Thursday, December 27, 2012

Juicer Oscar Neo in the house

Assalamualaikum...

Alhamdulillah beberapa hari yang lalu, suami saya telah membeli juicer untuk kegunaan kami. Suami saya berhajat untuk membelinya kerana kami sekeluarga gemar minum jus yang 100% squeeze, dan ini adalah berbeza dengan reconstitute jus. Secara asasnya, reconstitute jus adalah jus yang telah dikondensasi di kilang buah untuk memudahkan proses pengangkutan dan seterusnya bila sudah sampai di kilang jus, jus yang dikondensasi tadi (bentuk pepejal) akan dicairkan dengan air. Melalui proses kondensasi ini ia akan menghilangkan zat-zat vitamin kerana itu anda akan selalu perasan di dalam ramuan jus, pengilang akan menambah vitamin C (ascorbic acid) kerana ia telah hilang dalam proses kondensasi tadi.

Tetapi kesukaan kami pada squeeze jus ni ada harganya kerana squeeze jus (contoh di aussie ini brand yang best adalah nudie!) adalah mahal lebih 2 kali ganda dari reconstitute jus. Biasanya ia AUD5-6 untuk 2 liter sementara reconstitue juice hanyalah AUD2-3 untuk kuantiti yang sama. Melalui pembacaan oleh suami saya, terdapat 2 jenis juicer yang umum iaitu cold pressed juicer dan centrifugal juicer. Terdapat beberapa perbezaan diantara keduanya. Antaranya ialah dari segi ketahanan zat vitamin kerana kebanyakan centrifugal juicer menggunakan sehingga 30 000 rpm yang mana akan menyebabkan kepanasan lalu boleh menghilangkan zat-zat tersebut manakala cold pressed juicer hanya menggunakan sehingga 200 rpm sahaja.


Cold pressed juicer


Centrifugal juicer

Bagi saya untuk jangka masa panjang lebih jimat membeli juicer berbanding daripada membeli jus di luar. Juicer oscar neo juga boleh digunakan untuk mengekstrak tumbuhan hijau serta herba dengan minimum waste. Untuk pengetahuan juga, ia bukan sahaja boleh membuat jus tetapi juga boleh menukar doh menjadi pasta, membuat peanut butter, dip, baby food dan pelbagai makanan lagi. Saya bukan nak promote ya :)



Buah-buahan yang akan dikorbankan

Buah-buahan tadi dipotong dahulu

Jus pear serta hampas buah

Harraz kata suka jus buah anggur

Jus anggur - Alhamdulillah banyak serta sedap



Specifications
Model: OSCAR neo
Dimensions: 250mmL x 180mmD x 226mmH
Voltage: 230V / 50Hz (150W power)
Motor: Single-phase Induction
Screw RPM: 63-75
Fuse: T5AL 250VAC
Certified: CE
Warranty: 20 years motor, 5 years parts and labour

Tuesday, December 25, 2012

Cubaan pertama - Stuffed baked potato

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya mencuba lagi resepi baru ilham daripada adik Aleen yang telah membawa pot luck baked potato tempoh hari. Sebelum memasak, saya membuat sedikit research tentang bagaimana  untuk  baked potato dengan cara yang terbaik. Kebetulan pula saya mempunyai simpanan potato yang sangat banyak kerana saya ada membeli 4kg potato dan masih lagi berbaki. 

Apa yang saya faham melalui pembacaan saya, untuk mendapat tekstur yang baik anda perlu mengikuti beberapa langkah iaitu :-

1. memilih potato yang agak besar supaya senang untuk dibelah
2. membasuh kulitnya dengan membuang segala kekotoran kerana kita akan makan kulitnya sekali - pada kulitnya terdapat banyak garam mineral
3. keringkan potato dengan baik
4. buat beberapa lubang dengan menggunakan garpu
5. sapu potato dengan minyak zaitun
6. susun di atas tray dan bakar pada suhu 180 darjah selama 45 minit ke 60 minit

Anda tidak perlu membungkusnya dengan aluminium foil kerana konsepnya akan sama dengan merebus potato yang mana boleh menyebabkan potato tersebut soggy.

Sementara menunggu potato masak, anda boleh menyediakan inti kegemaran anda. Di sini, separuh potato saya menggunakan ikan sardin (ayam brand) dan separuh lagi saya gunakan sosej ayam dan pressed beef. Setelah potato masak, anda biarkan sehingga ia sejuk sedikit. Belah dua potato tersebut dan perisi isinya dan campurkan inti dan masukkan semula. Seoson dengan grated cheese. Bakar semula lebih kurang 15 minit. InsyaAllah rasanya tidak menghampakan.


Sebelum dibakar

Inti sardin

Setelah dibakar

Boleh makan dah :)

Membawa anak-anak ke Jungle Gym

Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya masih lagi diberi peluang untuk bernafas menghayati kehidupan ini. Jika ikut ramalan cuaca hari ini, suhu akan menjangkau sehingga 39 darjah celcius. Minggu ini juga ada 2 hari suhu akan menjangkau 40 darjah celcius. Bila suhu panas, alamatnya duduk di dalam rumah adalah yang terbaik. Berbalik kepada hari Rabu yang lepas, saya berpeluang membawa anak-anak ke Jungle Gym bersama kawan saya Mazia dan anaknya Maryam. Kali pertama saya pergi ialah ketika menyambut hari kelahiran Syifaa Rania, 2 tahun lepas.

Jarak dari rumah saya dengan Jungle Gym tidaklah jauh. Tak sampai 10 minit jika menaiki kereta. Kereta saya (suami baru belikan) tidak mempunyai GPS menyebabkan saya meminta Mazia datang ke rumah saya dahulu dan saya ikut dari belakang. Bayaran sebanyak AUD6 dikenakan selama 2 jam iaitu bermula jam 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka memandangkan cuti sekolah baru bermula. Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati kerana dapat mengisi masa anak-anak dengan aktiviti yang menarik. Ada 3 keping gambar, ihsan dari Mazia kerana saya tak berpeluang untuk mengambil gambar anak-anak.



Suka sangat bergayut dekat tali tu

Zaki yang aktif mencuba semua benda

Harraz dan Maryam turun slide

Friday, December 21, 2012

Slot USRATI di IKIM -Ubat hati penawar jiwa-

Assalamualaikum...

Alhamdulillah setiap hari Jumaat saya cuba memberi masa kepada diri untuk sama-sama mendengar slot kegemaran saya di IKIM iaitu Slot Usrati bersama dengan Ustazah Norhafizah Musa. Bukan saya tidak mendengar slot yang lain tetapi tetapi slot ini sangat dekat pada diri saya yang serba kekurangan untuk menjadi yang terbaik kepada seorang suami, anak, ibu bapa dan orang disekeliling kita. Bagaimana kita mahu mendidik anak-anak kita yang kita harapkan sebagai seorang yang soleh andaikata kita dirumah sewaktu mereka kecil kita didik dengan kasar, acuh tidak acuh, makanan tidak menentu, solat juga kita lewat, pakaian kita tidak sempurna???

Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membesarkan anak-anak tanpa pengasuh atau orang lain yang menjaga. Tipu kalau saya kata tidak penat, tetapi saya percaya setiap perkara sebesar biji sawi akan tetap dibalas Allah sama ada dengan kebaikan atau keburukan. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bayi bukan dilahirkan terus pandai. Semuanya berlaku melalui proses pembelajaran. Banyak yang saya dapat daripada slot ini. Jadi saya ingin kongsikan slot kali ini yang mana sambungan daripada slot minggu lepas di bawah tajuk :-

10 penawar segera buat hati, penawar jiwa

1. Bangun disaat menjelang fajar untuk beristighfar kepada Allah - walaupun kita tak sempat nak bangun qiamullail namun usaha juga untuk bangun mungkin 5 minit sebelum subuh untuk meminta keampunan daripada Allah atas apa jua yang telah kita lakukan.

2. Beri sedikit masa harian untuk bertafakur kepada Allah -  mungkin selepas maghrib untuk kita muhasabah diri kita.

3. Menjalin hubungan dengan orang soleh - menjadi penawar yang sangat baik. Walaupun kita kadang-kadang tidak kenal dengan Ulama' tersebut tetapi bila pandang mukanya, sejuk rasa hati. Begitu juga kita boleh lihat telefon kita ada tak nombor telefon mereka (ustaz/ustazah)? mungkin yang banyak nombor telefon Kak Timah kuih tat ke, kak itu tupperware ke? Semuanya benda dunia. (SANGAT TERKENA PADA DIRI)

4. Sehelai muka surat Al Quran sehari untuk kita bertadabbur - Jika tak boleh sehelai, 2 ayat pun boleh sudah cukup. Ingat, bukan membaca sahaja tetapi memahami makna setiap bait ayat.

-akan bersambung-


Ku ingin menjadi bunga yang cantik di pandang, wangi ketika dicium, indah ketika suram....
 

Mee rebus ZZ sup tulang untuk adik-adik...

Assalamualaikum...

Beberapa minggu yang lepas, saya ada menjemput adik-adik tahun akhir seramai 4 orang untuk makan petang. Namun begitu, Iman (bakal bergelar dietitian) masih lagi ada belum balik dari hospital menyebabkan saya tunda ke malam hari. Saya tumpang gembira untuk adik-adik ini kerana telah berjaya menghabiskan degree mereka. Semoga kalian bisa menempuh masa akan datang. Maka suami saya mencadangkan agar saya masak mee rebus ZZ sup tulang yang sangat popular. Jika kami di JB dahulu, memang selalu sangat berkunjung ke restoren ini tetapi saya tak pernah pula mencuba menu ini.

Suami terus bagi link dari Kak Azlita Masam Manis. Alhamdulillah, ini kali pertama saya masak dan rasanya  tidak menghampakan. Terima kasih buat kak ita yang rajin menyalin resepi begitu juga dengan tuan empunya resepi yang sanggup berkongsi. Dalam resepi ini saya tidak menggunakan cili kering kerana cili yang saya beli sangat pedas tetapi saya menggunakan sos namprik pau yang biasa digunakan dalam masakan Thai untuk memberikan warna merah (anak-anak tak makan pedas). Bahan-bahan seperti sayur taugeh juga saya tiada dan ganti dengan apa yang ada dalam peti ais sahaja.


Kuah mee rebus, buah-buahan dan  kuih tepung talam

Baru siap menghidang setelah adik-adik datang

Aleen dan Didi yang bakal bergelar ahli farmasi

Zack (bakal ahli farmasi) dan Iman (bakal pakar pemakanan) melayan Harraz dan Zaki

Stuffed baked potato - Aleen bawa - sangat sedap!


Durian - durian crepe dan kuah durian

Assalamualaikum...

Sejak durian crepe ini popular, saya juga tertarik untuk buat memandangkan saya seorang penggemar tegar durian. Memandangakn di sini durian agak mahal, jadi setiap kali buat tidaklah banyak. 400gm durian tanpa biji saya beli dengan harga AUD7.60. Saya menggunakan bancuhan yang menggunakan 5 jenis tepung. Alhamdulillah sangat sedap. 400gm durian saya boleh dapat sebanyak 16 keping durian crepe. Suami dan anak-anak sangat sukakannya. Saya baru buat 3 bancuhan sahaja setakat ini iaitu 600gm isi durian. Lagi 200gm saya buat kuah durian makan dengan roti jala.


Kali pertama mencuba

Kali kedua warna hijau - bekalkan pada ustazah Harraz

Adik saya buat dan jual juga

Kuah durian serta roti jala mini untuk anak-anak





Sup ekor kegemaran keluarga

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga amat gemar makan sup ekor. Kebetulan pula di sini mudah sangat nak beli. Pergi sahaja butcher, InsyaAllah ada. Jika masak ekor, sudah tentu saya akan buat sup. Saya mahu kongsikan resepi sup yang selalu saya gunakan iaitu daripada buku Memasak Sehebat Chef daripada Chef Zul dan Chef Dzul (keluaran PTS). Anda boleh gandakan mengikut kuantiti yang ingin dimasak. Sup ekor sedap dimakan bersama dengan nasi putih







Bahan-bahan:-

Bahan A
2 ketul ekor lembu (direbus separuh empuk)
6 cawan air
2 inci halia (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 kuntum bunga lawang
1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan B
5 sudu makan minyak masak
2 biji bawang merah (dimayang)
4 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia

Bahan C 
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan air limau nipis
6 biji cili api (diketuk)
Garam secukup rasa

Bahan D 
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun bawang
1/2 cawan daun sup 

Cara-caranya :-

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk dan rebus sehingga ekor lembu empuk.

2. Tumiskan semua bahan B hingga pecah minyak dan satukan dengan rebusan ekor dan bahan C. Biarkan 10 minit dengan api yang kecil.

3. Angkat dan hidangkan dengan bahan D.


Hari terakhir Harraz di kindy

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu kita lagi pada hari yang penuh barakah ini. Penghulu segala hari. Semoga hari ini kita gunakan dengan sebaiknya dan banyakkan selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW. Alhamdulillah sudah setahun Ahmad Harraz di kindy. Tahun depan Harraz akan memasuki pre-primary yang mana sekolah akan diadakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Kiranya di sini cepat setahun. Jika di Malaysia umur 7 tahun baru darjah 1 tetapi di sini sudah darjah 2.

Tidak seperti di kebanyakan kindy lain ada diadakan majlis dan sebagainya, tetapi di kelas Harraz cikgu hanya buat majlis kecil-kecilan di akhir persekolahan. Buat bulatan dan panggil seorang demi seorang untuk penyampaian sijil. Ibu bapa dijemput untuk hadir di majlis tersebut. Sebelum itu diadakan jamuan kecil-kecilan. Bagi murid lelaki dikehendaki membawa makanan masin manakala makanan manis untuk murid perempuan. Saya bekalkan Harraz dengan sushi, cheese brownies dan chicken crackels. Kelam kabut juga hari itu. Rasanya saya yang paling lewat sekali sampai. Alhamdulillah segalanya selesai.

Moga menjadi memori untuk tatapan Harraz dan Zaki nanti.


Sushi dan cheese brownies

Hasil kerja Harraz selama 4 semester

Harraz dan Yasmin di hadapan sekolah

Wish happy birthday pada Rubern

Harraz sebelah Lokeya ( tudung biru)

Menerima sijil dari Miss Bennet dan Mrs Singh

Ahmad Zaki pun ada!

Dapat pokok juga

Simple!

Seronoknya!



Saturday, December 15, 2012

Thai Beef Salad...

Assalamualaikum...

Saya suka mencuba masakan baru. Kali ini saya mencuba resepi yang saya ambil dari  (taste.com). Sememangnya kami penggemar masakan Thai. Alhamdulillah bahan-bahannya walaupun nampak banyak tetapi mudah untuk disediakan. Suami saya tak habis-habis memuji :) Sebenarnya kuantiti ini tidak cukup untuk kami. Anda boleh gandakan seberapa banyak yang anda mahu. Rasanya sangat segar!


Resepi ini sangat sedap bagi mereka penggemar masakan Thai

Ingredients :-

1 1/2 tbs fresh lime juice
1 tbs finely chopped dark palm sugar
1 tbs fish sauce
2 tsp sesame oil
1 tsp soy sauce
2 tsp finely grated fresh ginger
1 garlic clove, crushed
1 (about 680g) beef rump steak
1 x 200g pkt grape tomatoes, halved
1 continental cucumber, halved lengthways, thinly sliced diagonally
1 red onion, halved, cut into thin wedges
2 long fresh red chillies, halved, deseeded, thinly sliced lengthways
1 bunch fresh mint, leaves picked, large leaves torn
1 bunch fresh coriander, leaves picked
1 bunch fresh Thai basil, leaves picked, large leaves torn
55g (1/3 cup) toasted peanuts, coarsely chopped
4 kaffir lime leaves, centre veins removed, finely shredded



1. Whisk together lime juice, palm sugar, fish sauce, sesame oil, soy sauce, ginger and garlic in a jug. Place the steak in a glass or ceramic dish. Drizzle with half the dressing. Cover with plastic wrap and place in the fridge, turning occasionally, for 2 hours to develop the flavours.

2. Preheat a barbecue grill or chargrill pan on high. Cook steak on grill for 2-3 minutes each side for medium or until cooked to your liking. Transfer to a plate. Cover with foil and set aside for 10 minutes to rest.

3.Place the tomato, cucumber, onion, chilli, mint, coriander, basil, peanuts and lime leaves in a large bowl. Thinly slice steak across the grain and add to the salad. Drizzle with remaining dressing and gently toss to combine. Divide salad among bowls and serve immediately.


Tuesday, December 11, 2012

Carrot Raisin Cake with Cream Cheese Frosting

Assalamualaikum...

Sempena jemputan makan malam adik-adik undergrad yang lepas, saya membuat sebiji karot kek. Bagi saya resepi ini sangat sedap. Saya dapat resepi ini dari mama. Mama kata dia ambil dari kakak ipar saya. Panjang pula ceritanya. Resepi ini saya dapat hanya kek semata-mata. Hiasan saya guna resepi lain. Saya menggantikan kacang instead of walnut kerana ketiadaan walnut. Anda boleh menghias kek dengan lebih menarik lagi kerana saya memang kurang berbakat walaupun nak kata alatannya yang saya guna macam lengkap je :)


Selamat Bercuti buat warga Curtin

Macam-macam ukiran saya tampal

Ingredients :-

150gm carrot (grated)
1 tbs lemon zest
30gm raisin
30gm black raisin
3 tbs orange juice
185gm butter
160gm brown sugar
4 eggs (separated)
20gm caster sugar
1 tsp vanilla essence

Dry ingredients (Siff together) :-

185 gm plain flour
3/4 tsp baking powder
1/4 tsp bicarb soda
45gm chopped walnut


1. Grease sides and line base of 19cm cake tin. Soak raisin in orange juice.
2. Cream butter and sugar. Beat in egg yolks 2 at a time. Beating well. Add vanilla essence.
3. Whisk egg whites until foamy. Add caster sugar and continue whisk.
4. Stir carrot and lemon. Add raisin. Slowly fold in egg whites followed by dry ingredients. Add walnut.
5. Baked for 180 degree Celsius about 55 to 60 minutes. 

Bakar satay bersama opah dan atok...

Assalamualaikum...

Sejak saya mula boleh membuat satay sendiri beberapa tahun lalu, saya kurang berminat dengan satay yang lain. Tetapi jika ada orang belanja atau kempunan sangat nak makan segera - saya tidak menolak untuk menerima serta membeli. Bila buat satay sendiri, kita boleh memilih bahagian mana yang kita suka serta memilih daging atau ayam atau kambing. Atau masak ketiga-tiganya.

Bahagian yang saya guna untk membuat satay ialah bahagian thigh ayam yang sangat juicy. Kalau boleh biar perap semalaman. Kali ini saya melakukan aktiviti ini bersama ibu dan ayah. Sudah tentu saya ingin memperkenalkan bisnes terbaru saya hehe. Najhwar Satay :) Ibu dan ayah kata boleh buka bisnes dah... Sebenarnya resepi satay ini saya alter sendiri. Main ikut sedap sahaja. Begitu juga dengan kuah satay. Ada seorang adik di sini yang memang anak tauke satay telah memberi resepi. Cuma saya tak boleh nak follow sebab ada beberapa bahan yang tiada. Saya main letak apa yang ada dalam gerobok. Setakat ini, beberapa kali buat rasanya konsisten :)


Sedia untuk dibakar

Atok nak mebakar, mula sibuk si dia

Anak-anak jarang makan tembikai, sekali makan nak banyak

Gambar satay yang sudah dimasak tiada kerana memang tak ingat lain dah bila makan

Makan petang yang kenyang dan cuaca yang sejuk-sejuk anginnya, Alhamdulillah

Ahmad Zaki dengan aktivitinya (gambar opah dan ummi tiada)



Cotton Soft Japanese Cheesecake..

Assalamualaikum...

Saya sangat sukakan cheesecake. Beberapa minggu lepas, saya cuba membuat Cotton Soft Japanese Cheesecake untuk tetamu kami yang datang jauh dari Tasmania. Alhamdulillah cubaan pertama yang baik. Ya, sangat sedap sekali kek ini. Tak rugi kalau buat. Saya ambil resepi dari  Kak Izah Muffin Lover. InsyaAllah saya akan buat kali kedua dan seterusnya kerana peminat setia menunggu di rumah :)

Alhamdulillah saya juga sudah selesaikan masalah album picasa saya. Boleh upload kembali gambar. Terima kasih atas rujukan qaseyhoney.



Topping saya letak jem blueberry yang dicampur dengan gelatin


Pasti tidak menghampakan

Sarapan Churros...



Assalamualaikum...

Alhamdulillah saya masih lagi diberi nafas oleh Allah untuk meneruskan rutin seharian. Buat pengetahuan, album picasa saya sudah penuh. Saya baru membaca cara-cara untuk menambahkannya kembali tanpa bayaran. Banyak langkah-langkah yang perlu difahami. Masalah ini juga menyebabkan saya malas sangat nak buka blog. Post kali ini saya memang sudah lama letakkan sebagai draft dan sudah dimasukkan gambar.

Ya, saya peminat churro. Walaupun beberapa kali saya buat, memang tak pernah sama dengai kedai churro di sini. Cuma kali ini resepinya bolehlah untuk menghilangkan kempunan makan. Mudah dan cepat untuk disiapkan. Suami dan anak-anak juga suka. Tak pernah tak habis kalau buat. Cuma enak dimakan ketika panas dan boleh dimakan bersama coklat.



Churros sebelum digoreng

Ready to eat


Thursday, November 29, 2012

Keluarga bercuti di Perth

Assalamualaikum...

Hampir sebulan saya tidak menulis. Jadual saya penuh ditambah pula rasa malas untuk menulis menyebabkan  saya kurang menjenguk blog ini. Alhamdulillah, ibu dan ayah baru 2 hari lepas pulang ke kampung setelah 2 minggu bersama kami di sini. Adik-adik saya pula pulang awal seminggu. Segala perancangan berjalan dengan baik. Kehadiran mereka bermula pada petang ahad, 11 November. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang mereka berada di sini. Kali pertama keluarga saya datang ialah 2 tahun yang lalu. Cuma kali ini adik ipar dan anak saudara saya - kali pertama datang. Saya dan suami telah mengatur beberapa perancangan seperti membawa mereka ke Albany dan Margaret River - melihat suasana outback di sini.

Ibu dan ayah sempat 2 kali ke Sunday Market dan rezeki ibu saya kerana saya memang ada hasrat nak membawa ibu ke Baby and Kids Market di Belmont. Maksudnya Ahad yang lalu seawal jam 7.30 pagi kami ke Sunday Market di Maddington kemudian ke Belmont pula. Sampai di rumah jam 12 tengahari. Apa yang istimewa sangat Sunday Market dan Baby and Kids Market ini? Barang-barangnya semurah 10 sen dan boleh dapat yang masih bagus lagi dan ada yang baru. Seronok opah dan atok membeli barang. Alhamdulillah, anak-anak sangat gembira dengan kehadiran mereka dan terubat rindu :)




Wednesday, October 31, 2012

How much I love Avocado or Alligator pear!

Assalamualaikum...

Rich in monounsaturated oil, the same heart-friendly fat found in olive oil and have more soluble fibre than most other fruit


Today i want to write about one of my favourite fruit, avocado or known as alligator pear because of the shape and rough skin. Although it is often mistaken for a vegetable, the avocado is a fruit - the reproductive part of the plan. The avocado contains approximately 700 kilojoules in an 80gm serving, and it has more kilojoules and fat than other fruit. However, because most of the fat in avocados is monounsaturated, it does not raise blood cholesterol levels, unlike the saturated oil that comes from palms and a number of other tropical plants. May be durian? Oh, my favourite too! Hehe

So, we have a choice! We can reduce our kilojoule intake by using avocado rather than butter or margerine on our sandwiches. 1 tablespoon of avocado has 170 kilojoules compared with 600 kilojoules in 1 tablespoon of butter or margerine. Avocados are rich in two phytochemicals : beta-sitosterol, an important phytochemical linked with lower cholesterol and glutathione - an antioxidant that may offer protection several cancers. They start to ripen only after being cut from tree. Mature fruit can be left on the tree for 6 months without spoiling. Avocado is suitable for infants from 6 months of age.


Benefits
A good source of vitamin C, E and B6, pottasium and dietry fibre
Useful amounts of iron, magnesium and folate

Drawbacks
High kilojoules, with 85% coming from fat



This is what i love most - avocado with honey and evaporated milk

-Foods that harm, foods that heal-