Friday, December 21, 2012

Sup ekor kegemaran keluarga

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga amat gemar makan sup ekor. Kebetulan pula di sini mudah sangat nak beli. Pergi sahaja butcher, InsyaAllah ada. Jika masak ekor, sudah tentu saya akan buat sup. Saya mahu kongsikan resepi sup yang selalu saya gunakan iaitu daripada buku Memasak Sehebat Chef daripada Chef Zul dan Chef Dzul (keluaran PTS). Anda boleh gandakan mengikut kuantiti yang ingin dimasak. Sup ekor sedap dimakan bersama dengan nasi putih







Bahan-bahan:-

Bahan A
2 ketul ekor lembu (direbus separuh empuk)
6 cawan air
2 inci halia (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B
5 sudu makan minyak masak
2 biji bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia

Bahan C 
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan air limau nipis
6 biji cili api (diketuk)
Garam secukup rasa

Bahan D 
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun bawang
1/2 cawan daun sup 

Cara-caranya :-

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus sehingga ekor lembu empuk.

2. Tumiskan semua bahan B hingga pecah minyak dan satukan dengan rebusan ekor dan bahan C. Biarkan 10 minit dengan api yang kecil.

3. Angkat dan hidangkan dengan bahan D.


No comments:

Post a Comment