Saturday, August 25, 2012

Berjalan di FreizeitPark Rheinaue

Assalamualaikum...

Hari ketiga merupakan hari terakhir urusan suami saya. Setelah selesai jam 12.30 tengahari dan menunggu waktu solat Zuhur iaitu jam 1.30 petang, kami bersiap-siap ke taman berdekatan dengan hotel kami - kira-kira 15 minit berjalan kaki. Makan tengahari dan malam kami hanya makan pizza yang dibeli semalam sahaja sebelum berangkat ke Armsterdam keesokan pagi.

Secara keseluruhannya, taman ini besar dan kami jalan setakat yang mampu sahaja. Banyak juga perbezaan  dari segi budaya dan cara hidup di antara orang di sini dan Aussie. Setakat yang boleh saya lihat sepanjang berada di sini, orang Aussie lebih ramah dan kebersihan lebih terjaga. Ini mungkin kerana masalah bahasa yang menyebabkan mereka kurang bertegur siapa. Kalau rancangan tv pula, terdapat 34 channel yang berlainan, hanya 1 sahaja yang kami faham untuk menonton iaitu CNN. Channel yang lain semuanya bahasa German termasuklah cerita omputih.  Jika di taman (Aussie), saya jarang melihat najis anjing kerana setiap pemilik perlu membawa beg plastik untuk membuang najis anjing jika mereka melepas. Tetapi di sini, perlu berhati-hati kerana ada sahaja booby trap :) dan yang menarik boleh juga bawa pet dalam public transport atau supermarket. Kaget sungguh saya :)

Baru sampai di taman

Bunga belakang itu menarik walaupun musim summer belum habis

Bunga Ros yang bermacam warna

Bunga-bunga yang cantik

SubhanAllah!

Gunakan tripod sebaik mungkin

Kena diet balik lepas ni

Tasik yang besar

Berjalan dan terus berjalan

Ku lihat HIJAU!

Sungai Rhine yang membeku jika winter

Suami saya kata lollypop

Menarik melihat anak-anak itu

Berjalan di sekitar Bonn City

 Assalamualaikum...

Hari pertama dan kedua kami hanya berjalan-jalan di sekitar city sahaja. Besar juga city ini walaupun ia merupakan city yang ke-19 terbesar. Macam mana pula agaknya kalau di Berlin? Mesti penuh sesak dengan orang. Dari penginapan kami, kami menaiki train sama seperti kami datang dahulu. Harga tiket EURO 2,60 seorang sehala. Maksudnya setiap kali pergi balik harga tiket ialah EURO 10,40. Apa yang kami buat, kami perlu membeli siap-siap makanan untuk makan malam serta kudap-kudapan kerana makan pagi di hotel. Seperti sebelumnya, kami makan nasi kebab dan pizza lagi selain membeli roti.

InsyaAllah akan bersambung....


Dari hotel ke stesen U-Bahn (tram) Max-Lobner Straße

Tram dah sampai (No 16 atau 63)

Heritage Church

Depan Post Office

The First Roman Empire Settlement that establishes Bonn as it now

Terusan kecil yang mana anak-anak kecil suka bermain di punca air 

Pertembungan simpang

Town Hall

Gerai-gerai yang menjual macam-macam

Bunga-bunga yang bermacam jenis dan murah

Macam-macam roti ada

Suka melihat jelly bean yang bermacam jenis

Dah penat mencari kedai barangan baby yang tak jumpa-jumpa

Boleh disewa

Selepas membeli biskut, air dan barang keperluan lain

Kuala Lumpur - Bonn, Germany

Assalamualaikum...

Perjalanan kami bermula di rumah saya (Bota) pada jam 4.30 petang. Waktu ini paling sedih kerana kami meniggalkan anak-anak yang belum pernah lagi ditinggalkan dengan sesiapa dalam jangka waktu yang panjang. Harraz yang tertidur sambil matanya berair. Zaki juga tidur lena sebelum kami pergi sangat meruntun jiwa. Adik ipar saya, Wadi dan adik saya, Yan bersama si kecil Asyfa Rania yang menghantar kami ke KLIA. Terima kasih banyak-banyak buat mereka. Jenuh juga Wadi memecut tanpa henti kerana jammed di tengah jalan. Maklum sahajalah musim raya. Penuh sesak kereta di jalan raya. Kami tiba di KLIA jam 9.00 malam dan berehat beberapa minit sebelum check-in. Tak sempat nak belanja makan bersama adik-adik.


KLIA - sedih tak bawa spec

Kami menaiki pesawat KLM jam 11.50 malam dan transit di Armsterdam Schipol Airport jam 6.00 pagi waktu tempatan. Perjalanan mengambil masa 12 jam 40 minit sangat meletihkan. Tambahan pula kami tak sempat nak dinner sebelum itu. Ingatkan dapat makanan dalam flight. Rupa-rupanya lebih kurang sejam lebih lagi nak sampai baru dapat meal. Kami transit di sini selama 3 jam 30 minit sebelum ke Cologne International Airport menaiki pesawat Fokker F70. Perjalanan ke Cologne mengambil masa 40 minit. Sampai sahaja di Cologne, kami menunggu bas ke central train station Bonn. Pada waktu ini, perut sangat lapar, mental dan fizikal juga penat.


KUL - AMS

Meal yang ditunggu-tunggu

Armsterdam Schipol Airport

Nak ke Cologne

Naik bas dulu

Destinasi yang semakin hampir

Menunggu bas ke Bonn Hauptbahnhof (Central Train Station)

Sampai di train station, wajib cari MAKANAN!

Makan hari kedua - datang kedai ini juga (EURO 6.50 = AUD 7.20)

Ambil sama dengan suami cuma beza saya ambil nasi, suami ambil chips

Selepas makan, kami menaiki train ke Max-Lobner-Str lebih kurang 10 minit sebelum sampai ke Gustav-Stresemann-Institut. Jauhnya perjalanan sebelum sampai. Kalau tak silap jam 6.00 petang waktu Malaysia kami sampai. Sangat tak segar. Mata pun dah tak kenal waktu tidur. Beza masa dari Malaysia -6 jam. Suami saya pula baru lihat jadual present. Hari pertama, pembentang kedua. Sepanjang suami tiada, saya duduk di dalam bilik sahaja. Pengalaman baru ialah bilik ini tidak ada penghawa dingin. Cuaca pula agak panas. Nasib baik ada tingkap :) dan berada di negara yang tidak menggunakan bahasa inggeris menyebabkan agak sukar untuk membeli barang-barang serta bertanya arah. Nasib baik ada google translator. Belajar bahasa la kami. 


Inilah destinasi yang dituju

InsyaAllah akan bersambung....

Friday, August 24, 2012

Kek Black Forest dan Kek Lapis Cheese

Assalamualaikum...

Sebelum pulang ke kampung, saya sempat juga buat Kek Black Forest. Saya memang tidak merancang untuk buat kek ini. Ini kali kedua saya buat setelah 3 tahun lamanya dari cubaan yang pertama yang memang kurang menjadi. Sebenarnya jiran kami iaitu Kak Rozie balik for good bersama anak-anaknya iaitu Syifa' Rania dan Shafiee Raif (ejaan mungkin salah) atas sebab-sebab tertentu. Ada rezeki untuk mereka pulang beraya bersama keluarga di Malaysia tahun ini.

Oleh kerana ada banyak lagi bahan-bahan kering seperti tepung roti dan sebagainya, Kak Rozie memberikannya kepada saya. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kak. Saya ada bertanya padanya kek apa yang akak nak buat, katanya cadang nak buat kek Black Forest. So, dari situ la saya mendapat idea. Barang-barang sudah ada cuma sedikit sahaja yang saya perlu tambah lagi. Alang-alang saya pun buat la Kek Black Forest. Lagipun bila lagi Kak Rozie nak rasa air tangan saya hehe... Keesokan harinya, saya buat pula Kek Lapis Cheese. Itupun saya nak habiskan cream cheese yang Kak Rozie bagi juga. Alhamdulillah rezeki Ramadhan sebelum saya menggantung periuk dari masak-memasak - nak cuci dapur sebelum pulang.


Coklat bar yang diparut

Kek Black Forest - resepi dari buku koleksi peribadi

Kek Lapis Cheese kukus

Saya buat kek coklat tanpa telur

Mudah dan sekejap sahaja


Rindu pada semua terutama anak-anak...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah sudah 3 malam kami di Bonn. Biarpun berjauhan, hati saya tetap di kampung halaman. Rindu suasana raya bersama keluarga kerana masa itu berlalu terlalu cepat. Hari pertama saya sampai di sini, rasa macam nak balik sahaja. Tak puas lagi beraya bersama ibu, ayah dan adik-adik. Rindu saya juga pada anak-anak. Setiap hari saya telefon ibu bertanyakan khabar anak-anak. Malam tadi saya telefon jam 12.35 malam waktu di Bonn, Ahmad Zaki dah bangun tidur (jam 6.35 pagi waktu Malaysia). Ahmad Zaki memang   saya tahu dia tidur dan bangun awal. Ayah saya kata Ahmad Harraz kuat makan dah. Sebelum-sebelum ini seleranya kurang, bercakap pun kurang, tidak seperti Harraz di Perth. Mungkin sebab kurang sihat, sedih dan sebagainya. Alhamdulillah Harraz ada Pak Lang (Muhsin, adik ipar saya yang ketiga) yang rajin melayannya ke sana ke mari.

Antara lain yang saya rindu sudah tentulah masakan di rumah. Hari kedua sempat juga tolong ibu buat rumah yang terbuka. Bukan ada jemputan rasmi. Saja masak siap-siap, jika ada tetamu datang takde lah kelam-kabut nanti. Antara menunya ialah nasi putih, gulai lemak cili api perut (bapa saudara saya buat memang sedap sangat!), kuah kacang dan nasi himpit ibu, gulai masak lemak labu yang ibu ayah tanam, daging masak kicap ibu, siakap tiga rasa (kuah saya buat cuma bahan kurang - tak jadi sangat), gulai tempoyak ibu dan kuih-muih serta tak lupa juga kek lapis cadbury yang mak saudara saya buat memang memukau! huhu... Alhamdulillah semuanya siap just in time, By tengahari memang boleh makan. Semuanya bergotong royong bersama. Adik-adik serta adik-adik ipar saya rajin-rajin :) Apa yang sedih, tak sempat nak ambil gambar semua tu. huhu...

InsyaAllah next raya saya letak gambar sebagai memory.....


Harraz dan Abi

Ummi dan anak-anak dalam flight ke KL

Thursday, August 23, 2012

Our journey dan Salam Eidulfitri dari kami sekeluarga...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, sudah masuk Syawal yang kelima setelah hari-hari yang berlalu memerlukan saya bermain dengan masa yang agak padat serta kelam kabut. Sekarang saya berada di Gustav-Stresemann-Institut , Bonn, Germany menemani suami. Sebelum itu, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga dengan kehadiran bulan-bulan yang mendatang, mampu kita hadapi setelah sebulan kita sudah dididik dalam didikan Ramdhan bahkan proses tarbiyah itu sentiasa berjalan setiap hari selagi nyawa dikandung badan. Kami juga ingin memohon maaf andai ada salah silap kami selama ini sama ada sedar atau tidak.

Alhamdulillah, perjalanan pulang kami pada 16 Ogos jam 9.50 malam yang lalu agak penat juga kerana kami menaiki Tiger Airways yang mana transit di Singapore selama 3 jam yang mana segala baggage perlu diambil dan check-in semula. Sistem check-in waktu itu agak teruk dan hampir sejam kami berbaris nak check-in. Huhu.... Kami sampai pada 17 Ogos jam 8.00 pagi di LCCT. Hilang penat melihat wajah ibu dan ayah setelah hampir setahun setengah hanya menatap wajah mereka melalui mata hati. Ibu dan ayah juga bertolak jam 3.00 pagi dari rumah. Jika ada flight sampai Ipoh, saya pun tidak mahu menyusahkan mereka. Anak-anak saya terutama Ahmad Harraz kurang sihat lagi. Masih batuk-batuk ditambah pula dengan moodnya yang tidak mahu balik Malaysia sehingga suami saya terpaksa tarik sebelum melangkah keluar dari Perth Airport.  Perlu untuk saya memberi peluang dan ruang untuknya supaya keadaannya stabil dari segi mental dan fizikal. Ahmad Zaki masih lagi selsema tetapi masih lagi cergas dan cerdas :)

Kami sampai di rumah di Bota jam 12.00 tengahari. Rehat sekejap, kemas itu dan ini. Beli barang seperti pampers anak-anak, susu tepung, nombor Malaysia dan juga ke bazar Ramadhan yang terletak depan taman rumah saya sahaja (sangat besar). Makanan tidak banyak kami beli, cuma memang kami membeli banyak air. Tekak sangat dahaga kerana cuaca agak panas di sini. Kami pulang ke rumah suami saya di Changkat Jering pada keesokan hari jam 11.00 pagi kerana kami akan berada di sana sehingga jam 3.00 petang sebelum ke rumah opah saya di Teluk Intan (mengambil masa 2 jam dari Changkat Jering). Hari raya pertama. kami beraya di rumah suami dan juga rumah saya memandangkan saya dan suami akan bertolak ke Bonn pada hari raya kedua jam 11.00 malam dari KLIA.

InsyaAllah akan bersambung....




Ummi dan Harraz di pagi raya

First time beraya di Malaysia

Alhamdulillah gambar kami sekeluarga (Harraz & Zaki ada-ada je :))

Apa pulak dengan Zaki tu??? Harraz tidur???

Saya dan suami :)

Ummi dan anak-anak yang tengah meragam :)