Alhamdulillah, pagi yang indah untuk hari ini. InsyaAllah, ramalan cuaca untuk hari ini di Perth-sunny. Penting untuk kami di sini melihat ramalan cuaca bagi melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar seperti BBQ, jalan-jalan malah shopping juga walaupun sudah pasti Allah jua yang berkuasa menurunkannya.
Hari ini saya sudah ada menu untuk dimasak. Permintaan suami supaya saya masak tom yam seafood yang sangat sedap kerana sudah lama sangat teringin nak makan. InsyaAllah, cukup gula dan garam - sedaplah nanti abang.... Semalam saya masak kambing masak kicap berempah, sotong bercili dan pai tee untuk makan makan malam kami. Sungguh menyelerakan. Lebih berselera lagi bila kita mempunyai teman. Pernah tak kalian tidak berselera makan jika tiada teman di sisi? Tentu sekali saya pernah! Bukan itu sahaja, jika kita makan dalam talam sekalipun secara beramai-ramai, walaupun makanan nampak sedikit insyaAllah akan kenyang juga.
Selain dari itu, bagi saya makan bersama merupakan salah satu cara boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan keluarga. Jangan tunggu makan di hotel sambil mendengar alunan muzik yang romantik, pencahayaan lampu yang redup, ada lilin di tengah meja untuk membina kasih sayang. Binanya dari rumah walaupun kadang-kadang masa nak makan tu la anak nak menangis atau merenget atau bergaduh sekalipun. Hargailah masa kualiti bersama keluarga walaupun seketika cuma.
No comments:
Post a Comment