Lama sungguh blog ini saya tak jenguk. Berhabuk, bersawang sana sini. Mutakhir ini saya memang tidak berkesempatan untuk menulis. Awal februari lepas, kami ke Melbourne selama 2 minggu menemani suami mengutip data di Philip Island. Seterusnya bila pulang ke rumah macam-macam lagi kerja nak buat. Malam sudah penat walaupun itulah masa terbaik untuk mengadap laptop.
Tree Top Walk
Baiklah, saya sambung perjalanan kita sebelum sampai di Albany. Kalian boleh melawat Valley of the Giants Tree Top Walk di mana banyak aktiviti boleh dilakukan. Rasailah pengalaman berjalan setinggi 40 meter diantara kanopi pokok-pokok yang tinggi dan besar dan ada di antara pokok-pokok tersebut yang hanya terdapat di sini sahaja. Ada diantara pokok yang umurnya lebih 400 tahun. Ciptaan Allah itu menakjubkan bukan? Sudah tentu!!! Jika anda gayat orangnya, memang saya tidak galakkan
Albany
Alhamdulillah sampai juga kita ke destinasi terakhir iaitu Albany. Banyak tempat menarik yang boleh kita lawati di sini dan jarakpun tidak jauh antara satu sama lain. Bagi saya keistimewaannya terletak pada kecantikan dan kedamaian pemandangannya. Walaupun perjalanan agak jauh, insyaAllah pasti berbaloi. Biarlah berjalan sambil melihat keagungan kejadian Allah, pasti tidak rugi. Di Albany, kalian boleh melawat Albany Wind Farm yang terletak 80m above Southern Ocean, The Gap and Natural Bridge, Dog Rock serta pemandangan yang sangat cantik. Keupayaan 12 kincir angin di Albany membantu dalam membekalkan 80% tenaga elektrik yang diperlukan di Albany.
Tidak perlu khuatir dengan tempat penginapan kerana sepanjang perjalanan terdapat banyak tempat untuk disewa. Sama ada boleh menyewa motorhome, camping site, motel, apartment dan sebagainya asalkan cukup ONGKOSNYA!
No comments:
Post a Comment