Wednesday, January 25, 2012

Bertambah umur anak-anak..

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, genap umur Ahmad Harraz 4 tahun (16 Jan) dan Ahmad Zaki 1 tahun (18 Jan). Ummilah yang paling excited untuk menyambut hari lahir kalian, seperti ummi excited sewaktu kalian di dalam perut. Kami tidaklah bercadang untuk membuat majlis secara besar-besaran. Cukuplah sekadar ada makanan, kek dan tetamu untuk memeriahkan majlis pada 18 Januari lalu. Seawal dua minggu persiapan dibuat. Sudah pasti sayalah yang paling sibuk pilih menu, tempat, itu dan ini. Suami hanya mengikut sahaja kerana banyak lagi benda penting yang lebih penting untuk difikirkan....


Terima kasih buat teman-teman yang hadir walaupun ada yang berkerja dan cuaca yang panas berserta 'potluck' yang bermacam-macam. Tidak lupa juga hadiah-hadiah yang diberikan untuk Harraz dan Zaki yang sememangnya kami tidak duga. Kehadiran kalian sudah cukup bermakna. Moga ukhwah yang terbina bertambah erat. Buat anak-anakku, sesungguhnya doa untuk kalian kami tidak pernah lupa. Dengan bertambahnya umur, moga bertambah matang lagi untuk Harraz dan Zaki menjalani kehidupan yang masih jauh...insyaAllah...  






No comments:

Post a Comment