Assalamualaikum....
Ingatan saya masih dalam bulan Ramadhan walaupun Syawal sudah hampir ke penghujungnya. Nampaknya Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan ke-4 saya di Perth. Walaupun setiap kali datangnya Ramadhan, akan berlaku ketidaksamaan tarikh bermulanya puasa bagi setiap penduduk Muslim di sini, namun ternyata tahun ini terlalu rumit. Ada orang mengambil keputusan untuk mengikut sahaja negara asal, ada yang mahu berpuasa bersama Arab Saudi, ada yang mengikut-ikut tanpa mengetahui sebab musabab dan ada yang berpuasa mengikut kefahaman yang ada. Saya doakan untuk Ramadhan akan datang, biarlah benda sebegini tidak berlaku. Biarlah ada KESATUAN di situ.
Ramdhan hadir dengan harapan dapat melahirkan Muslim yang benar-benar beriman yang benar-benar bertaqwa kepada Allah melalui proses ujian dengan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti makan-minum, hubungan suami isteri dan sebagainya. Sedangkan perkara-perkara halal inipun kita tidak sanggup melakukannya, tentulah kita lebih sanggup tidak melakukan perkara-perkara yang sudah jelas haramnya. Banyak ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan dan tidak lupa melakukan perkara sunat dalam bulan Ramdhan. Bukankah murah rezeki namanya!
Tidak lupa juga kepada mereka yang sering menjamu orang berpuasa. Seingat saya, bulan Ramdhan saya tak perlu masak. Setiap hari ada sahaja jemputan berbuka ditambah pula dengan iftar di surau di mana setiap hari ada. Makanan pun sedap-sedap belaka. Saya akan ingat berbuka puasa di Curtin Musalla bersama-sama adik-adik undergrad serta kawan-kawan postgrad. Murah rezeki.....
No comments:
Post a Comment