Wednesday, October 3, 2012

Mee Kuah Mamak - Versi Najhwar.

Assalamualaikum...

Saya kenal mee kuah mamak ini dari Kak Tina, my ex-boss. Kak Tina berasal dari Singapore tetapi menetap di sini. Beliau ada kedai makan iaitu Tina's Kitchen. Sudah tentu makanannya citarasa Singapore. Ini website kedai beliau, http://tinaskitchen.com.au/ . Setiap kali kami ke kedai Kak Tina, saya dan suami wajib order mee kuah mamak ini. Sedap dan murah. Semalam, saya cuba buat pula versi saya sendiri kerana bahan-bahan pun ada di dalam peti. Ada resepi yang menggunakan rempah khas untuk mee kuah mamak. Saya tak guna di sini. Mungkin guna rempah lagi sedap.

Saya tidak pandai untuk memberi kuantiti yang betul dalam masakan, gunakan tips saya ini jika ianya boleh membantu :-

1. Jika mahukan kuah manis dan sedikit pekat, lebihkan bawang yang sudah dikisar.
2. Jika mahukan kuah pedas, lebihkan cili kisar.
3. Jika mahukan masam, lebihkan tomato.
4. Garam dan gula ikut citarasa.


Bahan-bahan : 

Anggaran 2-3 orang makan :

1/4 bunga kobis
2 batang putik jagung
2 biji tomato - saya guna 
1 - 2 batang celery
Saya tambah salad hijau tetapi anda boleh tambah jika ada sawi
Bawang kisar
Cili kisar
Sedikit sos tomato
Sedikit sos cili
Sedikit bawang goreng, cili masak - untuk hiasan
Telur mata kerbau
Bahan yang penting ialah - rebusan tulang lembu (rebus bersama halia dan serai)


Cara-cara :

1. Tumiskan bawang dan cili kisar sehingga agak garing.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato mengikut citarasa sendiri.
3. Masukkan air rebusan tulang. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan sayur-sayuran mengikut kesesuaian supaya tidak cepat layu.
5. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa.
6. Pekatkan kuah dengan tepung jagung.
7. Masukkan mee ke dalam mangkuk dan siram dengan kuah.



Sayur yang siap dipotong

Air rebusan tulang

Sos yang digunakan

Saya guna bawang besar

Untuk suami

Untuk saya

Kuning telur yang sayang nak makan :)



No comments:

Post a Comment