Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Tuesday, August 26, 2014

Anak-anak genap 6 dan 3 tahun.

Assalamualaikum...

Tanggal 16 dan 18 Januari yang lalu, saya ada membuat 2 biji kek sempena menyambut hari kelahiran anak-anak. Walaupun sudah lewat untuk saya masukkan, tetapi memori itu tetap segar :) . Alhamdulillah untuk Ahmad Harraz saya buat buat cheesecake (saya akan cuba upload gambar kek Harraz) manakala Ahmad Zaki saya buatkan very rich and moist chocolate cake! Kami ada mengadakan majlis kecil-kecilan untuk anak-anak. Jemputan kepada rakan-rakan terdekat sahaja. InsyaAllah jika ada peluang dan ruang, saya boleh kongsikan. 

Ahmad Harraz dan Ahmad Zaki, semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan tubuh badan yang baik supaya dapat beramal kebajikan, jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan bijak pandai, murahkan rezeki mereka, hiasi diri mereka dengan sifat-sifat mahmudah, lancarkan lidah mereka dengan bacaan Al-Quran... Ameen...



                                      



                                     



                                     
                                                               Abi tolong potongkan





Tuesday, December 25, 2012

Membawa anak-anak ke Jungle Gym

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas menghayati kehidupan ini. Jika ikut ramalan cuaca hari ini, suhu akan menjangkau sehingga 39 darjah celcius. Minggu ini juga ada 2 hari suhu akan menjangkau 40 darjah celcius. Bila suhu panas, alamatnya duduk di dalam rumah adalah yang terbaik. Berbalik kepada hari Rabu yang lepas, saya berpeluang membawa anak-anak ke Jungle Gym bersama kawan saya Mazia dan anaknya Maryam. Kali pertama saya pergi ialah ketika menyambut hari kelahiran Syifaa Rania, 2 tahun lepas.

Jarak dari rumah saya dengan Jungle Gym tidaklah jauh. Tak sampai 10 minit jika menaiki kereta. Kereta saya (suami baru belikan) tidak mempunyai GPS menyebabkan saya meminta Mazia datang ke rumah saya dahulu dan saya ikut dari belakang. Bayaran sebanyak AUD6 dikenakan selama 2 jam iaitu bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka memandangkan cuti sekolah baru bermula. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati kerana dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang menarik. Ada 3 keping gambar, ihsan dari Mazia kerana saya tak berpeluang untuk mengambil gambar anak-anak.



Suka sangat bergayut dekat tali tu

Zaki yang aktif mencuba semua benda

Harraz dan Maryam turun slide

Friday, December 21, 2012

Hari terakhir Harraz di kindy

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu kita lagi pada hari yang penuh barakah ini. Penghulu segala hari. Semoga hari ini kita gunakan dengan sebaiknya dan banyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW. Alhamdulillah sudah setahun Ahmad Harraz di kindy. Tahun depan Harraz akan memasuki pre-primary yang mana sekolah akan diadakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Kiranya di sini cepat setahun. Jika di Malaysia umur 7 tahun baru darjah 1 tetapi di sini sudah darjah 2.

Tidak seperti di kebanyakan kindy lain ada diadakan majlis dan sebagainya, tetapi di kelas Harraz cikgu hanya buat majlis kecil-kecilan di akhir persekolahan. Buat bulatan dan panggil seorang demi seorang untuk penyampaian sijil. Ibu bapa dijemput untuk hadir di majlis tersebut. Sebelum itu diadakan jamuan kecil-kecilan. Bagi murid lelaki dikehendaki membawa makanan masin manakala makanan manis untuk murid perempuan. Saya bekalkan Harraz dengan sushi, cheese brownies dan chicken crackels. Kelam kabut juga hari itu. Rasanya saya yang paling lewat sekali sampai. Alhamdulillah segalanya selesai.

Moga menjadi memori untuk tatapan Harraz dan Zaki nanti.


Sushi dan cheese brownies

Hasil kerja Harraz selama 4 semester

Harraz dan Yasmin di hadapan sekolah

Wish happy birthday pada Rubern

Harraz sebelah Lokeya ( tudung biru)

Menerima sijil dari Miss Bennet dan Mrs Singh

Ahmad Zaki pun ada!

Dapat pokok juga

Simple!

Seronoknya!



Thursday, October 18, 2012

Surprise! Grass Hair Cut

Assalamualaikum...

Petang tadi, sekembali Harraz dari sekolah terus dia kata, "teacher said to cut grass hair". Saya yang tidak tahu apa-apa dan tanpa melihat Harraz lagi hairan mendengarnya. Bila saya lihat, ada pokok kecil dia bawa dan memang patut la kena potong kerana sudah tidak terurus. Aktiviti ini mungkin sebelum cuti sekolah dua minggu lepas. InsyaAllah nanti ummi tolong trim dan touch-up sikit.


Ini pokok saya

Tak sabar-sabar nak gunting

ainullnajhwar
Jenuh fikir nak gunting macam mana lagi


Tuesday, October 9, 2012

Anak-anak rindu kampung halaman

Assalamualaikum...

Saya ingin bercerita tentang pengalaman anak-anak ketika pulang ke Malaysia baru-baru ini. Walaupun sebenarnya Harraz memang tidak mahu pulang ke Malaysia pada awalnya. Jauh di sudut hati, saya sayu bila anak-anak sedang membesar jarang bertemu opah dan atok serta kurang pengalaman berada di kampung. Sebelum ini, kali terakhir kami pulang, Harraz kurang mengerti kehadiran opah, atok, mak dan bapa saudara serta sepupunya.

Alhamdulillah, tahun ini Harraz enjoy berada bersama opah, atok serta sepupunya walaupun pada mulanya masam, diam dan kurang bergaul. Baru nak menyesuaikan diri. Tak mahu makan, kurang bercakap adalah antara simptom-simptomnya. Sekarang ini, bila sudah pulang ke Perth, masih lagi ajak ummi dan abi pulang ke Malaysia. InsyaAllah, nanti kita pulang ye Harraz :)


Raya Pertama : Keluarga besar saya bersama opah. (Rumah opah)

Raya ke-2 : Asyfa, ibu dan mak long

Raye Pertama : Akmal, Muhsin dan Yan 

Raya Pertama : Rumah Taiping - Harraz bersama sepupu.

Raya Pertama : Mama bersama cucu terbaru, Faiqah

Raya Pertama : Keluarga besar Taiping

Raya Pertama : Keluarga besar Taiping 

Raya Pertama : Kami bersama mama abah

Harraz bersama favourite uncle

Atok nak ajar cara-cara memetik mempelam

Lulus dah tu

Harraz di rumah atok Bota

Pak Lang bersama Harraz

Kelas seni bersama maksu

Gunting elok-elok

Maksu dan Zaki semasa birthday opah

Suka atok tengok cucu main ye

Kena ke tak tu

Main la apa-apa pun

Bersama opah atok di Pullman Putrajaya

Bersama opah atok, makan malam di Hotel Taiping Perdana

Maksu kesayangan 


Tuesday, August 7, 2012

Library dan Open Day @ Curtin Uni...

Assalamualaikum...

Ahad yang lalu saya berkesempatan membawa anak-anak ke perpustakaan Curtin dan juga Open Day Curtin University. Sebenarnya memang tidak merancang, saya ingat nak bawa anak-anak ke swap market. Saya menghantar suami ke uni dan tiba-tiba ada idea melihat kepada keadaan cuaca yang kurang menentu dan suami terus call kawan yang bekerja part time sebagai pustakawan di situ iaitu Shah (suami kepada Kak Rozie) merangkap jiran rumah kami untuk bertanyakan beberapa perkara. Kami menunggu di luar perpustakaan hampir 15 minit juga kerana ia dibuka jam 9.00 pagi.

Jika membawa anak-anak, anda boleh ke tingkat 5. Terdapat banyak alat bantu yang sesuai untuk kanak-kanak dan anda boleh duduk di dalam bilik yang disediakan atau boleh juga untuk pinjaman. Hampir sejam juga saya melayan anak-anak. Selepas itu saya ke Open Day Curtin. Jenuh juga pusing sana-sini mencari parking. Bila membawa 2 orang heroes, pancit juga dibuatnya. Terpaksa pulang awal dan sedih juga kerana ada beberapa benda yang sesuai untuk Ahmad Harraz saya tidak pergi seperti di Fun Zone.

Alhamdulillah, masa anak-anak terisi juga.


Harraz bersama puppet Red Chicken 

Semua Zaki nak angkat

Abang nak, adik nak

Push Zaki dan Harraz boleh jalan sendiri

Terus nak bergambar dengan Talking Lamp

Makcik origami

Harraz dan Didi - thanks Amin :)

Seronok dapat belon then belon terlepas - thanks Amin

Ambil di booth Curtin Security - thanks Amin

Kakak-kakak yang tidak jemu melayan anak-anak - thanks Amin

Cuba cari di mana SAYA? - thanks Amin