Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, suami saya telah membeli juicer untuk kegunaan kami. Suami saya berhajat untuk membelinya kerana kami sekeluarga gemar minum jus yang 100% squeeze, dan ini adalah berbeza dengan reconstitute jus. Secara asasnya, reconstitute jus adalah jus yang telah dikondensasi di kilang buah untuk memudahkan proses pengangkutan dan seterusnya bila sudah sampai di kilang jus, jus yang dikondensasi tadi (bentuk pepejal) akan dicairkan dengan air. Melalui proses kondensasi ini ia akan menghilangkan zat-zat vitamin kerana itu anda akan selalu perasan di dalam ramuan jus, pengilang akan menambah vitamin C (ascorbic acid) kerana ia telah hilang dalam proses kondensasi tadi.
Tetapi kesukaan kami pada squeeze jus ni ada harganya kerana squeeze jus (contoh di aussie ini brand yang best adalah nudie!) adalah mahal lebih 2 kali ganda dari reconstitute jus. Biasanya ia AUD5-6 untuk 2 liter sementara reconstitue juice hanyalah AUD2-3 untuk kuantiti yang sama. Melalui pembacaan oleh suami saya, terdapat 2 jenis juicer yang umum iaitu cold pressed juicer dan centrifugal juicer. Terdapat beberapa perbezaan diantara keduanya. Antaranya ialah dari segi ketahanan zat vitamin kerana kebanyakan centrifugal juicer menggunakan sehingga 30 000 rpm yang mana akan menyebabkan kepanasan lalu boleh menghilangkan zat-zat tersebut manakala cold pressed juicer hanya menggunakan sehingga 200 rpm sahaja.
Cold pressed juicer |
Centrifugal juicer |
Bagi saya untuk jangka masa panjang lebih jimat membeli juicer berbanding daripada membeli jus di luar. Juicer oscar neo juga boleh digunakan untuk mengekstrak tumbuhan hijau serta herba dengan minimum waste. Untuk pengetahuan juga, ia bukan sahaja boleh membuat jus tetapi juga boleh menukar doh menjadi pasta, membuat peanut butter, dip, baby food dan pelbagai makanan lagi. Saya bukan nak promote ya :)
Buah-buahan yang akan dikorbankan |
Buah-buahan tadi dipotong dahulu |
Jus pear serta hampas buah |
Harraz kata suka jus buah anggur |
Jus anggur - Alhamdulillah banyak serta sedap |
Specifications
Model: OSCAR neo
Dimensions: 250mmL x 180mmD x 226mmH
Voltage: 230V / 50Hz (150W power)
Motor: Single-phase Induction
Screw RPM: 63-75
Fuse: T5AL 250VAC
Certified: CE
Warranty: 20 years motor, 5 years parts and labour