Thursday, September 29, 2011

Bagaimana untuk menjadi Ahli Herbalife?

Assalamualaikum....


Di sini saya ingin memberi sedikit panduan kepada mana-mana individu yang berminat menjadi ahli Herbalife. Anda boleh terus mendapat diskaun 25% untuk pesanan yang pertama.


Terdapat 2 cara untuk menjadi ahli :-


1) Secara manual

  • Anda boleh membuat temujanji dengan penaja anda
  • Penaja akan menerangkan tentang Herbalife dan faedah yang boleh kita dapat sekiranya menjadi ahli
  • Mengisi borang dan sediakan salinan kad pengenalan anda bahagian depan dan belakang
  • Bayaran RM98


2) Secara online

Jika anda membeli Pek Bisnes Antarabangsa dari penaja anda,
  • Sila layari myherbalife.com dan klik pada Membuat Permohonan dalam Talian


  • Masukkan maklumat penaja seperti yang diminta serta ID Permohonan dan Kod Dalam Talian yang tertera pada kertas Permohonan yang terdapat di dalam Pek Bisnes Antarabangsa
  • Isikan maklumat peribadi anda, cipta pin kod dan muat turun salinan kad pengenalan anda depan dan belakang dalam format JPEG
  • Klik 'I Agree' setelah membaca 'terms dan regulation'
  • Tahniah! Anda sekarang telah menjadi Ahli Pengedar Herbalife! 
  • Anda boleh print out salinan permohonan dan kad. 
  • Boleh cek email yang anda telah daftarkan dan boleh layari myherbalife.com

Jika anda tidak membeli Pek Bisnes Antarabangsa dari penaja anda,
  • Sila layari myherbalife.com dan klik pada Membuat Permohonan dalam Talian
  • Masukkan maklumat penaja seperti yang diminta 
  • Isikan maklumat peribadi anda, cipta pin kod dan muat turun salinan kad pengenalan anda depan dan belakang dalam format JPEG
  • Klik 'I Agree' setelah membaca 'terms dan regulation'
  • Pilih bahasa Pek Bisnes Antarabangsa dan isikan alamat yang akan dihantar
  • Jelaskan pembayaran sebanyak RM113 dengan memasukkan detail kad kredit anda
  • Tahniah! Anda sekarang telah menjadi Ahli Pengedar Herbalife!
  • Boleh cek email yang anda telah daftarkan dan boleh layari myherbalife.com

Jika anda mempunyai masalah untuk mencari penaja, boleh hubungi 04-33715896 atau email kepada saya.

Telefon - pengubat rindu

Assalamualaikum...


Sudah seminggu saya tidak mendengar suara ibu dan ayah. Suara itulah pengubat hati di kala kejauhan, walaupun di mana-mana hatta sewaktu di sekolah menengah sekalipun. Saya bersekolah di Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dan rumah saya di Bota. Jarak perjalanan 45 minit. Masih lagi dekat jika dibandingkan sekarang. Saya masih ingat ketika berada di tingkatan 1, bilik saya RPBB berdekatan dengan telefon awam. Sudah tentulah saya menggunakan peluang ini untuk menelefon rumah sekerap yang mungkin. 3 kali sehari, pagi petang dan malam - 10 sen setiap kali panggilan. Cukup mendengar suara dan bertanya khabar membuatkan hati  saya tenang.


Saya terus menelefon ibu tadi. Bertanya khabar ibu, ayah dan adik-adik. Tak ketinggalan dan memang tak pernah tinggal rasanya bertanya khabar tentang kucing-kucing yang berada di rumah. Ibu kurang sihat sedikit kerana sejak akhir-akhir ini kerap membantu ayah di kebun. Sakit belakang, sakit urat. Namun, sudah pun berjumpa doktor dan makan ubat, Alhamdulillah.. Ibu ayah sangat suka berkebun. Tanamlah apa-apa pun, InsyaAllah berhasil. Ibu ada menanam cili sewaktu duduk bersama saya di sini. Sehat pokok cili ibu. Tapi bila ibu pulang,  faktor cuaca dan juga saya yang tak pandai mengadun pokok menyebabkan mati pokok cili ibu. Dalam seminggu saya akan pastikan telefon ibu atau ayah sekali atau dua. Berbeza dengan suami yang akan menelefon mama mungkin 2 minggu sekali dengan masa boleh sampai 1 jam atau lebih. 


Apa yang penting, bertanya khabarlah kepada ibu dan ayah. Mereka mesti menunggu kalian telefon. Jika rumah dekat, boleh melawat. InsyaAllah, tak rugi jika kita bertanya khabar. 




Ibu dan Ayah


Makan bersama lebih menyelerakan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pagi yang indah untuk hari ini. InsyaAllah, ramalan cuaca untuk hari ini di Perth-sunny. Penting untuk kami di sini melihat ramalan cuaca bagi melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar seperti BBQ, jalan-jalan malah shopping juga walaupun sudah pasti Allah jua yang berkuasa menurunkannya.   




Hari ini saya sudah ada menu untuk dimasak. Permintaan suami supaya saya masak tom yam seafood yang sangat sedap kerana sudah lama sangat teringin nak makan. InsyaAllah, cukup gula dan garam - sedaplah nanti abang.... Semalam saya masak kambing masak kicap berempah, sotong bercili dan pai tee untuk makan makan malam kami. Sungguh menyelerakan. Lebih berselera lagi bila kita mempunyai teman. Pernah tak kalian tidak berselera makan jika tiada teman di sisi? Tentu sekali saya pernah! Bukan itu sahaja, jika kita makan dalam talam sekalipun secara beramai-ramai, walaupun makanan nampak sedikit insyaAllah akan kenyang juga. 

Selain dari itu, bagi saya makan bersama merupakan salah satu cara boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri dan keluarga. Jangan tunggu makan di hotel sambil mendengar alunan muzik yang romantik, pencahayaan lampu yang redup, ada lilin di tengah meja untuk membina kasih sayang. Binanya dari rumah walaupun kadang-kadang masa nak makan tu la anak nak menangis atau merenget atau bergaduh sekalipun. Hargailah masa kualiti bersama keluarga walaupun seketika cuma.







Wednesday, September 28, 2011

Bulan Ramadhan - murah rezeki!

Assalamualaikum....


Ingatan saya masih dalam bulan Ramadhan walaupun Syawal sudah hampir ke penghujungnya. Nampaknya Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan ke-4 saya di Perth. Walaupun setiap kali datangnya Ramadhan, akan berlaku ketidaksamaan tarikh bermulanya puasa bagi setiap penduduk Muslim di sini, namun ternyata tahun ini terlalu rumit. Ada orang mengambil keputusan untuk mengikut sahaja negara asal, ada yang mahu berpuasa bersama Arab Saudi, ada yang mengikut-ikut tanpa mengetahui sebab musabab dan ada yang berpuasa mengikut kefahaman yang ada. Saya doakan untuk Ramadhan akan datang, biarlah benda sebegini tidak berlaku. Biarlah ada KESATUAN di situ. 


Ramdhan hadir dengan harapan dapat melahirkan Muslim yang benar-benar beriman yang benar-benar bertaqwa kepada Allah melalui proses ujian dengan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti makan-minum, hubungan suami isteri dan sebagainya. Sedangkan perkara-perkara halal inipun kita tidak sanggup melakukannya, tentulah kita lebih sanggup tidak melakukan perkara-perkara yang sudah jelas haramnya. Banyak ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan dan tidak lupa melakukan perkara sunat dalam bulan Ramdhan. Bukankah murah rezeki namanya!


Tidak lupa juga kepada mereka yang sering menjamu orang berpuasa. Seingat saya, bulan Ramdhan saya tak perlu masak. Setiap hari ada sahaja jemputan berbuka ditambah pula dengan iftar di surau di mana setiap hari ada. Makanan pun sedap-sedap belaka. Saya akan ingat berbuka puasa di Curtin Musalla bersama-sama adik-adik undergrad serta kawan-kawan postgrad. Murah rezeki.....







Kenapa HERBALIFE?

Assalamualaikum...


Pada kiriman yang lepas (blog lama saya), saya ada mention mengenai pengurusan berat badan. Di sini saya ingin berkongsi cerita, bagaimana saya boleh memilih produk Herbalife. Saya mula-mula mendengar produk ini daripada kawan saya yang mempromosikan produk Herbalife untuk kesihatan dan mampu menguruskan berat badan. Ketika itu saya sedang mengandungkan Ahmad Zaki, tapi memang terdetik nak gunakan Herbalife selepas bersalin. Saya pernah mengutarakan keinginan ini kepada suami dan memberitahu sekali harganya menyebabkan suami saya menggelengkan kepala. Suami meminta saya mencari produk yang lain, yang lebih murah harganya. Memang tidak dapat dinafikan, duduk di negara orang, sumber kewangan sangat penting untuk digunakan pada perkara yang lebih memerlukan.




Walaupun begitu, saya tetap membuat researh tentang Herbalife. Bukan sehari dua untuk saya ambil keputusan menggunakan produk Herbalife. Ia memakan masa berbulan ditambah pula kewangan yang mengizinkan pada ketika itu. Alhamdulillah, saya sempat juga menyimpan hasil dari kerja part-time di sini. Sewaktu membuat pesanan, saya dapat tahu jika kita menjadi ahli, boleh dapat 25% diskaun. Apa lagi, saya tak tunggu dan terus telefon adik saya, tanya kalau-kalau ada distributor dekat dengan rumah, boleh tolong daftarkan untuk saya. Saya menjadi ahli dan memang menerima 25% diskaun pada belian yang pertama.




Setelah menggunakan produk ini, alhamdulillah saya dapat yang saya inginkan. Bukan setakat menguruskan berat badan tetapi lebih dari itu. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Herbalife, boleh hubungi saya. Tidak salah jika ingin mencuba! Nantikan post saya mengenai Herbalife....




Anda mahu yang mana?

Bertukar blog

Assalamualaikum...


Alhamdulillah setelah saya berfikir panjang, saya telah mengambil keputusan untuk memilih Blogger sebagai hosted software blog saya. Sebelum ini saya menggunakan Wordpress http://salwa8383.wordpress.com/. Keputusan diambil atas sebab-sebab tertentu. Salah satunya ialah kurangnya ilmu saya dalam ICT. Susahnya saya nak decorate blog yang lama supaya lebih menarik menyebabkan ianya jarang diupdate.


Harapnya dah ada blog yang baru ni, keraplah updatenya. Saya meminta jasa baik suami untuk meminjamkan buku-buku berkaitan blog ni. Terima kasih abang...sudah dipinjamkan 4 buah buku untuk saya.Sama ada saya tiada masa atau saya malas atau kedua-duanya menyebabkan blog ini tidak akan seperti yang saya impikan...


Selamat membaca...




Harraz yang pilih gambar ini..POCOYO!