Wednesday, September 26, 2012

Low Countries


Assalamualaikum...

Dah hampir sebulan tak menjenguk blog. Bila pulang ke kampung memang tak cukup masa ke sana ke mari. Kami pula ada masa 2 minggu sahaja sebelum pulang ke Perth. Alhamdulillah sekarang sudah ada di Perth. Jadi saya nak sambung kembali percutian kami di Europe. Selepas Germany kami ke Netherlands pula. Perjalanan bermula dari penginapan kami ke Bonn Central. Kami menaiki train ke Cologne selama 25 minit. Kemudian kami menaiki Ice selama 3 jam ke Amsterdam Central. Dari situ kami berjalan kaki ke hotel kami iaitu Ibis Hotel yang berada di dalam train station tersebut.

Ice sudah sampai

Baru sampai di Amsterdam Central

Senang nak ke mana-mana, lokasi strategik

Hotel Ibis, Jom jadi ahli!

Moh letak beg dulu

Parking basikal di hadapan hotel

Kami pre check-in dahulu dan meninggalkan baggage yang banyak dan berjalan di sekeliling city. Pada mulanya kami ingin mengikut tour selama 3 jam tetapi disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu kami mengambil keputusan untuk berjalan sendiri menaiki canal cruise yang berkonsepkan hop on, hop off. Boleh berhenti di mana-mana hentian dan pulang mengikut jadual yang ditetapkan. Kami memilih Lovers Canal Cruise dengan bayaran Euro16 seorang.


Berhadapan dengan Amsterdam Central

Lovers Canal Cruise

Dalam Lovers Canal Cruise

Antara pemandangan sepanjang laluan cruise

Salah satu tempat berhenti

Di akhir-akhir perjalanan, kami agak penat dan mengantuk. Selepas selesai, kami masuk ke bilik dan berehat sehingga jam 9 malam, baru keluar untuk makan malam. Suami saya ada survey Restoren KFC yang berdekatan mempunyai sijil halal. Lebih kurang 15 minit berjalan kaki kami sampai dan makan sehingga kenyang. Keesokan harinya, perjalanan bermula pagi-pagi lagi iaitu jam 8.45 pagi di mana kami perlu menunggu tour guide di Hotel Barbizone - 5 minit perjalanan dari hotel kami. Setelah membeli sarapan dan kudapan tengahari, kami ke hotel tersebut.


Makan malam kami

Sarapan kopi dulu

Bas sudah sampai

Tour kami bermula jam 9.30 pagi setelah beberapa penumpang lain di ambil mengikut stesen yang ditetapkan. Tempat yang dilawati ialah tempat membuat clog, cheese factory dan wind mill yang sangat famous di Belanda walaupun sebenarnya ia berasal dari Persia, Iran. Kami juga melawat dike yang dibuat oleh kerajaan Dutch untuk create lebih banyak tanah kerana diketahui bahawa Netherlands merupakan negara yang 60% area terletak di bawah paras laut. Netherlands juga bermaksud Low Countries.


Clog boleh didapati dengan pelbagai corak

Rambang mata memilih

Demo bagaimana clog dibuat

Clog sedia untuk dijual

Penerangan tentang bagaimana cheese dibuat

Salah satu cheese yang sudah berusia setahun rasanya

Pelbagai jenis cheese

Wind Mill

Salah satu kegunaannya ialah membuat serbuk pewarna

Bahagian tengah wind mill

Dike - angin sangat kuat

Semuanya ditambak menjadi daratan

Selepas itu kami ke Adam iaitu Summer Housing Area untuk orang kaya yang membina rumah-rumah mereka untuk diduduki ketika musim panas. Berdekatan dengan Adam ialah Volendum yang suatu ketika dulu ialah kampung nelayan. Tetapi setelah dike dibuat, ia menjadi tempat pelancongan bagi mencari sumber kewangan yang lain. Apa yang unik di sini ialah, setiap rumah di sini mempunyai bentuk langsir yang berbeza antara satu sama lain. Dari Volendum kami diberi masa sehingga jam 4.00 petang untuk menaiki bot ke Marken dan bas kami juga sudah menunggu di sana.


Salah satu rumah di Volendum 

Corak langsir berlainan setiap rumah

Corak langsir berlainan setiap rumah

Corak langsir berlainan setiap rumah

Cantik dan menarik

Lunch fish and chips

Salah satu rumah musim panas di Adam

Ada juga canal

Adam

Naik bot ke Marken

Dah sampai Marken

Kawasan perumahan di Marken

Marken

Perjalanan belum habis lagi kerana kami akan ke London menaiki STENALINE malam ini....






Tuesday, September 25, 2012

Creamy Mushroom

Assalamualaikum...

Dah sebulan saya tidak berpeluang menaip. Hari ini saya lihat ada beberapa entry yang belum saya postkan. salah satunya resepi Creamy Mushroom yang saya suka. Suami saya ada membeli cendawan untuk masak sayur campur. Nak dipendekkan cerita, saya terlupa langsung nak letak. Jadi memang cendawan langsung tidak terusik. Saya mula mencari idea untuk masak cendawan kerana cendawan pun sudah comot. Lihat dulu apa yang ada dalam peti ais dan akhirnya....creamy mushroom.


Mudah, cepat dan menyelerakan ketika musim sejuk


Bahan-bahan :-

Anggaran untuk 2 orang

100gm field cendawan
2-3 ulas bawang putih (diketuk)
sedikit serbuk oregano
sedikit minyak zaitun
daun parsley - ikut selera masing-masing
Thickened cream - ikut selera masing-masing
garam
beberapa titis perahan lemon

Cara-caranya :-

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan oregano sehingga berbau.
2. Masukkan cendawan. Kacau beberapa minit.
3. Masukkan thickened cream, parsley, garam dan perahan lemon dan masak sehingga agak pekat.