masak banyak, hanya sekilo ayam untuk dibuat rendang, 4 paket besar nasi himpit direbus dan 300gm kacang tanah untuk dibuat kuah kacang perut - kuah kacang kegemaran suami.

Ada beberapa jemputan kami dapat, cumanya kami tidak dapat menghadirkan diri kerana kepenatan yang luar biasa. Sebenarnya di awal pagi, kami sudah keluar iaitu jam 7.15 pagi ke Kings Park, di sana akan diadakan solat sunat raya. Setibanya di sana, jam 7.50 pagi kami lihat solat sudah dimulakan. Ikutkan jam 8.00 pagi. Kemudian suami patah balik ke Conventry Park di Curtin dalam keadaan rushing. Alhamdulillah belum start lagi tetapi parking sudah penuh menyebabkan saya terpaksa menjaga kereta. Selesai solat, kami pergi semula ke Kings Park iaitu Synergy Park ( ada 3 atau 4 taman yang besar di dalam Kings Park) untuk picnic. Rupan-rupanya di sana ada satu lagi jemaah yang solat raya. Huhu... Lagi ramai dan sangat meriah. Tak sangka pula ada 2 jemaah yang buat solat raya. 'Ala kullihal, tetap juga gembira berjumpa rakan-rakan....

Saya mendoakan agar jemaah haji yang sedang mengerjakan haji dipermudahkan segala urusan. Moga ada rezeki saya ke sana nanti. Saya sangat rindu...


Jom kita makan-makan!

Antara yang hadir, ramai lagi tetapi masing-masing jaga anak-anak main 

Makanan berat. Hari agak panas semalam.

Rendang ayam saya





Tuesday, October 23, 2012

Baby carrier / Sling : Ergobaby pilihan saya

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Alhamdulillah, saya sekeluarga bertambah sihat setelah seminggu lebih kami kena diarrhea dan muntah-muntah. Berkenaan dengan baby carrier, sudah tentu ibu-ibu di luar sana mempunyai pelbagai citarasa untuk memilih baby carrier mana yang sesuai untuk anak-anak. Di sini, terlalu banyak baby carrier untuk dipilih seperti Ergobaby, BabyBjorn, Chicco, Combi, Minimonkey, Stokke My Carrier dan beberapa lagi. Sebelum ini saya ada membeli 1 baby carrier jenama Pureen. Saya beli supaya mudah untuk saya membawa Ahmad Harraz ketika kali pertama saya datang ke Perth. Saya juga ada membeli 1 sling.  Tidak lama saya guna kerana kemungkinan besar saya tidak pandai guna menyebabkan leher saya sakit dan kurang praktikal bagi saya.

Kali ini saya merasakan penting untuk saya beli satu yang betul-betul mampu untuk membantu saya membawa Ahmad Zaki. Ahmad Zaki, apabila kami berjalan kebiasaannya kami letak di dalam strider, tetapi sejak akhir-akhir ini dia tidak mahu dan meronta-ronta. Apabila didukung, Ahmad Zaki mahu turun - fenomena biasa apabila sudah dapat kaki. Sewaktu kami ke pameran baby dan kids sewaktu bulan puasa lalu, itulah kali pertama saya tahu brand Ergobaby - setelah melihat ramai sangat orang di booth mereka. Saya mula tertarik dan meminta seorang staff menerangkannya. Cara pakai serta kelebihannya. Harganya memang agak mahal, saya mula congak itu ini bersama suami. Kebetulan kami ingin ke Europe, suami surf internet dan harga boleh dapat lagi murah jika beli di sana. Kami decide untuk beli di sana.

Alhamdulillah setelah penat berjalan di sekitar pekan Bonn, kami jumpa satu kedai yang menjualnya dan dapat beli baik yang sebelum ini bukan dalam perancangan dengan harga EURO120 - Ergobaby organic (desert bloom). Saya sangat berpuas hati dengannya dan ia sangat membantu. KEEP YOUR BABY CLOSE. Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://store.ergobaby.com/


"Ergobaby recommends a weight limit of 45 pounds (20 Kilograms) for its line of baby carriers;
 however, the carrier has been tested up to 90 pounds (41 Kilograms). Our carrier will accommodate you as long as you and your baby are happy using it."


Abi dan Ahmad Zaki duduk di posisi tepi

Abi dan Ahmad Zaki duduk di posisi depan




Thursday, October 18, 2012

Roti John untuk suami

Assalamualaikum...

Petang semalam saya ada buat inti murtabak. Memang cadangnya nak buat murtabak untuk makan malam. Pagi tadi suami saya nak sarapan selain dari shake Herbalife. Maka saya buatlah inti murtabak menjadi Roti John memandangkan saya ada minta suami tolong belikan sausage roll malam tadi. Saya juga buat untuk Harraz separuh untuk dibawa ke sekolah.


Mayonis kesukaan suami - mayonis Jepun

Mayo + Cili + Timun


Surprise! Grass Hair Cut

Assalamualaikum...

Petang tadi, sekembali Harraz dari sekolah terus dia kata, "teacher said to cut grass hair". Saya yang tidak tahu apa-apa dan tanpa melihat Harraz lagi hairan mendengarnya. Bila saya lihat, ada pokok kecil dia bawa dan memang patut la kena potong kerana sudah tidak terurus. Aktiviti ini mungkin sebelum cuti sekolah dua minggu lepas. InsyaAllah nanti ummi tolong trim dan touch-up sikit.


Ini pokok saya

Tak sabar-sabar nak gunting

ainullnajhwar
Jenuh fikir nak gunting macam mana lagi


Term 4 bermula dan kurang sihat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana memberi peluang lagi untuk saya bernafas dalam jiwa hamba. Hari ini bermula penggal ke-4 persekolahan Ahmad Harraz. Seperti biasa, saya kejutkan Harraz pagi tadi walaupun keadaanya pada ketika itu sangat nyenyak, Alhamdulillah seperti biasa dia terus bangun dan akan cakap, "i want to take my bath"... Setiap kali hari persekolahan, tidak menangis, tiada masalah, sentiasa bersemangat nak ke sekolah. Balik nanti macam-macam dengar cerita dari sekolah, Jackson is a naughty boy, he's not my friend dan macam-macam lagi.

Lain pula dengan Ahamd Zaki, kami sebenarnya kurang sihat minggu ini. Saya dan anak-anak kena tummy flu - diarhea and vomiting (kata Kak Azra, rakan kami di sini). Alhamdulillah Harraz sudah sihat. Bukan kami sahaja yang kena, ada lagi rakan kami sekeluarga 2 minggu lepas kena juga dan beberapa orang lagi. Maryam ummimsafiyyah pun kena juga. Musim agaknya. Ahmad Zaki start muntah-muntah petang semalam dan berlarutan lagi hingga pagi ini. Sekarang tengah tidur. Lemah badan mungkin. Moga Ahmad Zaki cepat sembuh. InsyaAllah, Allah akan beri yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Semalaman saya kurang tidur. Banyak juga kain baju dibasuh akibat dek muntah anak. Suami saya seperti selalu, kurang sihat juga bila buat PhD, pening kepala, heartburn dan sebagainya. Bila pergi kerja, kurang sakitnya. Bagi mengurangkan lemah-lemah badan, saya mengambil minuman isotonik dan untuk menjaga perut agar tidak meragam, saya kurangkan makan pedas, tidak makan makanan lama iaitu makanan yang disimpan dalam fridge, tidak makan raw food seperti raw sprouts serta makan dalam kuantiti sedikit.

Moga sama-sama kita doakan agar dipermudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat.   


Ahmad Harraz bersedia nak ke sekolah, Ahmad Zaki duduk dengan Ummi



Monday, October 15, 2012

Pikelets with caramel strawberry untuk sarapan anak-anak

Assalamualaikum...

Pagi tadi saya fikir menu untuk sarapan anak-anak. Saya surf internet dan dapat juga resepi yang senang dan segala bahan-bahan pun ada dalam gerobok. Sepatutnya resepi dengan pisang, tetapi tiada pisang di rumah dan saya gantikan dengan strawberry. Resepi saya ambil dari laman web taste.com.au.


Untuk Ahmad Harraz


Bahan-bahan  (Pikelets) :

1 cawan self-raising flour
1 sudu besar gula 
3/4 cawan (185 ml) susu - saya guna full cream 
1 biji telur
secubit garam


Cara-cara :

1. Ayak tepung dan gula ke dalam bekas serta masukkan garam. (Bahan A)
2. Pukul telur dan susu bersama-sama dan masukkan ke dalam bahan A, pukul sehingga sebati.
3. Panaskan non-stick frypan over medium heat dan lenserkan dengan sedikit mentega. Masukkan beberapa sudu besar bancuhan dan masak selama 30 saat atau sehingga beberapa gelembung udara timbul.
4. Balikkan dan masak lagi selama 1 minit.


Caramel sauce


Bahan-bahan (Caramel) :

50gm mentega
45gm gula perang
80ml thickened cream
4 biji strawberry untuk hiasan

Cara-cara :

1. Cairkan mentega ke dalam frying pan over medium heat. Tambahkan gula dan kacau sehingga 2 ke 3 minit atau sehingga gula larut.
2. Tambahkan cream dan masak sehingga 1 ke 2 minit atau sehingga sos mendidih. Kacau selama 2 minit atau sehingga sos menjadi pekat. 




Mini Red Velvet Cupcakes

Assalamualaiku...

Jumaat yang lepas saya rajin nak buat mini red velvet cupcakes. Saya guna resepi yang saya buat semasa anniversary kami yang lepas cuma masuk ke dalam mini paper cup. Hasilnya saya dapat hampir 70 biji mini red velvet.


Bancuhan pewarna dan koko


Nak buat buttermilk




 
Bancuhan kek dimasukkan ke dalam paper cup

Kek yang belum diletakkan cream cheese frosting

Cream cheese frosting

Setelah siap diletakkan cream cheese frosting



Macam-macam bentuk bunga ada





Cinnamon rolls untuk majlis kelahiran Nura

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana saya masih lagi bernafas dengan sihat. Kalian bagaimana? Saya harap kalian juga begitu. Pada 6 Oktober lepas iaitu pada hari kelahiran saya, kami mendapat jemputan dari seorang kawan iaitu Kak Marina dan suami ke majlis kelahiran yang ke-5 anak bongsu mereka iaitu Nura. Sebelum itu di Malaysia, Kak Marina dan suami merupakan seorang doktor perubatan. Tetapi Kak Marina mengambil keputusan unuk menjadi seorang surirumah sekarang apabila berpindah ke sini. Alhamdulillah, seronok anak-anak dan suami ada seorang ibu dan isteri yang sentiasa ada bersama mereka.

Saya memang sudah merancang nak buat cinnaomon rolls untuk dibawa pada hari tersebut. Ini kali yang ke berapa entah saya sudah buat cinnamon rolls. Saya memang suka sangat roti ini. Kebiasaannya saya menggunakan breadmaker, tetapi disebabkan saya hanya mempunyai masa yang terhad kerana majlis bermula jam 10 pagi, saya buat menggunakan stand mixer baru yang suami saya hadiahkan malam sebelumnya. Apa yang saya rasa, perbezaan diantaranya ialah cinnamon rolls lebih lembut teksturnya apabila menggunakan breadmaker daripada mixer biasa. Mungkin betul atau mungkin salah. Atau saya tidak buat mengikut teknik yang betul. Lepas ke majlis tersebut sempat lagi makan di Malaysia Dining Delight dan membeli barang.


Sebelum dibakar, saya lupa nak gam di hujung doh

Selepas disira dengan cream cheese

Dekat lagi

Kak Marina dan keluarga, semoga Nura menjadi anak yang solehah

Abi dan Zaki yang sedang tidur

Harraz main bola dengan siapa?

Antara tetamu yang hadir

Nasi goreng untuk anak-anak

Kuew teow sup unuk suami

Wednesday, October 10, 2012

Nasi ayam bonda (kompilasi ibu dan mama)

Assalamalaikum...

Bercerita tentang nasi ayam, kali pertama saya masak sewaktu berumur 21 tahun ketika menjamu pakcik saya sekeluarga. Waktu itu ibu saya tiada di rumah, jadi kelam-kabut juga saya masak sebab tak tahu nak agak air macam mana dan sebagainya. Saya cuma recall apa yang ibu saya buat. Alhamdulillah sampai sekarang, bertambah baik dari segi rasa dan sebagainya. Resepi nasi ayam bonda ini saya saya ambil dari ibu dan mama - tambah, tolah, darab dan bahagi - untuk dapat citarasa yang lebih baik. Saya ada baca banyak resepi tentang nasi ayam. Semuanya sedap dan ikut citarasa masing-masing. Buat masa ini saya ada 2 resepi nasi ayam yang saya suka masak. Nasi ayam bonda dan Nasi ayam hainan - guna air daging.

Nasi ayam merupakan makanan kegemaran Ahmad Harraz. Setiap hari nak makan nasi ayam. Suami saya pula suka nasi ayam sup kosong - tanpa letak rempah.


Makan malam kami berdua

Saya tiada bekas untuk letak sos

Bahan-bahan (untuk 2-3 orang makan) :- 

Sup (untuk nasi dan kuah)
4 peha ayam
2 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia - titik
Sedikit kulit kayu manis
2 bunga cengkih
2 buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
garam
air yang secukupnya
bawang goreng dan daun sup - untuk hiasan

Masukkan kesemua bahan dan rebus sehingga ayam 3/4 masak. Keluarkan dan toskan ayam. 

Ayam
Ayam yang sudah ditoskan
2 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit halia - tumbuk
1 ke 2 sudu besar sos tiram
kicap manis - ikut banyak mana ayam untuk dilumur
sedikit lada hitam

Perap ayam dengan kesemua bahan. Masa untuk perap boleh 30 mint sehingga beberapa jam. Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dan banyak. Sekejap sahaja goreng untuk mengelakkan ayam menjadi terlalu hitam.

Nasi
2 pot nasi (saya guna pot kecil) - basuh dan tos
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit halia - dihiris
sedikit butter

Panaskan butter. Tumis bawang putih dan halia sehingga agak garing. Kemudian masukkan beras. Kacau beberapa minit sehingga sebati. Masukkan sup sehingga mencukupi untuk masak nasi.

Sambal kicap
Sama seperti bahan untuk perap ayam cuma tambah cili masak atau cabai burung yang di tumbuk.
Kuantiti mengikut citarasa masing-masing dan boleh juga ditambah daripada hasil perapan ayam. Masak diatas dapur sehingga mendidih.

Sayuran
Salad
Tomato
Timun

Mama saya biasanya akan tambah sambal cili masak - kisar cabai masak, gula, garam dan sedikit cuka.





Tuesday, October 9, 2012

Anak-anak rindu kampung halaman

Assalamualaikum...

Saya ingin bercerita tentang pengalaman anak-anak ketika pulang ke Malaysia baru-baru ini. Walaupun sebenarnya Harraz memang tidak mahu pulang ke Malaysia pada awalnya. Jauh di sudut hati, saya sayu bila anak-anak sedang membesar jarang bertemu opah dan atok serta kurang pengalaman berada di kampung. Sebelum ini, kali terakhir kami pulang, Harraz kurang mengerti kehadiran opah, atok, mak dan bapa saudara serta sepupunya.

Alhamdulillah, tahun ini Harraz enjoy berada bersama opah, atok serta sepupunya walaupun pada mulanya masam, diam dan kurang bergaul. Baru nak menyesuaikan diri. Tak mahu makan, kurang bercakap adalah antara simptom-simptomnya. Sekarang ini, bila sudah pulang ke Perth, masih lagi ajak ummi dan abi pulang ke Malaysia. InsyaAllah, nanti kita pulang ye Harraz :)


Raya Pertama : Keluarga besar saya bersama opah. (Rumah opah)

Raya ke-2 : Asyfa, ibu dan mak long

Raye Pertama : Akmal, Muhsin dan Yan 

Raya Pertama : Rumah Taiping - Harraz bersama sepupu.

Raya Pertama : Mama bersama cucu terbaru, Faiqah

Raya Pertama : Keluarga besar Taiping

Raya Pertama : Keluarga besar Taiping 

Raya Pertama : Kami bersama mama abah

Harraz bersama favourite uncle

Atok nak ajar cara-cara memetik mempelam

Lulus dah tu

Harraz di rumah atok Bota

Pak Lang bersama Harraz

Kelas seni bersama maksu

Gunting elok-elok

Maksu dan Zaki semasa birthday opah

Suka atok tengok cucu main ye

Kena ke tak tu

Main la apa-apa pun

Bersama opah atok di Pullman Putrajaya

Bersama opah atok, makan malam di Hotel Taiping Perdana

Maksu kesayangan